PAGE

Khamis, April 08, 2010

Tiga sikap buat wanita tampak hodoh


Assalamualaikum warahmatullah,

Pernahkah anda melihat wanita yang terlalu cantik, sempurna segala zahirnya, anggun bergaya dengan kosmetik dan perhiasannya bak supermodel? Bukan hanya lelaki yang suka memandang, bahkan sesama perempuan juga tertarik melihat penampilan yang sedap dipandang. Tetapi sayangnya, setelah anda mengenali hati budinya, dia sungguh berbeza luaran dan dalaman. Luaran amat memukau, manakala dalaman pula sungguh memeranjatkan!

Lelaki yang hidung belang memang tidak ambil kisah tentang keperibadian seorang wanita. Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh memuaskan nafsu keji mereka. Tetapi, lelaki sejati yang beriman tidak akan sanggup mengambil isteri seorang wanita yang jahil, busuk hati dan kesat lidah sebagai pendamping hidup.

Ada pula yang mengambil risiko cuba-cuba untuk nasib, manalah tahu si jelita ini boleh berubah perangainya suatu hari nanti, tapi nahas pula yang diperolehi, habis beribu ringgit melabur supaya isteri berubah, tetapi tidak juga berhasil usaha untuk ‘turn over’ hati dan sikapnya.

Setiap wanita yang dilahirkan dalam keadaan sempurna jasmaninya, jangan berpuas hati dahulu sebelum menilai kelemahan yang tersembunyi dari pandangan orang lain. Jika anda memiliki tiga sifat berikut ini, baik berhati-hati kerana setiap lelaki yang mengenali mungkin akan lari meninggalkan anda.

1 – Jahil

Dunia semakin maju, teknologi dan informasi terkini telah pun tersebar dengan pesat dan cepat. Wanita dulu dan sekarang jauh berbeza, tetapi yang tidak pernah berubah adalah kefahaman agama yang mesti dipegang dengan kuat, seiring beredarnya masa menuju akhir zaman yang semakin mencabar.

Jahil tentang ilmu dunia dan akhirat adalah kelemahan yang membuat anda nampak hodoh. Hanya ilmu yang boleh mengangkat status seseorang dan merubah sejarah hidup manusia. Ilmu dunia jika tidak diiringi dengan ilmu akhirat (agama) akan pincang.

Wanita yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan, ekonomi, sosiologi, antropologi, politik, sains dan lain-lain akan tersesat tanpa bimbingan ilmu agama yang sahih. Inikan pula wanita yang tidak tahu apa-apa selain kosmetik dan butik, jadi hendak ke mana dibawa anak-anak yang lahir dari rahim mereka ini?

2 – Buta hati

Cantik paras rupa tetapi buta hati. Tidak akan selamat sesiapa pun yang mendampingi wanita sebegini. Hati merupakan pusat tenaga pada diri manusia. Jika baik hatinya maka baiklah amalannya dan begitulah sebaliknya. Mengapa sibuk mandi aura bunga-bungaan sebagai pembangkit tenaga dalaman tetapi hati pula dibiarkan busuk dan bernanah.

Apakah yang menyebabkan hati sakit?

i) Tidak mengenal Allah dan Rasul dengan sebenarnya

Jalan mengenal Allah dan Rasul adalah dengan mempelajari al-Quran dan hadis. Bukan setakat dibaca tapi dikaji, difahami, diamalkan dn diperjuangkan. Kalau pergi ke pusat rawatan kecantikan atau salun pasti waktu habis dua tiga jam untuk satu sesi, mengapa pula jika belajar agama tiada masa dan asyik memberi alasan ‘sibuk’?

