Assalamualaikum warahmatullah,
Hari ini saya terima email yang menjengkilkan. Tak habis-habis attack Muslim secara kasar, mereka (kaum Musyrikin) attack dengan cara halus, tanpa kita menyedarinya.
Saya memang TIDAK BERKENAN langsung dengan kasut ini. Masakan tidak, bentuknya BURUK (kaler dia pelik-pelik), JELEK (design), KEMBANG (macam kapal) dan HODOH (tak kena gaya) sekali. Hairan saya, bagaimana kasut sebegini BURUK, JELEK, KEMBANG dan HODOH ini amat disukai oleh orang yang memakainya? Bagaimana designer kasut ini terfikir untuk menciptanya? Sudahlah BURUK, JELEK, KEMBANG dan HODOH, harga pula memang tidak berpadanan langsung dengan rupanya... Maaf ya, terlebih emosi pula mengata kasut ini. Ini cuma pandangan peribadi, kalau ada yang amat menyukai kasut ini, janganlah terasa dengan komen saya. Minta baca juga entry ini hingga penamatnya.
Alhamdulillah, mujur, mujurlah saya tidak berkenan dengan kasut ini... Ini pula kata penulis asal entry ini, yang dipetik dari Tafsir-Si Penulis.
Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada umat Islam? Bukan setahun dua crocs ini bertapak di bumi Malaysia. Lebih dari itu ku rasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita mengalaskan tapak kaki kita.
Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai ‘model’ mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah di sebalik logo Crocs ini?
Baiklah, sila lihat gambar di bawah :
Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata : “Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu.”
Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :
Sudah boleh melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :
Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda di sebaliknya? Bagaimana pula pendapat anda?
NB : “Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.” (Surah al-Baqarah 2:120)
Apa yang
- Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
- Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
- Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
- Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (1) dan pilihan (2).
- Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
- Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.
- Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.
sikap berwaspada memang dikehendaki
BalasPadambut in this case, dont be too paranoid
atau dunia akan memandang rendah kepada umat islam
u see what ur eyes want to see
ustaz mana yang ajar alif lam bersambung?
Erk... tang mana alif lam bersambung? Mungkin anda memerlukan kanta pembesar... :)
BalasPadamJangan lupa : Buaya ada 4 jari, BUKAN 3. Boleh lawat zoo untuk melihat jari buaya dari dekat.
Jangan lupa : [QS2:120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
"u see what ur eyes want to see"
Jangan lupa : [QS7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Renung-renungkan!