Assalamualaikum warahmatullah,
Agak lama saya simpan entri yang ini. Bukan ketiadaan masa untuk menulisnya, tetapi ketiadaan semangat untuk memasukkan entri. Ramai yang tidak senang dengan pendirian saya yang suka menyerang 'pelik punya species' tetapi percayalah, species pelik yang saya hentam, bukanlah di kalangan lelaki sahaja, malah perempuan juga tidak terlepas daripada komen saya. Malangnya, disebabkan terlalu ramai 'pelik punya species' ini di kalangan kaum lelaki, jadi nampak sangatlah yang saya ini berat-sebelah. Apa-apapun, saya minta pembaca blog berlapang dada, kerana bukan saya seorang sahaja yang menyerang 'pelik punya species' di kalangan lelaki, malah Dr Juanda Jaya juga menulis perkara yang sama. Huk... huk... Insya Allah jika diiizinkan Allah SWT, saya akan masukkan entri Dr Juanda di LAMAN-SERi.
Entri ini berkaitan permasalahan yang dikirimkan oleh seorang sahabat SiM. Menurut emailnya yang bertajuk, "Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai", katanya : Saya nak minta pendapat orang2 yg arif ttg hukum hakam agama.. Apa hukumnya jika seorang isteri memaki hamun, menendang suami dan menumbuk suami bila marah hanya kerana dapat tahu suaminya berkawin lagi..? Sedangkan si suami menjalan tugas sebgai suami seelok mungkin..bg nafkah lebih lagi x seperti sblm kawin dua...Balik tgk anak isteri.Bg nafkah batin..Apa je yg suami termampu, si suami bagi...Ambik brt ttg anak2... Sikap si isteri tu bkn pertama kali malah sebelum si suami berkawin dua juga dia pernah melakukan seperti itu juga...Kalau si suami marah atas perbuatannya itu lg si isteri akan buat teruk hingga mengambil pisau utk membunuh si suami. Malah bila dia dah sedar akn kesalahannya, memaksa si suami memaafkan kesalahan si isteri td..tp dgn cara paksa..Siapa yg tidak pernah melakukan kesilapan dlm rumahtangga. Si isteri tidak pernah bersyukur dgn apa yg diberikan oleh si suami..malah boros hingga mengatakan apa yg diberi x pernah cukup...Malah si isteri juga selalu mengaibkan si suami pada org ramai..org2 yg di kenali mencerita keburukan suami jika suami buat salah. tp si isteri tidak pernah mengaku akn kesalahannya... Apakah dosa si isteri bila berlaku begini? Tolonglah berkan pandangan kawan2...
Saya tidak edit permasalahan yang diutarakan, semuanya di C&P bulat-bulat. Menurut bro Manntrexe, katanya, "Sementara menanti mana-mana Ustadz menjawab, saya mempunyai komen. Isteri dia ni mereng dan memerlukan rawatan psikiatri dengan kadar segera. Baguslah sisuami tu kahwin lagi supaya bila si-isteri tu masuk wad, ada jugak orang yang boleh memantau anak-anak sebagai pengganti."
Saya petik feedback bro Manntrexe kerana tertarik beliau menyebut isteri itu 'mereng'. Saya juga beranggapan yang sama, cuma tidak sampai hati untuk mengatakannya... hik.. hik...
Ramai yang tidak setuju dengan tindakan isteri yang dikatakan bertindak amat kurang ajar terhadap suaminya yang wajib dihormati dan ditaati. Saya terfikir, tindakan kurang ajar si isteri sebenarnya satu refleksi terhadap tingkah-laku si suami itu sendiri. Kadang-kadang bila org psycho begini, kita kena tengok juga apa PUNCA dia psycho sampai begitu sekali. Jangan dia mereng sebab suaminya juga, sudahlah. Sebab itulah ada peruntukan dalam undang-undang keluarga islam untuk 'penderaan emosi'. Emosi yang tergugat teruk dan di'torture' berterusan boleh menyebabkan seseorang itu mereng dan sukar untuk dikawal/jangka tindak-tanduk mereka. Ada sesetengah kes, boleh sampai ke tahap membunuh...
Saya baru ulangkaji bab ini semula. Itu pun sebab ada yang menghantar 20 sebab kenapa lelaki tak kahwin dan dijawab oleh seorang sahabat :
- Apabila lelaki bernikah, ertinya beliau telah menerima amanah sepertimana tersebut ketika aqad-nikah iaitu ......aku terima NIKAHnya polanah dengan maskawin...... Jadi suami bermakna jadi PEMEGANG AMANAH dari WALI-NIKAH dan dilantik jadi MENANTU dalam keluarga MERTUA.
