Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Badai dalam rumahtangga...? Sesiapa pun pasti takut menghadapinya, namun itulah hakikat sebenar dalam perkahwinan. Ya, anda mesti melalui badai itu sendirian tanpa pertolongan sesiapa. Sanggupkah anda melawan serangan fitnah dalam rumahtangga?
Ramai wanita yang sanggup menghiris hatinya untuk kebahagiaan orang lain, suami dan anak-anak hingga mentua dan ayah ibulah menjadi matlamat dalam kehidupan. Tetapi tidak sedikit wanita yang mengganas seperti gelombang tsunami, suka memberontak dan menjadi punca fitnah dalam keluarga hingga membunuh kebahagiaan di hati suami, anak-anak dan orang tuanya.
Keadaan itu bukan tidak bersebab, pasti ada sebab yang mendatangkan bala cinta ini. Suami dan isteri sepatutnya tahu apakah misteri fitnah dalam kehidupan rumahtangga mereka! Perlu dijelaskan, fitnah yang dimaksudkan di sini ialah ‘ujian’ Allah Taala.
1 – Masalah penyelewengan karakter
Setiap penyelewengan karakter yang dilakukan oleh suami dan isteri biasanya berpunca dari kejahilan agama. Ia adalah bahaya terbesar! Jika ikatan agama dilepaskan dari jiwa manusia, karakternya pasti berubah. Ramai lelaki yang taat bersembahyang tetapi berhajat menambah isteri walaupun sedar dirinya tidak mampu berbuat demikian. Perempuan yang taat beribadah tetapi suka berhutang dan tidak mahu pula membayarnya, tidak pandai berjimat dan suka menuntut yang bukan-bukan dari suami, kaki mengumpat dan tidak pandai mendidik anak-anak.
Agama yang bagaimanakah boleh membentuk karakter manusia sempurna? Jangan salahkan agama dalam isu ini, sebenarnya orang yang menganut agama itu yang jahil terhadap ajaran terhdap ajaran Islam. Setiap dosa yang kita lakukan, pasti memberi kesan dalam perkahwinan kita. Semua yang berdosa pasti sepakat bahawa sedikit demi sedikit mereka telah mengabaikan ilmu dan iman sehingga yang menjadi teman adalah syaitan dan hawa nafsu.
Cuba perhatikan, bilakah kali terakhir suami menghadiri majlis ilmu di masjid dan siapakah teman rapatnya? Anda pula berapa kali membaca tafsir al-Quran dan mengkaji hadis atau sekadar mendengar ceramah di sepanjang perjalanan anda ke pejabat melalui corong radio? Apakah minat anda berdua tertumpu pada belajar Islam atau melepak tidak tentu pasal, menjelajah setiap pasaraya dan tempat hiburan? Bentuklah karakter baru dengan sentuhan rahmat Allah, pasti suami akan pandai menjada mata dan hatinya hanya untuk anda.
2 – Masalah komunikasi
Jangan biarkan kata-kata kesat menjadi kebiasaan anda dan suami sehari-hari. Megapa mahu saling menyakiti dan menyerang, padahal anda berdua rela mengikat hati untuk perkahwinan ini? Jenayah lidah telah merosakkan rumahtangga, keluarga, masyarakat bahkan umat manusia seluruhnya. Bahkan Rasulullah SAW mengingatkan lidah adalah punca tergelincirnya manusia ke dalam jurang api neraka.
Lemah lembut dan jujur, sarat dengan ilmu dan hikmah adalah bahasa terindah bagi pasangan anda. Bahasa tubuh yang mesra, ceria dan pandai menyembunyikan duka demi kebahagiaan pasangan adalah kenikmatan yang paling bernilai. Layanan tanpa meminta balasan dan pandai membalas dengan layanan yang lebih baik adalah hubungan timbal balik yang murni dari hati.
Jika stres datang henghentam, pujuklah suami mendalami perasaan anda. Tapi, jangan sampai suami meminta anda memahami hatinya, jika suami meminta bermakna saat itu anda benar-benar tidak memahaminya. Kerana lelaki dan wanita diciptakan dengan perbezaan. Hati isteri terlalu halu, sesuai untuk mendamaikan jiwa suami, suami pula keras kerana dia harus ebrani menghadapi pukulan dalam kehidupan. Inilah persefahaman yang tidak akan wujud dalam waktu singkat. Komunikasi yang telus mesti berlangsung sepanjang hayat hingga mencapai kesempurnaan cinta dunia dan akhirat.
3 – Masalah seksual
Jika seks lancar, semua akan OK! Tidak percaya? Usaha untuk mendapatkan kepuasan seksual bukan tanggungjawab isteri semata-mata, suami mesti menjadi lelaki yang paling sihat jasmani dan rohani untuk mengajar isteri bercinta. Suami juga mesti berusaha untuk memberikan kepuasan kepada isterinya, jangan sampai dikatakan ‘syok sendiri’.
Isteri juga juganlah ketinggalan maklumat terkini tentang selok-belok dunia suami. Badai rumahtangga yang berlaku kebanyakannya disebabkan masalah nafsu yang tidak
4 – Masalah tekanan persekitaran
Setiap kali anda bangun tidur, melihat suami terbaring di sisi, memandang anak-anak yang tidak berdosa, saat itu berjanjilah untuk menjaga mereka dari anasir-anasir jahat yang berusaha merosakkan kehiduoan anda. Tekanan persekitaran boleh menjejaskan kebahagiaan rumahtangga.
Masalah hadirnya ‘orang luar’ boleh menggugat ketenangan perkahwinan anda. Masalah kewangan dan oeranvangan ekonomi, masalah pendidikan anak-anak, kerjaya dan karier anda dan suami, hal mengurus orang tua, adik-beradik dan saudara-mara... semua itu perlu dihadapi dengan berani. Inilah kehidupan rumahtangga yang mencabar, sekali-sekala pasti anda sangat tertekan dengan amanah di bahu. Jika tidak diuruskan dengan baik, badai pasti bergelora setiap masa.
Seharusnya masalah-masalah dalam rumahtangga tidak menjadi misteri bagi suami isteri yang bijak. Mereka begitu faham, celik hati dan mata, tajam pemikiran dan perasaan, halus sensitiviti dan kata hati di dalam mengenali fitnah dan ujian perkahwinan. Akhirnya leratilah segala ujian itu dengan selamat!
Rujukan : Dr Juanda Jaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...