PAGE

Selasa, Januari 12, 2010

Bantuan Ibu Tunggal dan Anak Tinggal (Alimony Aid)

Assalamualaikum warahmatullah,

Pagi tadi saya berkesempatan membaca headline (berita utama) dan di muka surat tiga, akhbar The Star yang bertajuk “Alimony Aid” dan “RM15mil allocation for Muslim women who don’t get support.” (rujuk : TheStar OnLine)

Rujuk di bawah untuk semua artikel :
  1. RM15mil allocation for Muslim women who don’t get support
  2. Alimony aid for Muslim women caught in divorce wrangles
  3. It will be a great help, says struggling single mother

Mula-mula, saya rasa... wahhh…. inilah bantuan yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu-ibu tunggal yang sukar mendapatkan hak sendiri dan yang paling penting sekali, hak anak-anak yang ditinggalkan dan diabaikan pula oleh darah daging mereka sendiri (ayah merekalah).

Alhamdulillah, mujur ada yang perihatin, jadi ringanlah sedikit beban yang terpaksa ditanggung oleh ibu-ibu tunggal yang sudahlah jatuh ditimpa tangga pula.

Setelah membaca dua lagi petikan tentang hal yang sama, maka terdetik pula dalam hati saya yang ‘sakit’ ini… Betapa BERTUAHNYA lelaki yang bergelar bekas suami dan ayah ya… tak perlu jelaskan nafkah tertunggak (dan nafkah akan datang) kerana kerajaan akan mengambil-alih tugas dan tanggungjawapnya.

Saya pelik, hairan dan persoalan ini bermain-main di fikiran :
  1. Mengapa kerajaan pula yang perlu bersusah-payah mengeluarkan wang untuk menebus kesalahan dengan membantu lelaki Muslim yang terang-terangan membuat dosa yang berterusan ini? Bukankah species yang pelik sebegini, FASIK namanya?
  2. Bukankah ada peruntukan undang-undang, jika seorang suami a.k.a. ayah itu gagal melunaskan nafkah yang diperintahkan mahkamah boleh dikenakan waran tangkap?
  3. Bukankah setelah perintah mahkamah diluluskan, bekas isteri berhak mendapatkan nafkah anak-anak daripada potongan gaji yang dibuat oleh majikan bekas suami?
  4. Peruntukan cuma untuk ibu tunggal beragama Islam (Muslim) sahaja?
  5. Bagaimana pula ibu tunggal yang bukan muslim yang menerima nasib yang sama? Tidak layakkah mereka menerima bantuan? Ke manakah perginya Semangat 1 Malaysia yang di'bising-bising'kan oleh kerajaan?
  6. Bagaimana pula ketelusan kerajaan dengan memberi bantuan berjumlah RM15 juta ini? Ada 'hidden' agenda, kah?
  7. Adakah JAMINAN wang bantuan ini akan dapat dinikmati oleh ibu-ibu tunggal dan anak-anak tinggal tanpa disekat oleh mana-mana pihak dengan polisi dan proses birokasi yang menyusahkan?
Saya amat hairan, masyarakat mudah memandang ENTENG kepada suami yang terang-terangan GAGAL dalam menjalankan kewajipan dan DIBENARKAN melakukan kezaliman kepada bekas isteri dan zuriat sendiri. Benarkah kezaliman yang dilakukan oleh seorang suami ini cuma layak dinilai dan diberi balasan oleh Allah SWT semata-mata? Tidak saya nafikan, apa yang dibuat olehnya di dunia ini adalah antara dia dengan Tuhannya, tapi kebanyakkan masyarakat tidak menyebut langsung yang dia juga berdosa kepada isteri dan anak-anaknya!

Tanggapan “Tara pa pa yeh! Tara pa pa yeh! begini menyebabkan lebih ramai suami memilih untuk berlaku zalim (dayus dan nusyuz, sebenarnya lebih sesuai), sebab pada fikiran dan perasaannya, dia tidak berdosa langsung pada isteri dan anak-anak!

Dengan adanya bantuan kerajaan ini juga, adalah dikhuatiri suami HAPRAK ini akan memilih untuk melakukan dosa itu terus-menerus kerana tidak takut dengan ANCAMAN Allah SWT kerana dosa ini dia tidak nampak pada penglihatan mata kasarnya. Lebih-lebih lagi dia tidak perlu lagi menanggung beban memberi nafkah kerana tugasnya akan diambil-alih oleh kerajaan yang amat perihatin kepada bekas isteri dan anak-anaknya.

Maka semakin naik LEMAK dan bebaslah lelaki-lelaki ini menanam dan menabur benih di tempat lain dan tinggalkan.... dan menanam dan menabur benih di tempat lain dan tinggalkan dan tinggalkan.... dan menanam dan menabur benih di tempat lain dan tinggalkan pula…

Sadis sungguh...



(睡眠不足のママ)
http://laman-seri.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

2 ulasan:

  1. Saya bersetuju dengan pendapat anda betapa mudah para lelaki melepaskan tanggungjawabnya pada orang lain lebih-lebih lagi mereka yang terang-terang tidak mahu bekerja dan selalu memberi alasan tidak mampu memberi nafkah. Golongan ini sepatutnya dikenakan waran tangkap dan denda dengan membuat kerja amal untuk memberi kesedaran dan sebarang bentuk kewangan terus disalurkan ke akaun anak-anak atau bekas isteri. Mereka ni cuba menafikan hukuman di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  2. bukan semua lelaki macam tu jgn suka kondem aje..saya ni ayah tunggal..anak 2..sepasang..yg sulung 17 tahun..dan yg no 2 umur 13..jgn ingat pompuan ajer yg susah payah..selama ni pun saya berseorangan sahaja..susah payah saya tangggung seorang..x pernah pun mintak tolong kat org..mintak nasi kat org..mintak duit kat org..

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...