Hati yang tidak disentuh ayat-ayat Allah dan ilmu-Nya, semakin lama akan menjadi semakin kotor, sakit dan tenat kerana tabiat hati diciptakan Allah SWT memerlukan makanan. Makanan hati adalah al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

ii) Terlalu berlebihan dalam perkara mubah

Banyak makan, tidur, sibuk dengan hiburan, permainan, shopping, menghias rumah berlebih-lebihan, sibuk bersenam dan berubat mengalahkan kewajipan sembahyang. Tidak tahu mana prioriti dalam kehidupan. Hal ini boleh merosakkan hati.

Agama tidak melarang manusia bersenang-senang, tetapi hidup ini mesti seimbang antara dunia dan akhirat. Jika setiap hari keletihan akibat mengikut segala kemahuan hawa nafsu sehingga tidak larat untuk beribadah, tentu keadaan sebegini akan menyebabkan seseorang menjadi lalai. Jika sudah lalai, hati menjadi keras dan kotor, tidak mampu membezakan yang baik dan buruk dalam perbuatannya.

iii) Menjadikan syaitan sebagai teman akrab

Amat berbahaya jika syaitan duduk dalam hati manusia. Meniupkan angin dengki, prasangka buruk, dendam amarah, riak dan sombong. Jangan biarkan syaitan masuk ke pintu hati kita dan menebarkan racun-racunnya. Berlindunglah kepada Allah SWT daripada gangguannya. Hati yang sakit melahirkan perangai-perangai yang gila, menyusahkan diri dan orang lain. Tidak ada wanita yang lebih hodoh dari si pendengki, pencemburu buta dan pendendam. Maka waspadalah!

3 – Kasar lidah

Kehodohan yang paling ketara adalah ketika seorang wanita melepaskan panahan lidahnya. Tajam menusuk hati orang yang mendengar, menyebabkan siapapun enggan bersahabat dengannya. Suami menghindari, anak-anak lari, jiran dan handai taulan menutup diri tidak mahu berhubungan dengan wanita yang tidak pandai menjaga lidahnya. Mengumpat, memfitnah dan mencaci telah sebati dalam dirinya. Al-Quran telah memberi amaran seksa bagi orang yang mengumpat saudaranya yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat ayat 12)

Sesungguhnya jahil, buta hati dan kasar lidah adalah sehina-hina perangai yang dibenci makhluk apatah lagi Allah Taala yang Maha Suci. Kecantikan perlu diusahakan dan dicari, maka berhiaslah dan berubatlah untuk kecantikan zahir dan batin.

Renung-renungkan!



Sumber : Dr Hj Juanda Jaya

Capaian entry berkaitan :
  1. Bila kegiatan sulit suami terbongkar
  2. Tajdid Iman: Memelihara kesucian hati sebagai penerima hidayah
  3. Personaliti, ransangan paling hebat
  4. Cari keseimbangan untuk raih ketenangan
  5. Berdandan untuk suami, satu kewajipan!

18 ulasan:

  1. rbk_2020 [rbk_2020@yahoo.com.sg]26 November 2011 pada 10:02 PTG

    LELAKI pun kalau memiliki 3 sikap tu pun akan tampak hodoh..

    BalasPadam
  2. izadnium izad [izadnium@gmail.com]26 November 2011 pada 10:03 PTG

    setuju .. tapi wanita lagi lagi lagi hodoh kalau buat isteri... kalau setakat kawan2 takpe.. not more than that...

    BalasPadam
  3. Siti Rahmah [sitiomega46@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:05 PTG

    Mengapa anda prejudis terhadap wanita. Seolah2 wanita saja yg suka menunjuk2 kecantikn, jahil, buta hati n kasar lidah. Adilkh ini?

    Sdgkn berapa ramai isteri2 yg terpaksa memendam rasa, menjeruk hati, berendam airmata dgn kerenah sang suami. Mrk ditolak dtolak n terus dtolak ke belakang hingga jatuh terperuk ke sudut. Di mana maruah n harga diri sudah tiada. Terkapai2 mengharap ada tgn yg membantu. akhirnya pd Allah jua tpt memohon pertolongan n perlindungan.

