Assalamualaikum warahmatullah,
Terlebih dahulu,saya ucapkan "Selamat Hari Wanita Sedunia" kepada setiap wanita yang melayari LAMAN-SERi. Baru-baru ini, saya terima kiriman email dari egroup bersamaSuzana dalam usaha 'mengempen' cuti bersalin 90 hari oleh NUBE (Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank). NUBE sebagai PEMULA telah melancarkan "KEMPEN SATU (1) JUTA TANDATANGAN" bagi memohon kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955 dalam bab Cuti Bersalin dari 60 hari ke 90 hari bagi ibu ibu yang bekerja di sektor Awam mahupun di sektor Kerajaan.
Marilah kita beramai-ramai menyokong NUBE dengan melayari laman web NUBE atau boleh klik petition untuk menyokong hasrat murni pekerja-pekerja wanita 1 Malaysia.
Kepada mereka yang tidak bersetuju, tak perlulah mengeluarkan kata-kata nista dan sebagainya. Apa yang anda boleh buat, JANGAN vote, itu saja. Lebih-lebih pun, kumpulkan 1 juta tandatangan untuk mementang usul NUBE. Ada berani?
Bagi mereka yang berfikiran jauh untuk generasi pelapis kita, turunkanlah undian di laman web yang telah saya umumkan di atas. Ini sedikit maklumat yang sempat saya kumpulkan untuk info kita bersama. Jika berminat, teruskanlah bacaan, jika tidak, abaikanlah saja mesej ini.

Menurut piawaian minimum Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Konvensyen ILO No. 183 menetapkan tempoh cuti bersalin tidak kurang daripada 14 minggu (98 hari), di mana 6 minggu merupakan cuti yang wajib diberikan selepas kelahiran, sementara Konvensyen ILO No. 103 (minimum standards) menetapkan tempoh cuti bersalin tidak kurang daripada 12 minggu atau 84 hari. Cuti bersalin di negara ini pada asalnya hanya 40 hari. [NB: Saya kurang pasti tentang hal ini kerana ketika saya melahirkan anak sulung pada tahun 2004, saya sudahpun menikmati cuti bersalin sebanyak 60 hari.]
Sebanyak 119 negara di dunia kini menetapkan cuti bersalin untuk wanita tidak kurang daripada 12 minggu iaitu tiga bulan atau lebih. 16 buah negara lain pula memberi cuti bersalin sehingga 14 minggu atau tiga bulan setengah yang bersamaan 105 hari, iaitu tempoh maksimum yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Cuti bersalin negara lain
Lebih kurang 80% Negara-negara di seluruh dunia telah mengamalkan cuti bersalin melebihi 12 minggu termasuk Singapura, India, Indonesia, Thailand dan Laos. Rujuk sumber ParentalLeave di en.wikipedia.org. Dari jadual yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa, Malaysia masih MUNDUR atau jauh ketinggalan berbanding negara-negara di Asia seperti Singapura, India, Indonesia, Thailand dan Laos yang mengamalkan cuti bersalin yang cukup baik berbanding Malaysia.
FAKTA : Antara ketetapan yang dicapai dalam Persidangan ILO di Geneva mengenai pekerja hamil:
- Dalam artikel (3) Peruntukan Perlindungan Kesihatan Pekerja Wanita memperuntukkan bahawa mana-mana pekerja wanita terutama yang hamil dan menyusui bayi berhak mendapat perlindungan kesihatan semasa bekerja.
- Pekerja wanita diberi hak mendapat cuti bersalin selama 14 minggu dengan bergaji sebanyak dua pertiga, berbanding 12 minggu sebelumnya. Ini termasuklah jaminan waktu rehat untuk ibu menyusui bayi mereka.
- Dalam Artikel 10, ketetapan dibuat terhadap kepentingan penyusuan ibu. Ia demi memastikan kesihatan ibu dan anak. Justeru, pekerja wanita diharapkan dapat diberi satu atau lebih cuti rehat atau diberi sekali atau lebih pemotongan masa untuk menyusui bayinya. Majikan boleh membenarkan (memberikan pelepasan) pekerja wanita untuk menyusui bayi mereka sama ada pada waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah selama setengah jam.