- Apabila lelaki bernikah ertinya beliau telah setuju MEMIMPIN ISTERI iaitu melindung dan memelihara isteri agar tetap sejahtera dalam keluarga MERTUA tanpa merosak hubungan dengan pehak lain.
- Apabila lelaki bernikah ertinya beliau telah setuju MENYEDIA NAFKAH iaitu memiliki RUMAH, makan-minum-pakai dan ELAUN sebagai tanda kasih dan mulia beliau keatas isteri.
Malang betul isteri itu jika dia MERENG disebabkan suami tak reti jaga amanah dan tak tahu mendidik. Saya tidaklah bermaksud hendak memenangkan tindakan isteri yang kurang ajar terhadap suami, tapi saya lebih suka melihat PUNCA masalah, sebelum buat apa-apa komen.
Perbaikilah hubungan suami isteri yang ada, SEBELUM sibuk-sibuk nak berpoligami... Bagaimana hendak mengemudi dua buah kapal, jika kapal yang ada sekarangpun tidak terkawal...? If you're already a step to heaven, why should you pause and take a step to hell instead? Sedikit refreshment untuk kita semua :
Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga
Saya sarankan setiap kita, baik lelaki yang bergelar suami atau bakal suami dan wanita yang bergelar isteri atau bakal isteri, bolehlah rujuk artikel SAYA MESTiLAH BERSiFAT MUSLiM TERHADAP KELUARGA SAYA. Amat menarik untuk dijadikan revision. Antara petikannya :
Sebenarnya pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baiktidaklah bererti terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut diperturunkan seperti berikut:
1. Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai di antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah bersabda, "Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap isteri". Dan sabda Rasulullah SAW, "Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya dan berlemah-lembut terhadap isteri mereka".
2. Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara kami itu mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari ibadat bersama-sama turut mengatur urusan rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda dan bermanja.
Saya percaya, jika semua yang tertulis di sana dipenuhi, insya Allah, tiada kes dera suami/isteri... Check list : Sudahkah anda, sebagai seorang suami, memenuhi ketiga-tiga perkara di atas? Sebelum anda fikir saya PATUT dicop sentiasa berat sebelah, mari kita lihat ini, yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu, sebelum manusia wujud di muka bumi ini.
[2:35-36] Dan Kami berfirman: "Hai Adam diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan".
[7:19~23] (Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim". Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)". Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua", maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi".
[20:120~121] Kemudian syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?" Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia.
Nampak tak apa yang saya highlight? Keduanya makan buah khuldi, keduanya dinampakkan auratnya, keduanya menutupi aurat mereka tetapi siapa yang disebut durhaka? Allah hanya menyebut Adam yang durhaka. Ada sesiapa pertikaikan, kenapa Allah tak sebut keduanya? Adakah Allah berat sebelah? Adakah Allah tidak adil? Mengapa tidak disebut keduanya juga?
Jawapannya ada di bawah :
[4:34] Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Seperti penjelasan saya sebelum ini, untuk merungkai sesuatu masalah, saya suka lihat punca/akar kepada masalah itu sendiri. Nampaknya masih ada yang tidak dapat tangkap mesej yang saya cuba sampaikan, jadi saya ambil kesempatan ini untuk huraikannya secara lebih terperinci.
Dalam kes isteri yang suka mendera suami dan dikatakan mereng ini, mari kita lihat punca mengapa dia jadi begitu. MUSTAHIL dia mereng ‘semulajadi’ kerana jika suami tahu bakal isterinya mereng, tentu dia tak mahu berkahwin dengan isterinya. Jika isterinya memang mereng dan suami menyedari keadaan isteri dan dikahwini juga isteri tersebut, maka dia sedia maklum dan sepatutnya adalah menjadi tanggungjawap suami merawat kemerengan isterinya.
Bagaimana cara merawat isteri yang ‘mereng’?
