PAGE

Khamis, Februari 18, 2010

Anak mangsa tikam setuju ibu bercerai

MUAR: Anak kepada wanita yang ditikam suami di pekan Pagoh, malam Selasa lalu, bersetuju ibu mereka bercerai berikutan sikap bapa yang panas baran dan ketagih arak sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Anak sulung wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, berkata dia dan dua adik lelakinya pernah menjadi mangsa bapa yang sering memukul mereka tanpa sebarang sebab munasabah.

“Saya dan adik bersetuju ibu menuntut cerai sebab bapa tidak pernah menjalankan tanggungjawab, tambahan pula dengan tabiat beliau yang sering mabuk sehinggakan kami tiga beradik takut untuk duduk di rumah. Selama ini, emak yang bertungkus lumus mencari nafkah untuk kami sekeluarga manakala wang gaji bapa habis digunakan untuk berjudi dan minum arak,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, semalam.

Ayu, 18, berkata kejadian itu sebenarnya bermula seminggu lalu, apabila ibu meluahkan hasrat untuk bercerai dengan ayah.

“Selepas itu, bapa selalu bertengkar dengan emak kerana dia tidak boleh menerima langsung keputusan untuk berpisah, sehinggalah bapa bertindak di luar kawalan pada hari kejadian,” katanya.

Ayu turut menegaskan ibunya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, sebaliknya begitu setia sehingga sanggup tahan dengan sikap ‘gila’ bapa lebih 18 tahun lalu.




Sumber : BHarian 2010/02/18

Capaian entry berkaitan :
  1. Suami tikam isteri selepas bertengkar minta cerai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...