- Dalam Artikel 5, ketetapan dibuat meluluskan cuti sakit kepada pekerja wanita sekiranya kesihatan mereka tidak mengizinkan atau terdapatnya sebarang komplikasi semasa mengandung atau selepas cuti bersalin.
- Dalam Artikel 8, ialah mengenai perlindungan pekerja dan tidak ada sebarang diskriminasi oleh majikan terhadap mana-mana pekerja wanita dengan pekerja lelaki yang lain. Artikel ini juga banyak menyentuh mengenai perlindungan semasa mengandung, masa cuti bersalin dan cuti yang berkaitan dengan komplikasi semasa dan selepas kelahiran.
- Majikan perlu memastikan bahawa pembuangan pekerja wanita itu tiada kaitan langsung dengan kehamilan atau cuti bersalin pekerja berkenaan. Sekiranya tiada sebab yang munasabah pekerja wanita itu boleh mempertikaikan semula dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan. (Sumber : Berita Harian 2 Ogos 2006)
Pada tahun 1990, tempoh cuti 40 hari itu diubah kepada 60 hari oleh kerajaan Kelantan selepas diperintah PAS pada 1990. Kerajaan negeri Terengganu pula telah melaksanakan kemudahan cuti bersalin 90 hari semenjak Mac 2000. Di awal pelaksanaan dasar baru itu, kerajaan Kelantan dikritik hebat beberapa kalangan, terutama para pemimpin Barisan Nasional (BN). Namun, atas desakan kesatuan sekerja dan penjawat awam, Kerajaan Pusat beberapa tahun kemudian turut meluluskan cuti bersalin selama 60 hari untuk kakitangan awam seluruh negara.
Baru-baru ini (awal tahun 2010), kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas telah memulakan cuti bersalin 90 hari, berkuat kuasa 1 Januari lalu. Menurut MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kakitangan terbabit bagaimanapun diberi pilihan menerima sejumlah pampasan jika mahu bekerja selepas 60 hari cuti bersalin, serentak dengan itu juga, suami yang menjaga isteri bersalin turut diberi tambahan cuti tujuh hari menjadikan jumlah cuti boleh diambil meningkat kepada 14 hari. Rujuk sini --> Cuti bersalin 90 hari di Selangor.

Langkah menambah cuti bersalin itu dibuat atas alasan perubatan kerana mengikut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bayi perlu diberi perhatian dan penjagaan rapi dalam tempoh 100 hingga 200 hari selepas dilahirkan, mereka yang layak mendapat kemudahan cuti menggunakannya sebaik mungkin termasuk bagi memastikan bayi mereka mendapat suntikan imunisasi mengikut tempoh waktu ditetapkan. Syabas kepada kerajaan campuran, kerana mengikat jejak langkah kerajaan negeri Kelantan yang telah LAMA menganugerahkan cuti bersalin 90 hari kepada kakitangan wanita negeri itu.
Dalam HMetro 18/02/2010 pula, Setiausaha Agung NUBE, J Solomon (bangsa apa, ya?) menyarankan agar kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955 [NB: Akta tahun 1955, sudah 55 tahun usianya. Kalau kakitangan kerajaan, dah cecah usia pencen.... memang patut benar dikaji semula] bagi menambah bilangan hari cuti bersalin pekerja swasta dari 60 ke 90 hari, seiring negara Asean lain. Rujuk sini--> NUBE saran cuti bersalin 90 hari. Kebanyakan negara Asean sudah menerima pindaan Konvensyen 183 Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Perlindungan Bersalin yang menetapkan tempoh cuti bersalin lebih panjang serta peruntukan untuk penyusuan dan penjagaan anak.