    Sedarlah wahai lelaki d sebalik kelemahan seorang wanita. Anda juga bertggjwb. So be fair. Jgn berat sebelah OK.

    BalasPadam
  4. Aumar Nurin [aumar_nurin74@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:06 PTG

    Assalam. Setuju dengan Puan/Cik Siti Rahmah. Sepatutnya Si suami membimbing keluarga ke jalan yang diredhai Allah. Ini ada suami bila nak habiskan masa dengan keluarga susah sebab ada masalah kewangan. TETAPI....untuk menghabiskan masa main golf dengan kawan-kawan tak fikir pulak masalah kewangan. Nak main nombor ekor setiap minggu tak fikir pulak masalah kewangan. Nak berhibur dengan pelacur di hotel yang berbintang- bintang tak fikir pulak masalah kewangan bawa Perempuan yang bukan mahramnya tak fikir pulak masalah kewangan. Kemudian bila si isteri nak mengadu hal, dah buat TAKLIK jika mengadu kat saudara mara jatuh talak. ADIL kah??? Hodoh ke si isteri tu???

    Sent from my iPhone

    BalasPadam
  5. Khairani Darus [kbdarus@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:07 PTG

    bawang goreng tu, mybe dengki sebab smua pompuan cantik tak pandang dia so, the best way, hina la pmpuan tersebut.

    apa kurangnya lelaki..

    BalasPadam
  6. Onie Non [onnie8343@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:09 PTG

    memang dah lama boikot artikel bawang goreng ni, takat copy paste mana2, dia sorang aje macam bagus, meluat sangat.

    Onie
    H/P:019-6904232

    BalasPadam
  7. ylang69ylang [ylang69ylang@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:10 PTG

    أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ ..

    Please lah.. Ever heard of the saying "shooting the messenger"?

    Lapang2kanlah dada tu, belajar2 menilai setiap perkara dari kanta-mata yang positif.

    Pada hemat saya, BG berkongsi ilmu, bukan membangga diri. Juga, kerana open forum sebegini, sebagai wanita Muslimah, interaksi yang diamalkan oleh BG adalah dari wanita kepada wanita (ibarat antara saudara2 atau sahabat2 wanita, yang wanita berpesan2 antara satu sama lain, yg lelaki juga berpesan2 antara satu sama lain).

    Setidak2nya, ingatlah akan pesanan Hasan al-Basri, "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan". -Hassan Al-Basri~

    [Tuan mod, please release this post, kerana saya juga tidak pernah akan menganggap "macam saya seorang yang bagus". Saya juga tidak mengenali BG secara peribadi, namun saya sentiasa berpegang kepada fitrah kejadian kita yg اَللّهُ SWT telah bekalkan dengan akal dan kebijaksanaan untuk menilai sesuatu perkara sama ada baik/ buruk; bermanfaat/lagho]

    Wassalam.

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    BalasPadam
  8. Suhaila Bohari [su_dlc75@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:11 PTG

    Kenapa nk melatah.. setiap artikel ada pengajaran. Renung dan fahami apa yg disampaikn. Ambik secara positif untuk kebaikan diri sendiri dan untuk semua. Setiap kejadian ada hikmah yang Allah dah tentukan baik wanita mahupun lelaki. Buruk pada pandangan kita terbaik di sisi Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap perkara....

    BalasPadam
  9. Jeffry Azman [jeffry_stuff@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:13 PTG

    berhati-hati mengambil ilmu dan nasihat agama. ust asri, dr.juanda jaya, saudara rasul dahri semuanya itu mempunyai pemikiran yg menjurus pada wahhabiyah kalau tidak khawarij. Walaupun kebanyakan nasihat umum mereka boleh diterima namun pengambilan ilmu agama mereka tidak warid dan syaz.

    masih ramai lagi asatizah(ustaz/ustazah) dan ulama ahli sunnah wal jamaah untuk dibuat panduan.

