PAGE
▼
Sabtu, Julai 11, 2009
Mantapkan kembali prestasi seks
Salam sejahtera,
Tidak dapat dinafikan bila usia semakin tua, kehidupan seks akan semakin berubah. Kesan daripada menopaus bagi wanita dan andropaus bagi golongan lelaki, hubungan intim bersama pasangan takkan sehebat dulu. Malah keinginan seks sendiri mungkin akan merudum.
Namun begitu masalah seks akibat perubahan usia, janganlah dipandang sepi. Jalan penyelesaian perlu dicari sekiranya ia mengganggu kehidupan anda. Namun begitu janganlah menggunakan cara yang tidak diketahui keberkesanannya malah mendatangkan kesan buruk semata-mata untuk memantapkan kembali prestasi seks.
Tanpa menggunakan ubat-ubatan anda sebenarnya masih mampu untuk mendapatkan semula kenikmatan seks yang dirasai satu ketika dulu. Caranya adalah dengan menggunakan pendekatan psikologi dan juga menjaga kesihatan anda.
1 – Terimalah hakikat
Bagi mencegah dan mengatasi masalah seksual pada usia tua, golongan ini perlu menyedari dan menerima hakikat masa tua sebagai sebahagian perjalanan kehidupan. Pada masa ini akan terjadi penurunan fungsi tubuh, termasuk fungsi seksual. Jangan berharap kemampuan seksual tetap seperti masa muda.
2 – Jaga kesihatan
Untuk mempertahankan kecergasan, jagalah kesihatan tubuh, termasuk melakukan senaman dan mengatur pola makanan sesuai dengan usia. Hindari gaya hidup yang merugikan fungsi seksual.
3 – Rujuk pada pakar
Jangan menggunakan ubat, ramuan, bahan kimia atau cara lainnya tanpa petunjuk dari pakar. Jangan mudah percaya kepada iklan yang menawarkan produk untuk meningkatkan fungsi seksual yang kadang-kadang dijual di kaki lima jalan saja. Dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu.
4 – Pelihara komunikasi
Pelihara komunikasi yang baik dengan pasangan, termasuk komunikasi seksual. Lakukan sesuatu yang baru dalam aktiviti seks supaya tidak timbul kebosanan. Jangan saling menyalahkan pasangan jika anda berdua menghadapi masalah seksual, sebaliknya dapatkan nasihat dari pakar yang boleh mengatasinya dengan cara yang betul.
5 – Percaya diri
Mencari wanita lain yang lebih muda, Berdandan seperti orang muda dan rasa gelisah yang tidak beralasan bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Satu-satunya jalan terbaik adalah menerima dengan ikhlas bahawa memenag sudah waktunya anda menghadapi keadaan ini.
6 – Eksperimen
Lakikanlah eksperimen untuk lebih mengenali daerah-daerah sensitif pasangan anda. Agar tidak membosankan, cubalah posisi [NB : Awas! Jangan memaksa pasangan melakukan posisi yang diluar kemampuan pasangan, takut nanti kena panggil ambulans pula!] atau teknik seks yang berbeza. Tapi pastikan sesuai dengan keadaan kesihatan anda dan pasangan.
7 – Sentuhan dan belaian
Tidak kira tua atau muda, apalah ertinya hubungan intim dengan pasangan tanpa sentuhan dan belaian mesra dari pasangan. Teruskan perkara ini walaupun pada usia tua. Belaian dan sentuhan sesungguhnya lebih penting di saat ini bagi menggambarkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi sampai bila-bila.
8 – Pengaruh seks masa lalu
Seksual pada usia tua sebenarnya amat dipengaruhi oleh kehidupan seksual sebelumnya. Sekiranya kehidupan seksual sebelumnya tidak menyenangkan, maka ketika usia tua kehidupan seksual menjadi semakin buruk. Bagaimanapun, jika kehidupan seksual menyenangkan sewaktu usia muda, tidak mustahil ia dapat dipertahankan hingga ke usia tua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...