Negara jiran, Singapura, memperuntukkan 112 hari cuti bersalin manakala Thailand, Kemboja, Indonesia dan Filipina menetapkan 90 hari. Kemboja dan Indonesia juga mewajibkan syarikat dengan lebih 100 pekerja wanita supaya menyediakan bilik menyusukan bayi dan pusat penjagaan anak. Malaysia seharusnya dapat menyediakan kemudahan lebih baik bagi pekerja wanita yang terpaksa membahagikan masa bekerja serta menguruskan kesihatan, tumbesaran dan pembangunan anak-anak.
Saya tidak mahu mengulas banyak tetang ini kerana nanti ada yang tidak senang dengan perkara yang boleh dikaitkan dengan isu politik. GPKK Jerit (JERiT.org) pula berpendapat bahawa cuti bersalin adalah hak yang diberikan kepada wanita yang melahirkan anak. Seseorang wanita yang baru bersalin amat memerlukan masa yang mencukupi untuk menjaga kesihatan mereka serta menjalin hubungan kasih sayang dengan si comel yang baru lahir. Malah, masa ini amat diperlukan untuk penyusuan ibu sepenuhnya, membina perkembangan emosi, sosial dan mental bagi kedua-dua ibu dan anak. Di samping itu, GPKK mendapati bahawa kebanyakan pekerja kilang melakukan kerja-kerja yang berat dan para ibu yang bersalin memerlukan masa yang mencukupi untuk berehat.
Cuba kita BACA slogan yang dicanang-canangkan, “1 Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” oleh Perdana Menteri, DIULANG, “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan – Jangan cakap saja, Laksanakan dulu!” Menurut GPKK lagi, PM baru begitu ghairah dengan slogannya ‘1 Malaysia’nya, tetapi adakah beliau betul-betul mempunyai kuasa untuk merealisasikan slogan tersebut? Ini adalah kerana, sejak dulu lagi, kerajaan heboh mengatakan bahawa akan mempertimbangkan untuk melanjutkan cuti bersalin kepada 84 hari bagi kakitangan awam, MALANGNYA mereka juga yang kemudiannya mengatakan ia tidak boleh dikuatkuasakan kerana khuatir akan menjejaskan produktiviti.
Kalau isu harga kereta, gula, rokok, beras, GST dan petrol serta diesel, pemimpin kita SIBUK membandingkan harga di negara lain, tetapi bagi polisi-polisi yang menjaga kebajikan pekerja, kerajaan seakan-akan menutup mata dan tidak mahu melihat atau mencontohi negara lain?
Mengapa kita perlu FOKUS kepada pengurusan kesihatan, tumbesaran dan pembangunan anak-anak?
Bagi mereka yang beranggapan anak-anak sebagai aset TERPENTING yang akan menggantikan generasi sekarang yang akan tua dalam masa 15-20 tahun akan datang, sudah tentulah mereka akan lebih perihatin menjaga kebajikan generasi pelapis ini.
Seorang pegawai/guru wanita yang bersalin layak mendapat kemudahan cuti bersalin sebanyak lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatannya. Kebanyakan syarikat swasta juga memberi cuit bersalin 60 hari bergaji sebanyak lima kali untuk kakitangan mereka. [NB : Berapa ramai keluarga yang memiliki anak lebih daripada 3 orang? Semak kadar kesuburan tahun 2007 – 1 ibu : 2.2 anak. Jadi, purata cuti bersalin seorang wanita hanyalah ± 120 hari untuk sepanjang hidupnya.]
Kita andaikan setiap wanita melahirkan 5 orang anak. Cuti bersalin 60 hari X 5 = 300 hari. Jika diberi tambahan 30 hari X 5 = 150 hari, jumlah keseluruhan cuti bersalin 450 hari. Apalah sangat jika hendak dibandingkan pengorbanan kaum ibu yang bersusah payah mengandung selama 280 hari (9 bulan 10 hari) + 730 hari (2 tahun) menyapih seorang anak semata-mata untuk memastikan generasi tua digantikan dengan generasi muda? [KIRA : 1010 hari X 5 orang = 5050 hari! Ini tidak termasuk bagi mereka yang terpaksa bersengkang mata menjaga anak-anak kecil yang sakit akibat demam, selsema, batuk, asma, campak, cacar dsbnya.]