    Khas buat warga SIM portal kuliyyah agama ASWJ:

    http://palletrohani.blogspot.com/

    http://ribuanceramah.blogspot.com/

    saya hanya menunjuki jalan, diri saya masih banyak kekurangan.

    Mengetahui tentang kebenaran wajib menyampaikan. Bagi yg masih tidak dapat membezakan firqah dan fikrah batil wahhabiyyah/khawarij teruskan menuntut ilmu2 agama di masjid2 dan surau2 umum diketahui masyarakat dan bersabar dalam menuntut ilmu. Kerna zaman mutaakhirin ini fitnah agama makin menjadi-jadi.

    Koreksi diri dan periksa ilmu yg fardhu ain atas diri spt:

    Tauhid al Haq yg jelas mengikut acuan Abu Hassan Al Asya'ari & Abu Mansur Al Maturidi yg merupakan kesinambungan Salafussoleh bukan Aqidah Salafi. Sifat allah tidak terperi banyaknya dan hanya Dia yang mengetahui jumlahnya namun susunan sifat2 Allah yang asas 13(Abu Hassan Al Asyaari), tambahan 7(Abu Mansur al Maturidi) adalah yg paling kurang dan tidak dapat tidak perlu ada pada zat yg Maha Esa dan Maha Mulia, Allah Azza Wajalla.

    Ilmu Fiqh Mazhab yg 4 dan khas mazhab as Syafie bg kepulauan nusantara (Selatan Thai, Kemboja, Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia), dan para ulama syafi'iyyah nusantara dan dunia Islam. Pelajari ilmu dalam rukun Islam yg 5 dari ahlinya.

    Ilmu Tasawuf al Imam al Ghazali RHM, al Imam Junaid al Baghdadi RHM , Syeikh Abdul Qadir Al Jailani RHM , Abu Hassan As Syazdili RHM , Faqih Muqaddam Muhammad bin Alawi RHM , Al Habib Abdullah Al Haddad RA.

    Ilmu Al Quran juga wajib dikuasai bermula dari yg terlebih utama adalah Ilmu Tajwid. Asas utama ilmu tajwid adalah menunaikan haq setiap huruf hijaiiyyah. Tidak dapat tidak kerna salah satu rukun Qauli di dalam solat iaitu al Fatihah dan tasyahhud akhir. Jika mengetahui pincang sebutan tanpa ada usaha belajar untuk membetulkannya tidak sah solat.

    Al Faqir ilallah Al Salam,

    Mohd Jeffry Mohd Azman
    http://reasonofallreason.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Risyam [risyam.khairi@konsortium.net]26 November 2011 pada 10:14 PTG

    Sabar... sabar... sekurang-kurangnya bawang goreng berkongsi cerita @ info sesama ahli group sim.

    Tak kiralah copy paste or bikin-sendiri, at least she give something.

    Anda bila lagi?


    Best regards,

    = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

    BalasPadam
  11. Sharifah Sulaiman [bulmas11@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:20 PTG

    Salam.

    Bukan komen peribadi, tapi saya tak faham kenapa mahu kutuk artikel macam ini sedangkan bagi saya ia semacam sebuah peringatan pada wanita supaya memperelok akhlak. Dan juga ditulis di bawah sumbernya adalah daripada Dr. Juanda Jaya.

    Bukan sebaab bawang goreng saya komen, tidak kisah siapa pengirim emel tapi terkejut dengan cepatnya pandangan negatif orang melayu. Dia tidak mengatakan lelaki semua baik cuma itu peringatan. Heran saya.

    Tolonglah lebih terbuka dan positif, jgn nampak sangat melayu suka menegatifkan orang.

    Minta maaf. Hanya pandangan saya.

    BalasPadam
  12. Haza Hassan [hazanariah@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:22 PTG

    SALAM...

