PAGE

Jumaat, Januari 08, 2010

Balasan setimpal?

Assalamualaikum warahmatullah,

Masih ingat entri hukuman-qisas-dan-diyat?

Disertakan berita terkini dari Pakistan : BHarianOnLine 2009/12/23

Dua beradik kena potong telinga, hidung

LAHORE: Sebuah mahkamah Pakistan mengarahkan dua adik beradik lelaki dipotong hidung dan telinga selepas mereka didapati bersalah melakukan angkara sama terhadap seorang wanita yang enggan mengahwini salah seorang daripada mereka, kata pendakwa kerajaan.

Hakim mahkamah antipengganas di bandar raya Lahore menjatuhkan hukuman berkenaan kelmarin selaras dengan undang-undang Qisas Islam.

Undang-undang itu diperkenalkan di Pakistan ketika pemerintahan tentera Jeneral Mohammad Zia-ul-Haq pada 1979. Hukuman yang saksama dengan jenayah yang dilakukan, kecuali pesalah diampunkan mangsa atau keluarga mangsa.

Adik beradik terbabit, Sher Mohammad dan Amanat Ali, menculik sepupu mereka berusia 22 tahun, Fazeelat Bibi, dengan memacukan pistol September lalu selepas bapa wanita itu enggan membenarkannya mengahwini Mohammad. - Reuters

Petikan : UtusanOnLine 23/12/2009

LAHORE 22 Dis. - Sebuah mahkamah di bandar paling liberal di Pakistan ini mengarahkan dua lelaki dipotong hidung dan telinganya kerana menyebabkan kecederaan serupa kepada seorang wanita yang diculik mereka berdua.

Mahkamah antikeganasan yang diketuai Khalid Naveed Dar, menjatuhkan hukuman tersebut hari ini, di samping penjara seumur hidup dan denda 700,000 rupee (RM28,520).

"Mahkamah mengarahkan hidung dan telinga Sher Mohammad dan Ammanat Ali dipotong sebagai hukuman qisas dalam Islam yang mana hidung dibalas hidung dan telinga dibalas telinga," kata pegawai mahkamah, Azhar Ameen kepada pemberita.

Sher dan Ammanat didapati bersalah menculik seorang wanita yang enggan mengahwini seorang dari mereka dan memotong hidung serta telinga mangsa.

Mahkamah Pakistan telah menjatuhkan hukuman serupa sebelum ini, namun tidak ada satu pun yang dikuatkuasakan malah kerap dibatalkan selepas rayuan dibuat. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...