Malaysia yang DIKATAKAN sedang menuju status negara maju ini hanya memberikan cuti bersalin 60 hari, KURANG daripada tempoh minimum yang ditetapkan ILO iaitu sekurang-kurangnya 12 minggu atau 90 hari. Ini bermakna, anak-anak yang dilahirkan di Malaysia hidup dan membesar TANPA pemakanan lengkap yang cukup penting dalam tahun pertama kelahiran mereka iaitu susu ibu, belaian dan kasih-sayang ibu sepenuhnya. Maklumlah, genap 60 hari selepas bersalin, ibu-ibu yang bekerja memajak-gadaikan (meminjam Dato' Dr Noor Laily's favourite words) bayi masing-masing ke pusat asuhan, baby sitter dan bibik mereka.

Sedangkan tanggungjawab ibu bapa ke atas bayi yang dilahirkan begitu JELAS sebagaimana firman Allah SWT dalam mafhum-Nya, “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut.” (Surah al-Baqarah ayat 233)
Adakah setiap ibu bapa faham akan tafsiran ayat di atas?

Imam Malik berpendapat, kerja menyusukan anak adalah tanggungjawab yang MESTI dilaksanakan oleh ibu yang melahirkannya selagi ia tidak bercerai atau anak tidak mahu menyusui dengan orang lain.
Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirannya mengenai ayat ini berkata, hukum menyusu (memberi susu ibu) secara umumnya adalah sunat ke atas seseorang ibu. Namun, ia menjadi WAJIB jika anak enggan menyusu dengan orang lain (ibu susuan) atau bapa tidak mampu menyediakan penyusu (ibu susuan) kerana miskin atau sebagainya. Malah kata Dr. Wahbah lagi, ibu-ibu yang enggan menyusui anak kerana ego atau alasan menjaga kecantikan dan kesihatan adalah berlawanan dengan fitrah wanita (ibu) serta telah mengabaikan keutamaan ke atas anak (Tafsir Al-Munir Juz 2; ms:466).
Patutkah cuti bersalin ditambah?
Jika tanya saya, memang patutlah jawapannya,walaupun besar kemungkinan saya tidak dapat menikmatinya. Menurut Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM), bersalin adalah pengorbanan terbesar daripada seorang wanita, khususnya yang bekerja dalam membantu membangunkan keluarga, ekonomi dan negara. Jadi mereka harus diberi elaun dan pengiktirafan serta menambah tempoh cuti bersalin adalah hak bagi seseorang wanita bekerja. Jika produktiviti atau tenaga kerja dijadikan alasan oleh para majikan untuk tidak memanjangkan tempoh cuti bersalin, adalah mustahil bagi pekerja wanita di setiap agensi cuti bersalin secara serentak dalam satu masa.
Ahli psikologi yang juga pensyarah UKM, Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail berkata, cuti bersalin perlu lebih fleksibel. Dalam situasi masa kini, keperluan cuti bersalin perlu lebih daripada dua bulan barulah modal insan yang dilahirkan itu dapat dijamin baik kualitinya. Ini kerana, pembangunan insan berkualiti adalah modal terpenting untuk menjamin kekuatan ekonomi, negara, masyarakat dan keluarga bagi jangka masa panjang. Sikap terlalu mengejar dan menabur kekayaan wang ringgit dalam membesar anak-anak bukan sahaja akan merosakkan pembangunan insan dan sumber manusia akan datang tetapi boleh memusnahkan ekonomi keluarga dan negara.
