PAGE

Rabu, November 11, 2009

Tips menguruskan rumahtangga tanpa pembantu rumah


Berikut dikongsikan beberapa tips untuk menguruskan rumahtangga tanpa pembantu rumah :
  1. Paling utama bangun pagi kerana ketika inilah boleh menguruskan segala keperluan anak-anak, buat sarapan dan menyapu sampah.
  2. Pastikan keadaan rumah tersusun sebelum keluar bekerja.
  3. Lagi bagus aturkan tugasan bersama suami, tugasan berat seperti mencuci tandas, menyapu sawang dan vakum biarlah suami yang buat sementara memasak, mengemas rumah dan membasuh pinggan di buat oleh isteri.
  4. Didik anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan untuk kemaskan katil sendiri, basuh pinggan selepas makan dan kemas mainan selepas sepahkannya.
  5. Jika terpaksa kerja lebih masa, beritahu pusat asuhan kanak-kanak terlebih dahulu untuk mempastikan anak-anak diberi makanan sebelum tidur.
  6. Atur badjet sebaik mungkin sebab anda sebenarnya lebih bernasib baik kerana kadang-kadang kos menggunakan khidmat pembantu rumah sebenarnya lebih tinggi kerana mereka berada di rumah seharian dan menggunakan kos elektrik, air dan sebagainya.
Sesiapa ada tips yang menarik, boleh kongsikan bersama.

2 ulasan:

  1. ass'kum saya amat berminat dengan tajuk ini kerana saya juga pernah mempunyai maid 2 tahun sudah namun disebabkan susah & kadang kala sakit kepala dgn kerenah maid ini lalu saya terus tidak mengambil lagi..

    Alhamdulillah sudah 2 thn saya menguruskan 2 cahayamata bersama suami... semua urusan semakin mudah & kami lebih memahami antara satu sama lain.

    Rasa tanggungjawab bersama menguruskan anak2 membuatkan anak2 lebih rapat dgn kami & lebih menguatkan kasih, sayang & cinta kami mekar selalu....

    BalasPadam
  2. Salam,

    Terima kasih atas kunjungan saudari.

    Saya juga akan menghadapi masalah sbb maid akan pulang tahun depan. Semoga tips ini bermanafaat utk semua.

    Insya Allah.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...