Assalamualaikum warahmatullah,
Petikan mesej di bawah ini saya terima daripada SIM egrup, pada pendapat saya, ia pilihan yang agak menarik untuk dikongsikan bersama di Laman-Seri.
MINTA NASIHAT : Nak hilangkan rasa benci pada suami. Saya sudah 1 tahun setengah berkahwin, mempunyai anak berusia 7 bulan. Masalah saya ialah sejak mengandung perasaan benci pada suami meluap-luap. Pada mulanya saya sangka pembawaan budak. Apabila diteliti dari sejak berkahwin lagi saya berperasaan begitu. Perkahwinan kami atas dasar cinta, tak tahulah mana silapnya….Macam-macam feedback yang masuk ke mailbox berkaitan posting ini, bila dan terlalu banyak, saya tak baca dan delete sahaja, sebab kebanyakkan isinya lebih kurang sama dan berulang-ulang kerana telah disebut oleh sahabat yang lain. Disebabkan PnSuzanaGhazali pernah menulis tentang ini hal yang sama, ada manafaatnya saya kongsikan di Laman-Seri, insya Allah.
Yang berharap, as
Dalam al-Quran jelas menyebut, firman Allah SWT dalam surah ar-Ruum ayat 21, yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung (bersenang hati) dan merasa tenteram (hidup mesra) dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan rasa kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berpikir.”
Apabila rasa sayang yang sepatutnya wujud dan terus mekar di antara pasangan suami isteri berubah menjadi BENCI, sudah tentulah ia petanda yang tidak baik. Mana mungkin sepasang suami isteri dapat hidup bersama apabila tiada lagi kasih sayang, paling ditakuti rasa kasih dan sayang tersebut bertukar menjadi kebencian dan dendam yang mendalam, nauzubillah!
Saya sering membaca artikel Motivasi dan PnSuzanaGhazali juga acap-kali menegaskan betapa pentingnya setiap individu, suami dan isteri; [] kedua-duanya hendaklah terus menerus menyemarakkan hubungan kasih dan sayang. Ini penting kerana kasih dan sayang bermula daripada tiada, maka bila ia telah ada dan tidak ada usaha untuk mengekalkannya, maka ia akan kurang sedikit demi sedikit dan tidak mustahil satu hari nanti akan terus hilang. Logik akalnya, jika kita menanam sebiji benih, tanpa mahu menyiram, membaja, merumput dan sebagainya, agak-agaknya bolehkah biji benih itu tumbuh atau membesar dengan subur dan mengeluarkan hasilnya?
Ikhlas menyayangi
Daripada permasalahan yang dilontarkan dalam email di atas, saya tidak pasti apa punca kebencian yang wujud di hati si isteri. Lazimnya, kebanyakan isteri akan sanggup bertahan, terus menyimpan dan mencurahkan rasa sayang sekiranya yakin si suami masih ikhlas menyayangi mereka.
Apakah tanda ikhlas menyayangi? Memang sukar hendak dibuktikan, namun mengikut telahan hati dan perasaan masing-masing, selagi percaya bahawa suami tidak menipu mereka, si suami tidak mempunyai orang ketiga dan si suami pandai menjaga hati dan perasaan mereka, selagi itulah cinta, kasih dan sayang mereka tetap unggul dan ampuh di tahta teratas, biarpun terpaksa mengambil alih 100% tugas dan tanggungjawab suami menguruskan perbelanjaan rumahtangga. Namun, keBIASAannya bila kesetiaan dan pengorbanan dikhianati, cinta teratas tadi boleh runtuh serta-merta dan bertukar menjadi benci. Isteri yang lemah lembut gemalai tidak mustahil berubah menjadi singa lapar lagaknya.
Kenal pasti punca benci
Sekadar peringatan, jangan izinkan kasih sayang yang ada bertukar menjadi benci. Jika kebencian tetap wujud dan hadir menggantikan kasih sayang tersebut, perlu ada tindakan yang diambil. Paling penting, kenal pasti punca wujudnya kebencian tersebut.
Kemudian, berbincanglah dengan pasangan anda bagi menangani permasalahan yang berlaku agar kebencian boleh hilang dan kasih sayang boleh bertapak dan mekar semula. Ada sesetengah pasangan yang sukar untuk berbincang, dinasihatkan carilah orang yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah anda. Apa juga caranya, selesaikan punca permasalahan yang menyebabkan kebencian itu wujud.
Anda tidak boleh membiarkan kebencian tersebut berterusan, tidak baik untuk pasangan anda, tidak baik juga untuk anda, anak-anak anda, rumahtangga anda dan mereka yang lain yang terlibat dengan perkahwinan anda dan pasangan anda.
Asas mudah, perkahwinan adalah untuk pasangan suami isteri saling sayang menyayangi. Bukan itu sahaja, seorang isteri wajib mempunyai rasa hormat terhadap suaminya. Jika hanya ada kebencian, sudah tentulah rasa hormat pun turut hilang. Keadaan ini tidak dibenarkan syarak. Oleh kerana itu jugalah, Islam menghalalkan perceraian
Kita sedia maklum, perkahwinan yang dianjurkan oleh syarak mempunyai prinsip dan hikmah yang tersendiri, antaranya untuk saling berkongsi kasih dan sayang di samping memenuhi keperluan hidup masing-masing. Apabila peranan dan tanggungjawab yang digariskan oleh syarak, gagal dipenuhi dan dijalankan sebaiknya oleh masing-masing pihak, maka kasih dan sayang akan bertukar menjadi benci dan dendam. Perasaan benci dan dendam semestinya tidak
Jangan salahkan kebencian atau kesan kebencian tersebut tetapi koreksilah diri, atasi masalah yang berlaku agar kasih sayang terus bersemarak mekar hingga ajal menggamit. Panjatkan doa kepada-Nya, agar kasih sayang anda dan pasangan anda terus kekal mekar dan bahagia hingga ke syurga…
Be careless in your dress if you will, but keep a tidy soul ~ Mark Twain
kadang2 bila suami bersikap terlalu berkira mengabaikan keinginan isteri membuatkan isteri kecewa...lama2 menjadi bosan..bukanlah besarpun permintaan tu sekadar menggantikan selipar yg putus pun takkan tak mampu nak belikan kot...melampaulah tu....
BalasPadam@izaarizamugkin juga tengah kumpul duit nak beli selipar yg mahal tu...
BalasPadam