Berkenaan pekerja wanita lebih ramai di sektor kerajaan (dan swasta) dan dalam sesetengah jabatan, kaum wanita menguasai hampir 70% dan jika dikhuatiri cuti bersalin 90 hari menjejaskan jambatan dan produktiviti, kerajaan dan badan berkenaan sepatutnya mengkaji mengapa perkara ini berlaku. Pihak-pihak yang berkenaan SEPATUTNYA mencari jalan untuk mengatasi masalah ini, dengan memperkasakan kaum lelaki supaya lebih berdaya saling secara sihat dengan kaum wanita dan bukannya merampas hak-hak wanita yang telah digariskan oleh syarak dan ILO!
Cuti bersalin pekerja wanita negara ini bukan lagi isu mereka perlu rehat panjang kerana bersalin tetapi ia membabitkan isu modal insan negara untuk jangka panjang. Kesimpulannya, seseorang ibu perlu sentiasa di sisi bagi membelai dan memberi kasih sayang serta penjagaan sepenuhnya ke atas bayi yang dilahirkan sehingga usianya dua tahun.
Sungguhpun tuntutan cuti bersalin 90 hari belum diputuskan lagi, kini timbul pula satu lagi permasalahan baru, iaitu dikatakan kadar kesuburan pada kalangan wanita Malaysia dijangka menurun secara mendadak pada tahun 2015 iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 kanak-kanak pada 2007. Sila rujuk sini --> Kadar Kesuburan Wanita Malaysia Dijangka Menurun Secara Mendadak Pada 2015. Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN dengan bantuan daripada kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kini dalam usaha mengadakan beberapa program di seluruh negara untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin pada usia yang sesuai, dengan harapan menerusi program-program yang akan dijalankan, kadar kesuburan dan populasi masyarakat Malaysia akan meningkat pada masa akan datang.
Ehem... Bagaimana hendak melahirkan lebih ramai anak yang BERKUALITI, jika ibu-ibu yang bekerja terpaksa berfikir 1000 kali tentang penjagaan anak selepas kelahiran dan pening dengan perbelanjaan hairan yang semakin hari semakin meningkat? Ditambah pula dengan karenah majikan yang kurang perihatin tentang kebajikan ibu dan anak-anak, besar kemungkinan keluarga yang kurang berkemampuan akan terus menghadkan bilangan anak yang mereka mampu lahirkan dan besarkan.

Jika populasi semakin menurun, maka tidak mustahil menjelang 20~30 tahun akan datang, kita akan menyaksikan lebih ramai warga tua (terutama mereka yang mementingkan produktiviti itulah) akan bekerja hingga ke akhir hayat.
Sebenarnya Malaysia jauh ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat, tidak kira yang kerja dengan mereka mahupun yang kerja swasta. Sepupu saya yang tinggal di Newark (Maryland) cerita, dia dapat makan free, gomen US supply. Susu anak, sayur, daging dan bahan asas lain, macam-macam dapat free. Bukan dia sekeluarga saja yang dapat, keluarga lain pun dapat. Tak pula saya tanya apa kriteria dia dapat bantuan macam itu. Tapi kalau tengok di TV pun, yang homeless pun ada dapat makan dan tempat tidur. Lihatlah betapa 'muslim'nya mereka dalam menjaga kebajikan rakyat... Kalau ada rakan/sahabat/saudara yang tinggal di sana bolehlah cerita kebajikan rakyat di US.
Makcik saya tinggal di Perth, cuti bersalin 2 tahun. Tidak pasti bergaji atau tidak, tapi memang ada peruntukan 2 tahun sebab pemerintah menggalakkan ibu menyusukan anak dan jaga kebajikan bayi sehingga mereka besar sikit. Australia negara terbesar pengeluar susu, tapi mereka tetap kempen susu ibu. Lihatlah betapa 'muslim'nya mereka dalam menjaga kebajikan rakyat...
