PAGE

Jumaat, Mei 06, 2011

Satu kisah poligami dan rahsia madu tiga

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera,

Bulan April tahun lepas, kecoh berita mengenai aktres gebu dan cantik, Zizie Izette dan suaminya, Datuk Bung Moktar Radin dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, didakwa atas kesalahan berpoligami tanpa izin.

Isteri kedua kepada ahli Parlimen Kinabatangan itu menegaskan perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah saudara mereka di Cemerlang Height, Kuala Lumpur pada 16 Disember tahun 2009 sah mengikut hukum syarak, ada wali dan saksi. Cuma bezanya, mereka bernikah tanpa izin dan menyalahi undang-undang syariah Malaysia dan suaminya pula salah seorang pemimpin yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat jelata.

Selepas itu, beberapa kali siri naik-turun-naik-turun mahkamah dan saya pun kurang sempat berminat mengikuti perkembangan mereka. Apa yang diketahui, Datuk Bung Moktar Radin dijatuhkan hukuman sebuan penjara dan denda kerana berpoligami tanpa kelulusan Mahkamah. Walau bagaimanapun, selepas membuat rayuan, hukumannya diringankan dan terlepaslah beliau daripada meringkuk di penjara. Tidak dapat saya bayangkan, seorang ADUN merengkok di penjara akibat berpoligami...

DATUK Bung Mokhtar Radin dan isteri keduanya, Zizie Izette Ab Samad, 31, tersenyum gembira ketika ditemui wartawan dan jurugambar selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi ini menerima rayuan Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengetepikan hukuman penjara sebulan kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, Mei lalu. Hukuman terhadap Bung Mokhtar digantikan dengan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan. - Foto Roslin Mat Tahir @ Aug 11, 2010 11:40 am


Walaupun meminta izin isteri dan mahkamah tidak pula tertulis dalam al-Quran, payah sangatkah mereka ikut saja undang-undang yang telah ditetapkan? Bukankah mematuhi undang-undang yang disediakan itu bermakna mematuhi undang-undang pemerintah?

Firman Allah SWT dalam Surah An Nisaa' ayat 59 tafsirnya, Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu menggembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.

Bukankah Islam telah menjelaskan kepada umatnya tentang kedudukan dan syarat taat setia sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, Mendengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang-orang Islam dalam apa jua perkara pun sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tidaklah boleh mendengar dan taat. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Taat kepada pemerintah dalam konteks bernegara mempunyai pengertian yang amat luas. Ianya bukan sahaja terhad kepada mematuhi segala perintah dan arahan yang diberikan secara lisan sahaja bahkan ketaatan yang dimaksudkan meliputi mentaati segala peraturan dan dasar negara, undang-undang dan fatwa-fatwa kerajaan mahupun peraturan-peraturan pejabat.

Perkara ini telah diingatkan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya mentaati perintah ketua-ketua, tidaklah kira sama ada perintah itu disukai atau sebaliknya, asalkan perintah itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Bukan sedikit komen-komen negatif yang saya baca di egrup yang disertai, seolah-olah mempertikaikan undang-undang Syariah yang ada sekarang tidak 'compile' kepada al-Quran. Kononnya undang-undang Syariah banyak menyusahkan dan dilihat seolah-olah menentang keharusan poligami. Sepatutnya, apa yang penting dalam menghadapi situasi seperti ini, kita harus bersikap tenang, sabar dan jangan emosi apatah lagi derhaka terhadap perintah yang dipertanggungjawabkan.

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Barang siapa yang benci terhadap sesuatu dari tindakan penguasanya maka hendaklah ia bertaubat kerana sesungguhnya orang yang meninggalkan raja (penguasanya) walaupun hanya sejengkal maka matinya seperti mati pada zaman jahiliah. (Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Manafaat poligami

Saya pernah mengirimkan sepotong pertanyaan yang tertera di bawah, minta kerjasama sesiapa yang sudah atau akan berpoligami menjawab soalan ini sejujurnya. Pertanyaan ini dilontarkan ke al-fikrah.net dan SIMadu.
“Apakah rancangan anda untuk memanfaatkan poligami sebagai salah satu jalan memperolehi syurga?”

Wahai lelaki di AFN, jawablah sejujurnya dengan kebijaksanaan anugerah Illahi. Mungkin dengan jawapan yang bernas anda, dapat memesongkan fikiran wanita yang mudah terpesong tentang poligami.
Malang sungguh, setelah hampir sebulan saya menanti, tidak ada yang berani menjawab pertanyaan ini, kecuali satu feedback dari SiMadu. Kata bro hamdy :
Alhamdullh saya adalah seorg kawin cepat. dlm umur mid40an sudah 3 anak di IPT dan seorg remaja dan 2 lagi kecil. Setelah melihat (at least so far) 4 anak yg telah melepasi remaja dan tidak byk kerenah, pndidikan islam yg baik dan so far alhamdulh berakhlak baiak, saya dapat appreciate bahawa mdpat anak2 yg baik bukan shj tanda pd kbahagian rmhtangga & juga satu dari syurga dunia. Ia adalah anugerah Allah yg sgt besar.

