KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mahu kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955 bagi menambah bilangan hari cuti bersalin pekerja swasta dari 60 ke 90 hari, seiring negara Asean lain.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, berkata kebanyakan negara Asean sudah menerima pindaan Konvensyen 183 Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Perlindungan Bersalin yang menetapkan tempoh cuti bersalin lebih panjang serta peruntukan untuk penyusuan dan penjagaan anak.
Singapura memperuntukkan 112 hari cuti bersalin manakala Thailand, Kemboja, Indonesia dan Filipina menetapkan 90 hari.
Katanya, Kemboja dan Indonesia juga mewajibkan syarikat dengan lebih 100 pekerja wanita supaya menyediakan bilik menyusukan bayi dan pusat penjagaan anak.
Solomon berkata Malaysia dapat menyediakan kemudahan lebih baik bagi kira-kira 5.1 pekerja wanita yang terpaksa membahagikan masa bekerja serta menguruskan kesihatan, tumbesaran dan pembangunan anak-anak.
Sumber : MHetro- NUBE saran cuti bersalin 90hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...