Di sini pun ada juga kompeni yang jaga kebajikan pekerja, sekali bersalin dapat RM1000, kos bersalin ditanggung kompeni, hatta kena emergency c-section pun mereka bayar hingga RM5000. Tapi kerajaan Ma;aysia tak cover itu semua, kos bersalin cuma percuma untuk kakitangan awam. Orang lain yang tak kerja dengan mereka, carilah duit sendiri untuk keluarkan budak. Ada juga kompeni yang menyekat hak-hak semula jadi wanita yang berkahwin, adik ipar saya kena sain kontrak 5 tahun tak boleh beranak. Start kerja umur 23, umur 28 baru boleh beranak. Umur 28 tu, tahap kesuburan dah turun. Sebab itulah sekarang seorang wanita purata anak 2-3 saja. Jangan komplen kalau perempuan tak mahu beranak ramai. (tolak sayalah, saya ni kira terlebih dalam purata diberi KPWKM)
Banyak hal yang kerajaan terlepas pandang, sama ada sengaja atau tidak. Pembangunan bandar langsung tidak dipantau dengan teliti. Main boh saja buat rumah sana sini. Yang untung, pemaju. Seksyen U4-6 contohnya, (kawasan Subang Puteri), sekolah anak kawan saya ada 53 murid dalam satu kelas, untuk tahun satu saja ada 8 kelas. Bermakna murid tahun pertama saja ada 400 orang. (Cuba kali bilangan untuk 6 tahun, ada berapa ramai?) Boleh ke seorang cikgu handle 50 orang murid dalam satu masa? Saya yang ada 4 orang inipun cukup pening kepala. Itu anak sendiri. Masih adakah nilai menjaga anak orang lain macam anak sendiri? Patutlah gejala sosial sangat teruk sekarang.
Apa fasal kerajaan tidak lihat perkara ini sebenarnya satu masalah? Mana perginya kebajikan rakyat yang berhak menikmati kehidupan yang lebih selesa, murid dapat belajar dengan lebih gembira, cikgu tentu ceria dan tidak terasa beban mengajar murid yang ramai.
Cuba buat perbandingan pendidikan di negara lain macam mana. Apa guna letak diplomat di merata dunia kalau mereka cuma perabiskan duit tak buat apa-apa? Yang mereka tahu, nak makan keropok dan buah saja, saya tahu sebab saya yang buat shipment hantar barang pada mereka. Keropok ubi la, keropok ikan la, keropok nangka la, keropok lekor la... Macam-macam. Kajilah macam mana negara lain handle rakyat mereka, terapkan yang positif di sini. Ada menteri buat lawatan ke luar negera, bukan hendak bawa balik teknologi/system yang bagus, SEBALIKNYA perabiskan duit rakyat di Disneyland!
Hal cikgu perempuan terlebih hingga nisbah 7:3 itu, masalahnya kenapa kerajaan tidak aware tentang ini? Sepatutnya bila nisbah perempuan: lelaki sudah mencecah 4:6, kerajaan PATUT buat langkah berjaga-jaga, post mortem apa masalahnya. Dulu sekolah saya ada 20 cikgu perempuan, seorang saja cikgu lelaki. Itu zaman masa saya sekolah, tahun 80-an. Mereka biar saja masalah berlanjutan hingga 30 tahun, sekarang baru hendak tergadah?
Cuti 60 hari itupun mereka revised sebab ramai perempuan berhenti kerja selepas bersalin. Tidak mengapalah kalau tak nak revise ke 90 hari pun, tapi esok lusa, janganlah buat-buat terkejut kemudian panik kalau lebih ramai lagi perempuan berhenti. Baru sibuk kata kakitangan tak cukup. Mana pergi kaum lelaki? Mengapa tak kaji kenapa kaum lelaki kurang berminat nak bekerja dengan kjaan? Atau mereka tak cukup kriteria masuk kerajaan? Kerajaan kena buat sesuatu untuk atasi masalah inilah. Dan bukannya menindas kaum perempuan dengan menafikan hak-hak mereka.
Slogan 1 malaysia itu patut diaplikasikan dalam setiap perkara, rakyat WAJIB didahulukan....
Menung-menungkan!
Updated : 15/03/2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...