PAGE

Khamis, Februari 11, 2010

Solat tahajud dapat perkukuh iman, elak perbuatan khianat


Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, satu lagi tazkirah untuk renungan kita bersama. Saya sering tertanya-tanya, mengapa saya begitu 'liat' untuk bangun bertahajud? Niat sudah dipasang sebelum tidur, tetapi sering kali tertewas untuk bangun. Jika terjagapun, cepat saja tangan menarik selimut dan terus terlelap semula,bergayut-gayut syaitan di kelopak mata... Alangkah ruginya saya rasa kerana masih tidak mampu melawan penangan nirrojiim... Bila membaca hadis di bawah, uiks... barulah saya tahu punca mengapa saya amat sukar untuk bangun bertahajud. Bukan sekadar ditarik-tarik kelopak mata kita, malah 'dikerjakan'nya pula telinga kita... Astaghfirullah hal adziim...

DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Menurut JAKIM, mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.

Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.

Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”

Marilah kita sama-sama menanam semangat untuk menambahkan ibadah kita. Jika tiada upaya, pasang niatpun cukuplah agar tertanam mangkin untuk menggerakkan kita agar berjaya melakukannya suatu hari nanti, insya Allah. Amiin.

Renung-renungkan.



Capaian entry berkaitan :

  1. Berdandan untuk suami, satu kewajipan!
  2. Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam
  3. Solat berkualiti zahirkan peribadi mulia
  4. Amalan penenang jiwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...