PAGE

Selasa, Jun 08, 2010

Sikap enteng merosakkan agama, bangsa

MEROKOK bukan sahaja membahayakan kesihatan malah satu tabiat pembaziran wang dan tidak memberikan faedah dari aspek ekonomi keluarga.- Gambar hiasan


SEBELUM itu, Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin telah merasmikan seminar pagi itu. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz dan Pengerusi Puspanita Jakim, Datin Saadiah Ahmad Rashdi.

Antara lain dalam ucapan perasmiannya, Wan Noorlina menaruh kebimbangan yang amat sangat mengenai pelbagai fenomena kebejatan yang menghantui institusi rumah tangga hari ini.

"Fenomena pembuangan bayi misalnya yang sehingga hari ini masih berleluasa. Di samping angka sebenarnya adalah tinggi kerana tidak semua kes-kes pembuangan bayi adalah dalam pengetahuan umum atau akhirnya dapat dicium oleh pihak berkuasa dan media," katanya.

Tegas beliau, kita percaya sebanyak 485 kes pembuangan bayi yang dilaporkan iaitu berlaku sepanjang tahun 2004 hingga 2009 sebenarnya adalah jauh lebih tinggi, iaitu termasuk juga jumlah yang melibatkan jenayah keji menggugurkan janin secara haram.

"Dan kita yakin apa pun angkanya, kesemua perbuatan pembuangan dan pengguguran bayi ini dijuarai oleh bangsa Melayu yang tentu sekali beragama Islam. Begitu juga pendaftaran anak luar nikah di Jabatan Pendaftaran Negara yang melibatkan bangsa Melayu, iaitu melibatkan satu lagi angka yang sangat membimbangkan dan kritikal iaitu 17, 303 anak dengan jumlah tersebut dijangka akan bertambah dari masa ke semasa," katanya.

Lalu fenomena ini memberikan satu isyarat amaran yang sangat bahaya yang jika dianggap sebagai satu masalah yang enteng, maka masa depan yang cerah tidak dapat kita janjikan untuk bangsa, agama dan negara ini.

Sementara itu, pendakwah terkemuka iaitu Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz pula banyak menyedarkan para hadirin dari aspek kebahagiaan rumah tangga yang antara lain adalah bermula daripada soal pemilihan jodoh.

"Siapa yang bakal menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak, adalah penting untuk dijadikan syarat pemilihan sebagai pasangan hidup, jika kita mahu kekal bahagia. Insya-Allah sehingga ke akhirnya hayat," katanya.

Sebagaimana Islam telah memberikan panduan untuk memilih jodoh itu yang boleh kita fahami menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda: Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu lebih bahagia. (Muttafaqun 'Alaihi)

Hadis di atas menjelaskan kepada kita, bagaimana baginda lebih menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan.

Sumber : UM 08/06/2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...