PAGE

Rabu, April 28, 2010

Penawar hati gelisah


Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu’d didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang, tidurku tidak lena.”

Mendengar itu, Ibnu Masu’d membalas, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

Pertama
, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat suci.

Kedua
, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga
, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”

Demikian penawar hati gelisah; kadang-kala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah, tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya. Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.

Firman Allah SWT, “Jika engkau dihasut syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200)

Renung-renungkan!



Capaian entry berkaitan :
  1. Tajdid Iman: Kesedihan tanpa kawalan punca kehancuran insan
  2. Hati umat Islam berkarat jika meninggalkan zikir
  3. Mencari ketenangan hidup
  4. Kembalilah kepada Allah SWT
  5. Taati Allah ubat gelisah

2 ulasan:

  1. kata orang, kalau hati gelisah, telefon lah ibu..minta maaf..
    betul ke?

    BalasPadam
  2. Salam Hidier,

    Menggembirakan orang tua sangat dituntut dalam agama.

    Ada kemungkinan juga salah satu punca hati gelisah kerana jauh daripada redha ibu/bapa, sbb hadis ada menyatakan redha ALlah terletak kepada redha kedua ibubapa.

    Bila call ibu dan minta maaf, dan ibu maafkan, tentu kita dapat redha ibu dan redha ALlah.

    Dari situlah rahmat-Nya turun dan kita rasa tenang.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...