PAGE

Jumaat, April 29, 2011

Rumpai laut (seaweed)

rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salah satu favourite BG ialah 'meragut' rumput rumpai laut... :) Hari ini Laman-Seri berkesempatan kongsikan kebaikan mengambil rumpai laut dalam diet kita.

Rumpai laut memiliki banyak kegunaan untuk dijadikan pelbagai jenis produk. Salah satu daripada kegunaan utamanya adalah sebagai makanan kerana ia dikatakan kaya dengan zat, vitamin dan mineral. Malah di negara Jepun, rumpai laut telah menjadi sebahagian daripada pemakanan penting masyarakat di negara tersebut selama berkurun lamanya.

Ðikenali juga sebagai seaweed atau sea vegetables oleh masyarakat Barat, rumpai laut boleh dijumpai hidup dalam air laut masin dan juga tasik air tawar. Rumpai laut tergolong dalam kumpulan alga. Terdapat beribu jenis rumpai laut yang dikelaskan melalui kategori warna iaitu sama ada coklat, merah atau hijau. Setiap satunya adalah unik, dan memiliki rasa dan tekstur yang berbeza.

Rumpai laut juga turut dituai untuk pengekstrakan alginate, agar dan carrageenan, bahan gelatin yang dikenali sebagai hydrocolloid atau phycocolloids. Hydrocolloid berguna sebagai penambah rasa makanan. Agar pula digunakan dalam pembuatan kek, produk susu dan makanan yang dibentuk. Sementara carrageenan digunakan sebagai kuah dan sos salad, makanan dietitik dan pengawet produk daging dan ikan, tenusu dan makanan dibakar.

Jenis-jenis rumpai laut yang terkenal dari Jepun adalah seperti nori, hijiki, wakame, arame, kombu dan dulse. Nori berwarna ungu-kehitaman yang akan bertukar kepada warna hijau apabila dibakar dan amat popular digunakan dalam membuat sushi.

nori


hijiki


wakame


ogonori


kelp

Kelp pula memiliki warna coklat terang dan warna hijau gelap dan boleh didapati dalam bentuk emping. Ia juga popular sebagai suplemen kesihatan. Hijiki berbentuk seperti juraian kecil pasta keras dan mempunyai rasa yang kuat.

kombu

Kombu berwarna hitam dan didapati dalam bentuk kepingan dan sering kali digunakan sebagai bahan perasa sup. Wakame hampir sama seperti Kombu dan biasanya digunakan untuk membuat sup Jepun yang dikenali sebagai sup miso. Arame berbentuk seperti renda dan keras serta mempunyai rasa manis. Ðulse berwarna merah-kecoklatan dan bertekstur kenyal.

arame ~ dikatakan mampu meningkatkan libido ~


dulse

Rumpai laut tetap memiliki khasiat walaupun diambil dalam bentuk kering, bakar atau ekstrak. Rumpai laut kering ringan sedikit dan mudah untuk disimpan dan dibungkus. Rumpai laut bakar adalah bahan yang digunakan untuk membuat sushi.


aonori ditabur atas okonomiyaki (japanese pancake)

onigiri (nasi kepal dibalut rumpai laut kering)

Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti besi, magnesium dan karbonat. Perbezaan antara jenis ini adalah apabila rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar, bakteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah rumpai kaut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.

Buang toksin dan bahan radikal bebas

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol

Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser

Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme

Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan

Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

Walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh diberikan oleh rumpai laut, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu lagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Sumber : MisteriAlam di MW#1428 dan En.Wikipedia ~ seaweed

19 ulasan:

  1. Saya tak boleh makan semua jenis seaweed, agar2, lumut (chlorofil), ikan berkulit licin (terutama gamat). Begitu juga org yg ada gout/ skin alergy/psoriosis. nak makan seaweed ni pun kena tengok di mana ia dibiakkan sebab dalam air banyak pencemaran yg kita tak pasti.

    Tentang makanan yg boleh meningkatkan metabolisma dan Autoimune, perkara begini harus di rujuk kpd doktor terlebih dahulu kerana berlebihan krn perkara ini akan mengakibatkan sistem badan menjadi tak stabil. Sebagai contoh saya mengidap autoimune disorder, kadar metabolisma yg tinggi, platelete yg melebihi had (pernah bacaannya >550) dan chlosterol yg tingi. W/pun sekarang dah stabil ttp masih tak dibenarkan mengambil sebarang ubat atau makan tambahan yg boleh meransang metabolsma dan immune system.

    Sy lihat ada keghairahan dikalangan mereka yg ingin sehat (termasuk saya) untuk mengambil makanan tambahan yg ada fungsi "meningkatkan metabolism" dan 'meransang autoimune system". Immune system jika berlebih ia akan menyerang badan kita semula. bila kita makan makanan tambahan kita tak tahu berapa banyak yg badan kita perlukan, apalagi jika tak pernah buat ujian darah . Bila berlebih susah nak stabilkan. Dulu saya dua tahun kena ambil cyclosforene untuk suppress platelet. Jadi perlu waspada , saya ceritakan pengalamn saya untuk iktibar.