- Nasihatkan isteri, pulau di tempat tidur dan pukul jika masih degil (rujuk ayat [4:34] yang saya quote di atas)
- Dapatkan khidmat nasihat ibubapa isteri (jika masih ada) atau ahli keluarga terdekat yang rapat dan dihormati isteri
- Dapatkan nasihat pakar sakit jiwa (psychiatrist) atau bawa jumpa kaunselor agama
Jika suami dapati isterinya mereng selepas berkahwin (contoh akibat meroyan atau tekanan emosi yang melampau), kita perlu lihat punca mengapa isteri jadi begitu. Kaedah rawatannya :
- Dapatkan nasihat pakar sakit jiwa (psychiatrist)
- Dapatkan surat doctor pakar akan status mental
- Rawat dan tawakkal kepada-Nya
- Jika tak mampu lagi menanggung beban, hantarlah dia ke ‘Hospital Bahagia’
Saya tidak mengenali pasangan suami-isteri yang bermasalah ini, tapi apa yang saya nampak (bermungkinan juga telahan saya tersasar), suami JELAS tidak mampu menjadi suami yang bertanggungjawap kerana dia tidak melaksanakan tugasnya dalam merawat mereng isterinya. Saya pasti, suami ini diuji dengan dosanya (dengan isteri yang mereng) kerana tidak memenuhi hak-hak Allah dalam menjaga amanah-Nya. Boleh jadi juga bukan dosanya tetapi kafarah bagi meningkatkan tahap keimanannya. Jika benar ini kafarah baginya (kerana gagal mendidik isteri), dia sepatutnya redha dan berusaha ke arah yang baik. Sebaliknya, dirawatnya kafarah/dugaan yang diterima (mereng si isteri) dengan dugaan yang baru pula, iaitu dengan berpoligami. Dibebankan pula masalahnya kepada orang lain… Nampaknya dia memilih untuk menjadi tikus yang cuba membaiki labu!
Masalah suami-isteri ini eloklah dijadikan iktibar untuk kita semua. Sabda Rasulullah SAW, “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang di bawah tanggungjawapnya.” (HR Abu Daud)
Kita sering menghukum mereka yang terang-terangan melakukan dosa tanpa melihat apakah punca dia melakukan dosa tersebut. Kita sering menafikan dan tak mahu melihat apakah yang tersirat disebalik dosa yang dilakukan si pembuat dosa. Mungkin suami dalam masalah ini amat bertanggungjawap dalam pemberian nafkah zahir, tetapi adalah dia benar-benar bertanggungjawap dalam memenuhi nafkah batin isteri dan anak-anaknya? Baik di mata kita tidak semestinya baik di sisi Allah dan buruk di mata kita tidak semestinya buruk disisi Allah.
Nafkah batin yang dimaksudkan di sini adalah ‘pendidikan’ yang berlandaskan syariat Islam. Siapalah saya untuk menjatuhkan hukum si polan itu berdosa, si polanah itu berdosa, saya memang tidak bertauliah untuk menjatuhkan hukum kepada sesiapapun. Dalam masalah ini, apa yang pasti, JELAS, isteri bersalah kerana durhaka kepada suami dan bersalah kerana menafikan hak suami. Dan perlu diJELASkan, suami juga tidak terlepas daripada bersalah kepada isteri kerana tidak memenuhi hak isteri dan bersalah kerana tidak amanah pula kepada Allah SWT.
Bukankah Allah telah memberi kita berbagai peringatan?
[2:24] … peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
[2:281] Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan).
[3:131] Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir.
Simboliknya surah bernombor ini, [66:6] Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
Saya petik sebahagian saja dan rasanya sudah cukup jelas. Saya anggap tugas saya sudah selesai. Jika ada yang baik, ambillah sebagai iktibar, jika tak suka, abaikan saja mesej ini.
Semoga kita semua sempat bertaubat atas dosa-dosa yang kita sedari dan yang kita tidak sedari. Amiin.
aslm..bage saya perkara begini mungkin pelik bagi yg tak pernah melihatnya.tapi kejadian berlaku sgt berhampiran dgn saya.isteri memaki hamun suami kerana suami kawin lagi.sanggup memfitnah keluaraga sebelah suami dgn perkara2 yg tak masuk akal..dan memusuhi keluarga suami serta mengatakan keluarga suami adalah keluarga binatang.ibu mertuanya perempuan sundal...yg peliknya suaminya tak boleh nak cakap apa.bila suami bawak kereta yg didoakannya bukan keselamatan tapi mengharapkan suaminya dilanggar lori.saya sgt takut mendengar perkataan2 yg keluar dari mulutnya...setakat babi anjing panggilan utk suaminya bnyk lagi perkataan yg teruk2 keluar dari mulutnya...subhanallah...dia telah menolak takdir allah...walhal kalau dia redha dgn ketentuan takdir..betapa besar hikmah yg dia dapat....moga dia mendapat petunjuk dan hidayah...
BalasPadam