PAGE

Ahad, Julai 12, 2009

TIPS : Kurangkan Nyamuk


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Salah satu egrup yang menawan hati Laman-Seri ialah SiM, kerana di situ terdapat banyak ilmu yang dikongsikan sahabat. Salah seorang yang banyak berkongsi ilmu ialah bro Manntrex. Terima kasih kepada bro Manntrex atas perkongsian ini.

Hari ini dititipkan tips untuk mengurangkan nyamuk. Ya, nyamuk suka menyerang manusia, tidak kira waktu. Walau bagaimana bersih sekalipun rumah kita, nyamuk tetap datang menyerang sebab darah kita adalah makanannya.

Jenis-jenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk (sebagai vektor yang sangat tekun) adalah Dengue, Malaria, 2 jenis Equine Encephalitis, Japanese Encephalitis, West Nile Virus dan Meningitis (Yellow Fever). Ada banyak lagi jenis kat Benua Afrika dan Amerika yang lebih mengerikan.

Bagaimana nyamuk mengesan mangsa samada manusia atau binatang? Melalui kehadiran Carbon Dioxide, CO2 atau Karbon Dioksida. Ia adalah gas yang dikeluarkan pernafasan manusia dan haiwan berdarah panas setelah menghidu udara bersih. Nyamuk boleh terbang sejauh 1.5km untuk mencari sumber CO2. Nyamuk KL pula pandai guna lift dan ada yang naik kapalterbang ke Sabah.

Bahaya ke bahan kimia dari supermarket untuk bunuh nyamuk? Saya tak suka Ubat Nyamuk (berasap) yang boleh menganggu pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit. Saya juga tak suka guna INSECTICIDE kerana terdapat banyak kes-kes cancer, brain damage, leukimia, lymphoma dan kecacatan kanak-kanak baru lahir di luar negara akibat darinya. Ni pulak mereka keluarkan bahan kimia guna letrik atau bunyi anti-nyamuk. Lagi lah saya ngeri. Maklumlah sayang bini dan anak-anak, saya cari jalan natural dan agama Islam menyuruh kita menjaga kesihatan serta ekonomi.

CARA A : Bahan dapur sebagai alternatif kepada ubat nyamuk komersial

Untuk Perlindungan Badan

1. Beberapa butir bunga cengkih
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan setekoh air suam
5. Perah limau ke dalam tekoh dan masukkan yang lain
6. Tutup tekoh dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi.
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna 2 atau 3 hari.

NOTA : Saya tak simpan air wangi ni sebab bilas badan terakhir setiap hari sebelum keluar rumah untuk Aromatherapy. Saya pening kepala kalau pakai minyak wangi yang jual di kedai. Kimia pulak tu.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah

Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila nak tidur, letak lagi minyak sikit lagi.

CARA B: Minyak-minyak Essential Oil dari kedai Aromatherapy atau supermarket

Untuk Perlindungan Badan

1. Minyak Serai Wangi (Lemongrass), Minyak Eucaplyptus Kayu Putih) dan Minyak Peppermint (Pudina).
2. Titiskan minyak ini dalam 5 atau 6 titis setiap satu jenis ke dalam air suam setekoh dan goncang.
3. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk. AWAS : ELAKKAN DARIPADA TERKENA MATA, KENING dan BAWAH MATA.

NOTA : saya tak mandi dengan air minyak ini.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah

1. Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk. ATAU
2. Bakar Lilin Serai Wangi dan Pudina di ruangan tersebut.

KURANGKAN NYAMUK DI HALAMAN RUMAH

Semua orang rasanya dah tengok dalam TV bagaimana nak kurangkan nyamuk dalam dan luar rumah. KEYWORD : Jangan ada air bertakung.

Kalau ada kolam jugak, belalah ikan atau gerakkan air tersebut dengan pump.

Saya tambah sikit kat sini. Bersihkan halaman rumah dari daun-daun, dahan-dahan jatuh dan pendekkan rumput serta rimbunan. Sila ketahui, nyamuk betina setelah bersenyawa dengan jantannya, akan cari tempat relax semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun jatuh. Esoknya barulah ia menyerang manusia untuk dapatkan darah agar boleh bertelur dalam air. Nyamuk betina memang jahat.

Kalau kawasan tu ada burung layang-layang atau kelawar, populasi nyamuk akan berkurangan. Kedua-dua haiwan ini suka makan nyamuk. Tapi tak payahlah kita bela mereka ini kerana banyak najis. Sebagai ganti, kita tanam saja serai wangi di tempat strategik atau pokok nyamuk (bau macam serai wangi dan dijual di nurseri).

Jika halaman rumah kita bersih dan berbau serai wangi tapi jiran kita dok usahatani nyamuk, parah kita nanti. Kesannya berkurangan. Nasihatkan mereka baik-baik. Jika mereka degil sangat, barulah kita bela burung layang-layang kat tepi pagar menghala halaman mereka ( kalau larat lah ).

Akhirkata

Saya dah amalkan CARA A dan CARA B bertahun-tahun lamanya dan berkesan. Jika kurang berjaya, maafkan saya kerana mungkin spesis nyamuk kita berbeza atau nyamuk dah jadi mutant. Jadinya cubalah tambah dan tukar bahan-bahan sendiri untuk lihat keberkesanannya. Hanya jangan berganjak dari bahan induk, iaitu eucalyptus (kayu putih) dan lemon grass (serai atau serai wangi).

Rujukan : Bro Manntrex thru SiM, siaran 12/07/2009


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...