    Jgn cepat melatah... bagi saya artikel ini cuma perkongsian utk kita yg lupa @ jahil... dan peringatan bg yg tahu tp dah lupa..

    Mungkin tajuk dikhaskan utk wanita, tp pengisian utk semua...

    istigfar byk2...

    walhualam..

    hazanariah a.k.a ibu annUR
    cLEaRancE sTOcK~@ GOBOK ANNUR
    SauDI iMPOrtED~ JUBAH BUDAK LELAKI

    BalasPadam
  13. Sharifah Hamidah [sharidah78@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:24 PTG

    Salam saya terpanggil untuk memberi komen sikit...

    saya rasa article bawang goreng tidak lah mengutuk wanita, dia hanya mahu berkongsi apa yg dia telah baca untuk tatapan kita... dan ada kebenaran nya... kecantikan wanita bukan setakat luaran aje mesti di sertai dengan budi pekerti yg baik, solehah dan bijak...

    Rakan2 sekelian bila baca ambil lah sikap positive dengan minda yang terbuka insyaAllah kita akan mendapat ilmu dan juga peringatan untuk kita semua.

    Begitu juga bila kita menuntut ilmu dunia dan akhirat jangan pandang pada guru tu tetapi ambil ilmu nya baru lah akan bertambah ilmu nya untuk kejayaan kita dunia dan akhirat, kerana sebagai manusia walaupun dia guru biasa, ustaz dan ustazah tidak sunyi dari kesilapan sudah tentu kadang2 keperibadiannya atau perangainya lalu kita tidak suka dan tidak mahu belajar dgnnya sedangkan dia mempunyai banyak ilmu jadi di sini siapa yg rugi.

    Begitu juga dengan penulisan di bawah ini kalau kita bersikap negative atau ada yang kata dia dah boikot penulisan bawang goreng kerana setakat cut and paste....sy rasa anda orang yg rugi...kerana kadang2 apa yang di cut and paste kita tidak sempat membaca di ruangan lain... jadi dikongsi bersama kita .... tak payah lah kita bersusah payah mencari article itu di tempat lain bak kata orang dah datang depan mata kita.....

    Orang yang selalu menolak dan memperkecilkan orang lain ada lah orang yang bodoh dan dungu bagi saya kerana anda tidak akan kemana2 hanya setakat situ lah sahaja.... atau dengan perwatakan demikian orang boleh nilai di mana tahap anda....

    Maaf mungkin ada yang terasa dengan penulisan ini tapi percaya lah sy ingin membuka minda anda jangan lah terlalu sempit sangat minda anda....kerana sy rasa kebanyakan di sini dari generasi muda yang akan menjadi pelapis kami , buang sikap negative itu always move forward with positive thinking...insyaAllah satu hari anda boleh berjaya dunia dan akhirat....

    Satu lagi peringatan....jika anda telah di atas selalu lah pandang di bawah...

    BalasPadam
  14. Feeqa Chunna [abj290377@gmail.com]26 November 2011 pada 10:25 PTG

    Article yg bersifat umum mcm ni pun bole dijadikan sbb utk menyerang peribadi? berat nanang!

    Tajuk je nampak mcm khas utk wanita.. tp mana2 pun sama je. sifat yg jelek mcm tu ada je dlm diri manusia tak kira la samda dia tu lelaki mahu pun wanita.

    Sudah2 lah... buangkan yg keruh.. ambil saja yg jernih...

    BalasPadam
  15. Ketai [haslinna_007@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:27 PTG

    Saya sokong kenyataan sharifah sulaiman, artikel ini kalau saya baca2 hanya untuk di kongsi dan sekadar untuk renungan bersama. Tak ada salah untuk kita memperluaskan ilmu dgn berkongsi pengetahuan untuk kebaikan bersama, tak payah la nak menuduh sembarangan, tak ada faedah pon.

