Sebetulnya, saya berasa agak ngeri untuk memasukkan entry ini, tetapi ada juga teladan yang boleh kita ambil daripada tragedi yang berlaku. Kisah ini ada kaitannya dengan penyeksaan yang sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah bangsa di sesebuah negara, padahal, kita sedia maklum (umat Islam khasnya) dilarang sama sekali menzalimi sesama manusia dan dilarang juga menzalimi binatang atau haiwan. Ikuti kisahnya :
Sehari selepas matador terkenal dari Sepanyol, Julio Aparicio menunjukkan kehebatannya dengan memotong telinga dua ekor lembu-lembu jantan yang ditewaskannya, seekor daripada lembu jantan itu telah dapat membalas dendam dengan menikam matador itu dengan tanduknya menembusi kerongkongnya dan keluar ke mulutnya.
Matador Sepanyol, Julio Aparicio dirodok oleh seekor lembu jantan semasa satu laga lembu San Isidro Feria di arena laga lembu Las Ventas di Madrid.
Aparicio memegang mantel merahnya dan pedang terhunus keluar dia cuba untuk menjatuhkan binatang seberat 1,100-pound dinamakan Opiparo. Ketika matador hilang keimbangannya lembu jantan itu berupaya menusuk tanduknya pada matador.
"Tanduk melalui lidah dan menembusi lelangit, mematahkan tulang rahang atasnya", menurut laporan pasukan medik yang merawat Aparicio selepas kemalangan ngeri memberitahu AFP di Madrid. Matador kelahiran Seville , yang berasal dari sebuah keluarga matador terkenal, berada dalam keadaan kritikal tetapi dijangka dapat bertahan semalam.
Checklist untuk kita hari ini :
Adab dengan binatang atau haiwan menurut Islam
- Memberi makan dan minum bila ia lapar
- Menyayangi dan mengasihinya
- Berlaku baik ketika menyembelihnya
- Tidak menyeksanya seperti memukul, mengikat atau membakarnya
- Harus membunuh binatang yang membahaya seperti ular, kala-jengking dan sebagainya
- Menunaikan zakat binatang jika cukup nisabnya
- Tidak melalaikan diri dengan binatang peliharaan sehingga lupa mengingati Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...