SITI NURHANIM bersama ibunya Azizah Udin (kiri) ditenangkan Shahrizat dalam lawatannya ke rumah keluarganya di Kampung Sungai Plong, Sungai Buloh, semalam.
Nurhanim rayu bantuan JKM, sertai program pemulihan
SUNGAI BULOH: Ibu Syafia Humairah Sahari, 3, kanak-kanak yang mati didera, Nurhanim Aziz, 25, merayu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar beliau dan dua lagi anaknya ditempatkan di rumah kebajikan untuk menjalani pemulihan, kaunseling dan perlindungan bagi memulakan hidup baru selepas trauma dengan kejadian menimpa anak perempuannya.
"Saya sudah banyak melakukan kesilapan, kalau boleh saya nak minta bantuan JKM. Ambillah saya, jagalah saya dan anak-anak saya... saya minta tolong, bantulah saya," katanya sambil menangis ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Sungai Plong, di sini, semalam.
Katanya, beliau tidak sanggup lagi hidup menderita kerana terpaksa berdepan satu demi satu cabaran dalam hidup bermula dengan penahanan suaminya, Sahari Usol, 33, di Penjara Sungai Buloh sejak 2006 kerana kesalahan jenayah sebelum kehilangan anak tersayang.
Menceritakan pengalaman hidupnya, Nurhanim berkata, selepas suami dipenjarakan, beliau yang sebelum itu suri rumah sepenuh masa terpaksa bekerja sebagai promoter pusat membeli belah di ibu negara bagi menyara anak-anak dan pada masa sama berdepan pandangan serong masyarakat kerana bersuamikan banduan.
"Saya masih muda... suami saya sudah lama ditahan (di penjara) menyebabkan saya hidup menderita. (Kemudian) Teman lelaki (suspek) hadir dalam hidup untuk membantu dan menjaga saya sehingga kami merancang untuk berkahwin tetapi suami tak nak melepaskan saya. Pada masa itu saya tidak tahu pada siapa nak mengadu dan meminta tolong, sekarang (kematian anak akibat didera) banyak pihak menyalahkan saya sedangkan ketika menderita tiada siapa yang ambil tahu," katanya sambil mengaku serik untuk menerima mana-mana lelaki lagi dalam hidup.
Nurhanim berkata, sejak berkenalan dengan suspek, lelaki itu menunjukkan sikap mengambil berat terhadap anak-anaknya termasuk Syafia Humairah dan sering kali membawanya keluar makan bersama serta membeli pakaian baru untuknya.
"Sebelum ini saya pernah melihat ada kesan luka dan lebam pada badan Syafia Humairah, tetapi bila saya tanya pada arwah, dia cuma kata terjatuh ketika bermain di luar rumah. Saya tidak menyangka sebenarnya perbuatan itu dilakukan oleh suspek. Saya sekarang sentiasa teringatkan Syafia Humairah... nak melelapkan mata pun nampak wajah arwah. Beberapa hari sebelum meninggal dunia, dia ada membuat permintaan supaya saya memakai tudung," katanya.
Nurhanim berkata, pada hari kejadian, beliau sedang bekerja dan menerima panggilan telefon daripada suspek yang memberitahu Syafia Humairah meninggal dunia akibat terjatuh dari motosikal menyebabkannya terkejut dan bergegas ke HKKB.
"Tak sangka rupa-rupanya anak saya tidak terbabit dalam kemalangan, tetapi dipukul dan didera suspek sehingga meninggal dunia," katanya sambil menafikan laporan media sebelum ini yang mengatakan beliau mengandung empat bulan hasil hubungan dengan teman lelakinya itu.
Sumber : Wan Faizal Ismayatim [wfaizal@bharian.com.my] di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20100228230208/Article/
KUALA LUMPUR: Nurhanim Aziz, 25, ibu mangsa dera Syafia Humairah Sahari, 3, hari ini menafikan laporan sebuah akhbar bahawa beliau sedang mengandung empat bulan hasil hubungan dengan suspek yang membunuh anak perempuannya itu. Beliau berkata, laporan akhbar itu mengaibkan dirinya dan menyebabkan beliau bertambah sedih dan tertekan.
"Saya tidak mengandung seperti yang dilaporkan...sudahlah saya kehilangan anak, ditambah pula dengan dakwaan tersebut membuatkan saya bertambah sedih," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Sungai Plong, Kuang, di Sungai Buloh, dekat sini.
Laporan sebuah akhbar hari ini juga menyebut beliau dan suspek berusia 28 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan. Nurhanim mendakwa anak bongsunya itu, Shakimi Iqbal Sahari, adalah anak bersama-sama suaminya Sahari Usol, 33, yang kini ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan jenayah sejak 2006.
Menceritakan kejadian itu, Nurhanim berkata beberapa hari sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara beliau dan suspek menyebabkan suspek tertekan kerana perlu menjaga kedua-dua anaknya semasa beliau keluar bekerja.
"Kami bergaduh mulut saja tetapi tidak sehingga dipukul dan suspek juga tidak pernah marah anak-anak saya di depan saya. Kali terakhir saya jumpa Syafia Humairah ialah pada Rabu lalu dan dia gembira sangat nak keluar dengan Abang Mat (panggilan mangsa kepada suspek) sebab dah lama tak jumpa dengan suspek sejak beberapa minggu lalu," katanya.
Nurhanim berkata, beliau menerima panggilan daripada suspek kira-kira 8.30 malam pada hari kejadian yang memberitahunya Syafia Humairah telah meninggal dunia akibat jatuh motosikal.
"Masa dia hubungi saya, dia menangis-nangis beritahu kejadian yang menimpa anak saya dan saya amat terkejut," katanya.
Beliau tidak menyangka suspek yang berperwatakan baik dan sering bergurau dengan anak-anaknya adalah seorang yang kejam dan beliau tidak akan memaafkan perbuatan suspek. Pasangan itu telah menjalinkan hubungan sejak empat tahun lalu dan bercadang untuk berkahwin tahun ini selepas proses tuntutan fasakh Nurhanim selesai. - Bernama
Sumber : BHarian 2010/02/28
salam, sungguh x sangka, berita2 yg dah keluar di akhbar dan tv rupa2nya ada yang x benar...kalau betullah ibu kanak2 malang ini tidak mengandung dan tidak pernah mempunyai anak luar nikah seperti yang disiarkan oleh pemberita, sungguh kasihan pada ibu malang ni..kalau artis dah lama kena saman pemberita tersebut....aduhai dunia..
BalasPadamUmmi Anggun,
BalasPadamMcm byk fakta yang tidak betul, akhbar pun satu hal, mereka sebut 'dipercayai', tetapi bagi mereka (wartawan) jika mereka guna perkataan 'dipercayai' maknanya betul. Ini yg saya baca di blog MazidulAkmal.
Jika berita ini tidak betul, dan berita dia bersekedudukan pun tidak betul, malanglah nasib dia difitnah.
Cara kematian arwah sebenarnya byk di'sorok' kebenarannya. Kita tak perlu buat apa-apa statement lagi, takut berdosa fitnah pula.
Jom tgk 999 di TV3 mlm ini, inverview dengan nenek allahyarhamhu Syafia Humairah.