    Sedih la tengok org melayu(lagi2 org yg beragama islam ni). nak sampaikan dakwah, tapi dah kene komplen & dapat pandangan negatif dr org yg tak bertauliah nak baca ni.. wake up la!

    Dunia ni dah nak kiamat kot, memporak perandakan sesama islam, penganut agama lain, tepuk tgn, happy sbb penganut yang beragama islam ni lah yang byk membuat masalah dan menjatuhkan agama islam kita sendiri.

    Two thumbs up kepada yang sharing the article. Good job!

    BalasPadam
  16. Noor Azimah Abdullah [noorazimahabdullah@yahoo.com.my]26 November 2011 pada 10:29 PTG

    bawang goreng ni perempuan la kalau tak salah saya. dia bagi nasihat pada kaum perempuan yg ada perangai camtu.kalau perangai cik cik puan semua dah ok, tak yah lah nak terasa pulak, kecuali anda memang bersikap demikian. take positive bebeh!!

    BalasPadam
  17. Are Die [almusa7@gmail.com]26 November 2011 pada 10:31 PTG

    JAHIL / BUTA HATI / KASAR LIDAH
    as-salam~

    saye dah bace dr ats sampai bawah~
    saye lelaki tapi artikel nih saye copy n print n bg kat adik2 pompuan~
    1st time dapat ilmu nih so trimas tuk artikel nih, adik2 pompuan sy pon 1st time bace pon ade ucapan trimas~
    saye ingatkan kat adik2 saye supaye bace sampai habis n amek iktibar supaye x tersenarai dlm 3 kategori tuh~
    jgn mudah melenting coz artikel nih bukan abg sengaje nak kutuk pompuan, jgn buta hati
    jgn mudah melenting coz artikel nih bukan abg sengaje tunjuk pandai coz abg just print je , jgn jahil
    jgn mudah melenting coz attikel nih bukan abg sengaje bg tuk dikutuk2, jgn kasar lidah
    sy ckp kat adik2 saye yg saye nih punya ilmu yg sikit je ibarat sehelai daun bandingkan berjuta pokok kat dunia nih~
    paling saye ingatkan kat adik2 saye

    try ur best tuk x nampak hodoh~
    As-salam

    ⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
    `⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
    ..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
    ☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
    /▌*˛˚ღ •˚ selamat menyambut aidil fitri ♥♥ ˚ ✰* ★
    / \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥
    ════ஜ۩۞۩ஜ════
    اسلام عليكوم وﺭحمةالله وبراك
    ════ஜ۩۞۩ஜ════

    BalasPadam
  18. Limbat [limbat@yahoo.com]26 November 2011 pada 10:33 PTG

    Assalaamu'alaikum sahabat SIM,

    Sudah agak lama saya tidak menulis di sini. Tersenyum saya membaca beberapa komentar dari ahli wanita SIM terhadap artikel Bawang Goreng...

    Tanyalah diri kita balik, adakah komen2 sebegitu menunjukkan kecerdikkan atau pun kejahilan diri kita.

    Berkenaan tulisan sdr Jeffry tentang Tauhid al Haq hanyalah mengikut Asy'ari dan Maturidi sahaja pun kita boleh tanya balik...

    Adakah iman Ahli Sunnah yang empat berpegang kepada tauhid yang dipelopori Imam Abu Hassan Al-Asy'ari dan Maturidi itu? Agak pelik kerana ke semua Imam mazhab yang empat hidup lebih awal dari Imam aqidah yang dua itu...

    Kalau kita bangga dengan mazhab kita As-Syafi'e, kenapa kita tidak berusaha belajar cara pemahaman aqidah Imam As-Syafi'e....

    Saya sekadar melontarkan persoalan. Sama2 kita kaji untuk mendapatkan jawapan. Semoga usaha kita mengeluarkan diri dari kejahilan yang menggelapkan hati kita kepada ilmu yang akan membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat, insya-Allah.

    New kid on the blog;
    http://abuamama.blogspot.com/

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...