PAGE
▼
Jumaat, Februari 11, 2011
Ibu muda keguguran dibelasah suami
Kuala Terengganu, Jumaat 11/02/2011 : Seorang suri rumah berusia 22 tahun dipercayai keguguran selepas dibelasah suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Luar di sini, Sabtu lalu (05/02/2011).
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang mempunyai dua orang anak dan sedang mengandung tiga bulan dikatakan bertengkar dengan suaminya yang berusia 23 tahun, mengenai masalah keluarga.
Ketua Jabatan Siasatan jenayah Negeri, Assisten Komisioner K Manoharan, berkata, berikutan pertengkaran itu, suami mamngsa memukul isterinya beberapa kali di badan dan perut.
Katanya, walalupun isterinya meraung kesakitan, suami mangsa meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah pelantar minyak di luar pesisir pantai negeri itu.
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan doktor mengesahkannya keguguran," katanya ditemui di sini, semalam.
Petikan : BH11/02/2011
kawen disebabkan terlanjur?? mudanya mereka..
BalasPadam@MuNie
BalasPadamIsteri 22, suami 23. Anak dah 2, nak masuk 3. Obviously, kahwin muda. Inilah isu yang Dr Harlina Siraj (Kontroversi nikah bawah umur)dok bising-bising fasal kahwin muda dan kahwin bawah umur.
Lelaki lambat matang, bila lambat matang, mereka kurang bertanggungjawab dan kurang pula skil 'control' baran mereka.
Maka, inilah yang akan terus dihadapi isteri muda.
Semoga isteri muda ini tabah. Jika tiada keserasian, lebih baik tinggalkan suami, sebelum terus-menerus menjadi mangsa kezaliman.
Elok sebarkan Suami nusyuz a.k.a. suami derhaka supaya tiada isteri yang dizalimi suami sendiri.