    Wallahu'aklam.

    BalasPadam
  2. salam. saya berminat untuk membeli raw sea weed untuk tujuan komersial, sila pm saya hakimin2010@yahoo.com

    BalasPadam
  3. Salam Khairul,

    Saya dah PM ya.

    Jika ada yang berminat untuk mendapatkaan seaweed ini, boleh rujuk : Fishdept.sabah.gov.my.

    Ada senarai syarikat yang menjual rumpai laut Sabah.
    Alamat syarikat boleh cuba google, atau dapatkan maklumat di SSM.

    Semoga dapat membantu.

    BalasPadam
  4. ada cawangan x di terengganu, kuala lumpur, selangor atau kuantan. saya ingin mebeli dalam kuantiti yang banyak bagi tujuan makanan dan research.
    terlalu jauh jika saya ingin mendapatkannya di sabah. dan kosnya akan meningkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh contact sya d ckg.azlina@gmail.com.harga murah2 je.saya d termeloh ;)

      Padam
    2. hubungi 016-9300569
      rumpai gred AAA rm25/kg untuk 100kg
      Rumpai gred AA rm2o/kg untuk 100kg

      Padam
  5. jika nak dapatkan pure marine collagen serendah RM190 untuk 10 pek 100gm..dari rumpai laut kering blh email saya di manja.hatiku@gmail.com..ramai yang dah cuba dan berkesan..insyaAllah..=)

    BalasPadam
  6. jika ingan mendapatkan rumpai laut kering (100% tulen pure marine collagen)dengan harga serendah 100gram - RM15 boleh email saya di halijahenterprise@gmail.com...terbaik dari laut...

    BalasPadam
  7. Jika nk dapatkan seaweed yg lebih murah mengikut gred sila email kepada saya (dhirar313@yahoo.com). Ni harga yg saya bagi : Gred AA ( putih ) 1-5kg rm50 setiap 1kg, 6-10kg rm40 setiap 1kg, 11-20kg rm35 setiap 1kg. Harga termasuk Pos ke semenanjung. Untuk keterangan lanjut hubungi 0145561860.

    BalasPadam
  8. SALAM..sya menjual runcit dan borong kolagen rumpai laut sabah.sya di sabah, boleh guna pos laju dan pos biasa.
    senarai harga runcit:
    1 PACK 100m RM 20 (kegunaan 3,4 minggu)
    2 PACK RM 30
    3 PACK RM 40
    4 PACK RM 50
    5 PACK RM55
    6 PACK RM 60
    7 PACK RM 70
    8 PACK RM80
    9 PACK RM 90
    10 PACK RM 95 JE.

    pembelian 5kg keatas rm 50 untuk 1kg
    harga semua sudah termasuk pos laju untuk semenanjung, pada yang tinggal di sabah harga lain.boleh hubungi saya untuk order 019-8013761

    BalasPadam
  9. rumpai laut:
    gred AAA rm25/1kg untuk 100kg
    gred AA rm20/kg untuk 100kg
    016-9300569

    BalasPadam
  10. 100gm rumpai laut gred AA -RM10
    100gm rumpai laut gred AAA -RM12
    100gm rumpai laut gred AAAA -RM15

    Sabun PMC 60 gm- RM10
    sabun PMC 60 gm (bentuk hati) -RM15
    sabun PMC 100gm - RM20
    tidak termasuk postage
    hubungi mazz_min@yahoo.com.my

    BalasPadam
  11. salam... menjual secara runcit
    rumpai grd AA -rm10
    Rumpai gred AAA-RM12
    Rumpai gred AAAA-Rm15

    sabun PMC 60gm -RM10
    sabun PMC 60 gm (bentuk hati) -RM15
    sabun PMC 100gm - RM20 .
    harga tidak termasuk postage
    hubungi mazz_min@yahoo.com.my

    BalasPadam
  12. mnjual secara runcit PMC dengan harga rendah..email mazz_min@yahoo.com.my

    BalasPadam
  13. jual produk pmc paling murah
    mazzbiz@gmail.com

    BalasPadam
  14. salam, nak tanya, kat mana blh dpt supplier bg konbu atau kelp. Utk kuantiti yg berterusan....
    email sy worldbiz2u@yahoo.com

    BalasPadam
  15. Saya salah seorang pengusaha makanan di semenanjung

    BalasPadam
  16. saya ingin mencari supplier utk kombu atau kelp dari sabah....utk long term

    BalasPadam
  17. ada supplier utk kombu atau kelp x dari sabah

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...