Sucre
Dikatakan, rambut bukan ukuran kacak, betul ke? Bagaimana pula dengan lelaki botak? Ada wanita yang suka tapi ada juga pantas berkata tidak dengan alasan, tidak kacak atau serupa samseng!
Menurut organisasi penyelidikan antarabangsa, Synovate, hanya 12% wanita di Malaysia suka teman lelaki botak manakala di China pula, bilangannya lebih tinggi iaitu sebanyak 28%. Namun, berdasarkan kajian sama, sejauh mana kacak pun lelaki itu, kebanyakan wanita merasakan mandian dan semburan minyak wangi lebih penting daripada rupa paras.
Buktinya, kajian terhadap 10,000 wanita di negara ini mengatakan satu pertiga wanita mementingkan penjagaan kebersihan yang baik sebelum lelaki itu boleh dianggap kacak manakala 20% wanita mengakui ciri kedua penting bagi mereka adalah lelaki yang mempunyai ciri keyakinan tinggi. Ada berita baik untuk lelaki botak kerana kajian sama juga mendapati hanya 1% wanita bersetuju rambut sangat penting untuk mengklasifikasikan seseorang sebagai kacak.
Tak semua lelaki sesuai imej botak
Bagi kakitangan kerajaan, Nurul Hidayah Che’ Man, 29, lelaki botak kebiasaannya nampak garang, macho dan lebih terserlah kejantanannya.
“Tapi, jangan pula fikir semua lelaki sesuai berimej botak kerana hanya segelintir mereka yang berwajah kacak saja saya rasakan sesuai mencukur licin kepala mereka,” katanya.
Pengamal media, Muriza Abdul Hamid, 29, mengakui tidak suka lelaki yang tidak berambut kerana baginya, lelaki botak akan nampak seperti ganas.
“Kalau ada yang rasa lelaki botak itu seksi, saya tidak setuju sama sekali malah jujur dikatakan, saya takut hendak mendekati lelaki botak,” katanya.
Suri rumah, Norizan Abdul Ghani, 30, sering salah melabel lelaki botak sebagai penjahat mungkin kerana penampilannya yang tampak garang.
“Lelaki botak kadang-kadang nampak kacak tapi ramai yang nampak seperti tak kacak daripada kacak. Takut sikit tengok kepala botak malah lelaki tidak layak digelar seksi jika berkepala botak,” katanya sambil tertawa.
Sementara itu, penuntut, Juwieta Jamil, 22, mengakui tidak suka lelaki berkepala botak sama ada kerana fesyen atau disebabkan usia yang meningkat.
“Tapi saya akui, ada segelintir lelaki yang sesuai dengan imej botak tapi mereka tetap kelihatan seperti ganas dan samseng. Nasihat saya, lelaki yang ingin botakkan kepala supaya tanya dulu pendapat daripada orang sekeliling sebelum botakkan kepala kerana saya rasakan, lelaki berperwatakan lembut saja sesuai dengan imej begitu,” katanya.
Scofield dan Lincoln
Komen BG : Kekadang lelaki botak nampak seksi, macam Scofield, Sucre atau Lincoln dalam Prison Break, my favorite series. Tapi kalau silap gaya, lelaki botak nampak seksa... hik... hik...
Anda pula bagaimana?
INFO : Panduan elak botak
- Amalkan pemakanan seimbang. Hampir 90% komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. anda juga perlu mendapatkan garam galian terutamannya zat besi, zink, kalsium, magnesium dan kromium harian yang secukupnya. Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekal sihat.
- Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang minyak yang terdapat [ada setiap folikel rambut mula aktif. Lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap, sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Bilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu. Gunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala.
- Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancarkan peredaran darah.
- Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala daripada sinaran ultra lembayung.
Sumber : Siti Nur Almizan Aripin [snur@bharian.com.my] di BHarian 28/01/2011
kalau botak...tapi muka encem..badan tegap..memang macho lah...tapi kalau botak..pastu perut buncit..tak segak lah...udah nampak ropa patung buddha la pulak!!!heheee..
BalasPadamHik... hik...
BalasPadamKadang-kadang kalau silap gaya, lelaki botak nampak macam 'gatal' jer....