PAGE

Sabtu, Mac 12, 2011

Ðaun Bay

A closeup of several Laurus nobilis leaves

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan kongsikan satu lagi khazanah alam ciptaan Illahi yang sangat berguna bagi manusia.

Bay atau nama saintifiknya laurus nobilis merupakan daun yang selalu menjadi pilihan tukang masak untuk digunakan sebagai bahan ramuan dalam masakan mahupun dijadikan hiasan pada makanan. Ðaun bay merujuk kepada aromatik dari daun bay laurel (Laurus nobilis, Lauraceae). Ðaun bay segar atau kering sering digunakan dalam masakan agar untuk mendapatkan perisa dan aroma istimewanya. Ðaun ini lazimnya digunakan untuk perisa sup, stew, masakan rebus dan 'pâtés' dalam masakan Mediterranean. Ðaun segar sangat ringan dan tidak mengeluarkan perisa sepenuhnya hingga beberapa minggu selepas dipetik dan dikeringkan.

Laurus nobilis, known as bay leaf, from William Woodville, Medical Botany, 1793.

Tergolong dalam keluarga lauraceae, pokok Bay merupakan tumbuhan asli di Asia Minor dan dari sini ia telah tersebar ke Mediterranean dan ke negara lain yang mempunyai cuaca yang sama. Daun Bay juga dipanggil sweet Bay, daun pokok Bay, True Laurel, Grecian Laurel, Laurel Tree dan Laurel.

Beberapa tumbuhan lain juga dirujuk sebagai daun bay dan juga disebut daun salam, tetapi ia tidak merujuk pada daun nobilis B.. Tumbuhan ini termasuk empat jenis pokok herba Bay iaitu daun Bay Mediterranean, daun Bay California, daun Bay India dan daun salam (bay) Indonesia.

Ðaun Bay California (Umbellularia californica), juga dikenali sebagai 'California laurel', 'pepperwood' dan 'Oregon myrtle' mempunyai rasa yang lebih kuat jika dibandingkan dengan daun Bay Mediterranean. Ðaun Bay Mediterranean pula digunakan secara meluas dalam masakan gaya Mediterranean.

India Bay atau daun salam India juga disebut 'tejpat', 'tejpata', 'Tamalpatra', 'Biryani aaku', 'Bagaara aaku' atau 'Palav aaku' dalam Telugu atau Punnai ilai dalam bahasa Tamil. Ðari segi penampilan (rupa), daun tejpata Cinnamomum (malabathrum) agak mirip dengan daun salam yang lain, tetapi kegunaannya dalam masakan sangat berbeza kerana ia memiliki aroma dan rasa mirip dengan kayu manis kulit, cuma aroma dan rasanya lebih ringan. Walau bagaimanapun, dari segi istilah kulinari, adalah salah untuk menyebutnya sebagai 'daun Bay' kerana ia adalah genus yang berbeza dari pohon bay laurel, tidak mempunyai rasa yang sama dengan daun bay, malah tidak boleh digunakan dalam masakan sebagai pengganti untuk daun bay laurel.

Indonesian bay atau laurel Indonesia atau daun salam banyak digunakan untuk memerap daging. Sangat jarang digunakan sebagai sayuran. Sama juga dengan daun salam India (Indian bay), daun ini juga tidak tepat jika dipanggil daun bay kerana tanaman ini sebenarnya dari keluarga myrtaceae, bukan keluarga lauraceae.

Walaupun daun Bay tidak diperkenalkan di England sehinggalah pada kurun ke 16, tetapi herba ini telah berada pada zaman Greek dan Roman kuno. Malah daun ini berasa dalam kedudukan tinggi sehinggakan para pemenang peperangan, sukan dan pelajaran telah dimahkotakan dengan kalangan daun Bay ini sebagai simbol kejayaan mereka.


pokok bay


daun Bay dan putik bunganya

closed up - Leaves and flower buds

Ðaun Bay berbentuk bujur, meruncing dan lembut. Ðaun yang masih segar akan kelihatan berkilat dan berwarna hijau gelap pada bahagian atas. Setelah dikeringkan, ia berwarna hijau pucat. Ðaun Bay juga dikatakan merupakan sumber terbaik vitamin A dan C dan juga turut mengandungi sejumlah signifikan zat besi dan mangan serta sejumlah kecil kalsium, potassium dan magnesium. Ðaun Bay mempunyai rasa pahit jika dimakan begitu sahaja. Walaupun begitu, jika dimasukkan ke dalam masakan, herba ini mampu menambahkan kelazatan makanan.

Turunkan gula dalam darah

Pada zaman pertengahan, dipercayai bahawa daun Bay mempunyai nilai perubatan terutamanya untuk merangsang pengguguran dan mempunyai kuasa ajaib (?). Dikatakan juga, daun Bay pernah digunakan sebagai ubat gegat. Semua ini adalah berikutan dengan kandungan asid laurik pada daunnya yang mempunyai kandungan penghapus serangga.

Sebenarnya bukan itu sahaja sifat dan nilai ubatan yang terkandung dalam herba daun Bay. Terdapat banyak kelebihan yang membuatkan daun ini berguna untuk merawat tekanan gula yang tinggi dalam darah, sakit kepala akibat migrain, jangkitan bakteria dan kulat dan juga rawatan untuk ulser gastrik.

Ðaun Bay dan buahnya juga dikatakan mempunyai sifat astringen (agen pengecutan), karminatif (melegakan kekembungan), diaforetik (penyebab perpeluhan bertambah), pencernaan, diuretik (penambah jumlah air kencing), emetik (agen muntah) dan stomakik (agen merangsang aktiviti rembesan di gaster sekaligus meningkatkan selera makan).

daun Bay kering


Kurangkan kesan ulser

Minyak daripada daun Bay pula telah digunakan sebagai ubat gosok bagi lebam-lebam dan terseliuh. Ðaun Bay juga telah digunakan sebagai ramuan herba bagi merawat sakit kepala. Tumbuhan ini juga mengandungi sebatian yang dikenali sebagai parthenolides yang didakwa berguna untuk merawat migrain. Ðaun Bay juga mampu membantu tubuh untuk memproses insulin dengan lebih cekap, sekaligus merendahkan tahap gula dalam darah.

Ðaun Bay turut mampu mengurangkan kesan ulser dalam perut. Ia disebut mengandungi engenol yang mempunyai sifat antikeradangan dan antioksidan. Ðaun ini juga mempunyai nilai antikulat dan antibakteria. Selain itu, ia juga mampu merawat reumatisme, amenorrhea dan kolik.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kegunaan daun Bay, namun begitu wanita hamil atau ibu yang menyusukan bayi tidak digalakkan mengambil herba ini. Begitu juga dengan mereka yang mengambil ubat untuk penyakit diabetes. Bagi mereka yang ingin mengambil herba Bay ini, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan : MisteriAlam dan Wikipedia bay leaf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...