PAGE

Sabtu, November 13, 2010

ISU : Melayu Pulau Pinang bakal hidup melarat


~ pemilikan tanah Melayu hanya tinggal 20.41% ~


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Meriahnya alunan lagu pesta Pulau Pinang yang masih terngiang-ngiang di telinga...

Kalau naik feri kena masuk ikut jeti,
Kalau ramai kawan, masuklah ikut jambatan
Jumpa hidung mancung, bukan semua pelancong
Combi anak Tanjung, anak mami duk Jelutong
Pakat mai sini... Pulau pinang menanti
Batu Feringgi Padang Kota
Naik beca pusing Komtar
Pakat mai sini... Pulau Pinang satu destinasi
Tengok ular di Tanjung Tokong
Tapak Pesta Sungai Nibong...

Pulau Pinang adalah salah satu tempat favourite saya, kerana di sana ada laksa, salah satu makanan kegemaran saya. Ini pula salah satu kisah yang terbaru di pasaran.

Menurut sumber yang saya sempat baca di BHarian 12/11/2010, katanya pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41%, meskipun kaum itu mewakili 44.89% daripada jumlah penduduk negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada UMNO, Muhammad Farid Saad, berkata lebih membimbangkan, Daerah Timur Laut iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang, tanah milikan Melayu hanya tinggal 1.16%.

Menurut Farid, kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati ada 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain. Berikutan itu, penduduk bakal kehilangan tempat tinggal pada bila-bila masa, katanya pada forum bertajuk Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Farid adalah salah seorang daripada empat ahli panel forum berkenaan, selain Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff; Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa dan Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid. Forum yang menggabungkan parti politik tanpa mengira fahaman dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mencari jalan bagi menangani isu penghakisan tanah milikan Melayu, dikendalikan Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Amir Hussain Baharuddin.

Pada sesi soal jawab forum itu, seorang peserta mencadangkan supaya satu fatwa dikeluarkan bagi memastikan tanah milikan Melayu di Pulau Pinang tidak terlepas ke tangan bukan Islam. Mengulas cadangan itu, Farid melihat perkara berkenaan secara positif dan sesuatu yang wajar jika keadaan benar-benar memerlukan. Menurutnya, jika berlaku pertukaran milikan tanah yang boleh menyebabkan tiada lagi orang Melayu di sesuatu kawasan sehingga membawa kepada solat Jumaat tidak boleh didirikan kerana tidak cukup jemaah, ia wajar dilakukan.

Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut bersetuju jika ada fatwa sedemikian, tetapi ia bukan satu jaminan orang Melayu tidak menjual tanah kepada bukan Islam. Kalau ada fatwa pun boleh berlaku pertukaran milikan tanah kepada bukan Islam juga, katanya sambil menjelaskan faktor tawaran harga lumayan memainkan peranan penting dalam urusan jual beli tanah.

Azmi pula berpandangan, masalah itu memerlukan komitmen yang lebih kerana jika diwujudkan fatwa sekali pun, urusan penjualan tanah kepada bukan Islam akan terus berlaku.

BG tak pandai hendak mengulas berita yang 'tidak mengejutkan' langsung ini, cuma yang PELiKNYA, mengapa setelah sekian lama Pulau Mutiara diperintah oleh BN, baru sekarang perkara ini hendak diketengahkan?

Satu komen oleh bro artramle yang agak menarik untuk dikongsikan dan dijadikan renungan untuk semua pemimpin melayu UMNO yang LENA di kerusi empuk :

Alhamdulillah selepas 53 tahun merdeka barulah pemimpin Melayu sedar bahawa selama ini Melayu Pulau Pinang telah lama tertindas dan hidup merempat di negeri sendiri dan selama masa tersebut para pemimpin Melayu dan media arus perdana tidak pernah ambil tahu kemelut yang melanda Melayu Pulau Pinang, selama masa tersebut juga semua pemimpin Melayu dan akhbar arus perdana melaporkan Melayu Pulau Pinang sangat maju, moden, membangun dengan seribu satu jenis pembangunan seperti hikayat 1001 malam. Walhal hakikat sebenar adalah sangat perit hidup para Melayu Pulau Pinang.

Mengapa sekarang gah diperkatakan nasib Melayu Pulau Pinang setelah begitu lama terbiar? Jawapannya mudah saja... Semua orang yang waras tahu setelah negeri tersebut jatuh pada PR! Beginikah sikap para pemimpin Melayu yang benar-benar hendak membela Melayu atau membela perut mereka? Sudahlah tembelang mereka telah diketahui oleh semua orang yang tahu berfikir dan membezakan antara yang hak dan bathil, para pemimpin yang sama juga diam membatu semasa dulu Melayu Pulau Pinang dihambat dan ditindas selama hampir 50 tahun. Sekarang pemimpin itu juga yang seolah-olah baru sedar akan nasib orang Melayu Pulau Pinang, semuanya kerana hilang kuasa!

Dulu semasa berkuasa, mereka lena dan gila kuasa hingga lupa diri dan nasib bangsa sendiri . Pergilah tanya Melayu Pulau Pinang, siapa yang pujuk mereka untuk jual tanah atas nama pembangunan bukannya orang asing tapi pemimpin Melayu juga yang ghairah pujuk untuk jual tanah atas nama pembangunan. Tanyalah Melayu di Tanjung Bunga, Batu Ferringgi, Tanjung Tokong dan banyak lagi... Semuanya dirakam dalam sejarah dan sejarah tak pernah tipu. Selama 50 tahun, pernahkan pemimpin Melayu fikir pasal kebajikan orang islam, sekolah agama, gaji guru agama, para hafiz quran, imam, kebajikan warga emas... Ada? Wahai pemimpin Melayu tepuk dada tanya iman, berapa ribu hektarkah tanah Melayu/Malaysia telah dijual kepada orang asing? tapi kalau pemimpin Melayu yang jual tanah orang melayu/malaysia banyak dan sejarah telah membuktikannya....


Aduhai... aduhai... BG tak nafikan pembangunan itu memang perlu, seiring dengan peredaran waktu tetapi janganlah sampai dikatakan "menang sorak, kampung tergadai", sama seperti kisah Pak Kadok dan ala-ala kisah Temasek yang dengar-dengarnya juga 'tergadai' di meja dot dot dot...

Alahai... alahai... Temasek ku sayang, Temasek ku malang, kisah mu akan berulang...



Sumber berita dipetik dari BHarian 12/11/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...