& timbul rasa utk mdpat anak lebih lagi dan mendidik satu batch anak lagi, dgn kawin lagi kerana isteri pertama sudah 40s & prempuan 40s amat bhaya jka pregnant..

slepas kmatian, aspek "anak sholeh yg mendoakan" adalah penting utk berada dialam itu. so kalau u boleh atau berusaha didik 10 anak sholeh then y not.
Hemmm.. memanafaatkan zuriat soleh dan solehah yang ada, juga satu saham untuk di akhirat. Bagus jawapan ini. Malangnya, itu sajalah jawapan yang dapat saya kongsikan di sini. Mungkin boleh korek-korek manafaat yang lain-lainnya dalan entry :
  1. Perkahwinan, tujuan dan falsafahnya
  2. Hukum berkahwin dan fadhilatnya

Apa-apapun, konklusi yang dapat saya simpulkan, mereka yang sudah atau akan berpoligami LOKEK ilmu! Boleh jadi juga mereka sendiri tidak tahu apakah manafaat poligami, kecuali keseronokan 'benda dalam seluar' sahaja.... Bueno!

Rahsia madu tiga


Kalau tak salah, tak perlu risau. Apa yang selalu jadi masalah apabila berbuat salah. Sifir ini terguna untuk semua keadaan. Baik dalam perniagaan, politik, rumahtangga bahkan percintaan.

Berterus-terang adalah penyelamat. Berterus-teranglah dalam apa juga keadaan. Meskipun tidak semua perlu diberitahu tetapi apabila rasanya perlu memberitahu, beritahulah. Elakkan pasangan berfikir yang bukan-bukan. Kadang-kadang memang tiada masalah tetapi sebab disembunyikan, ia menjadi barah.

Saya tersenyum membaca komen Salih Yaccob bahawa petua dirinya beristeri tiga hanyalah berterus-terang. Beginilah sikap seorang gentlemen. Sememangnya itulah petua hidup bahagia tanpa prasangka. Kalau berani berterus-terang dan pandai pula buat lawak sikit-sikit, dalam erti kata lain, bergurau, hidup pasti selesa. Kurang 'jantan' jika mahu berpoligami, tetapi bersikap seperti seekor tikus yang pengecut!

“Saya tidak pernah berbohong kepada isteri apabila ingin berkahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini. Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat orang tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi.”

“Saya tidak perlu menyorok daripada mereka dan saya juga tidak perlu memburukkan isteri kerana apa yang saya lakukan bukannya salah. Saya bukan buat jahat, saya mahu berkahwin kerana saya ada kemampuan,” kata Salih dalam satu paparan akhbar tempatan.

“Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa yang akan jadi bila kita lihat wanita lain lebih cantik daripada isteri kita sendiri?”

Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat,42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagia tanpa rasa cemburu atau benci.

Mahukan penjelasan

Apa yang dikatakan oleh Salih atau apa yang menjadi pegangan hidupnya itu menarik untuk dicontohi oleh kita. Dia mampu mengendalikan tiga orang isteri tanpa masalah. Ia jauh mengatasi keupayaan ramai daripada kita, seorang isteri pun tidak terjaga. Bukan sahaja gagal memberikan kebahagiaan, bahkan berlaku zalim lagi.

Petua supaya berterus terang ini sangat baik. Jangan sekali-kali membiarkan pasangan mereka-reka cerita dalam mindanya berdasarkan apa yang dia rasa dan tengok. Kalau dia tengok suami sudah kurang bercakap tetapi kerap menghias diri, memang macam-macam akan mencetus dalam fikirannya. Terus sahajalah bertanya dan para suami jangan culas untuk berterus terang.

“Tak, abang sekarang ni tengah risau sikit pasal proses kenaikan pangkat. Pasal tu tak berapa nak cakap sebab risau dan pasal tulah abang belajar berlawa-lawa sikit,” kata-kata begini boleh memadam semua prasangka yang bersarang dalam kepala. Sama ada jujur ataupun tidak, penjelasan sekurang-kurangnya memberi kelegaan.

Meskipun berterus terang itu sangat baik untuk sesebuah perhubungan terutama rumah tangga, wanita perlu juga faham, kadang-kadang suami anda sengaja menyembunyikan sesuatu untuk memberi suprise.

Bayangkan saja, dia di pejabat terpaksa menjawab macam-macam soalan daripada bos, sampai di rumah disoal pula oleh isterinya. Kadang-kadang dia diam dan kurang berterus terang, anggap saja ada kejutan pada kemudian hari. Moga-moga kejutan itu sesuatu yang baik berpihak pada diri anda, bukan kejutan untuk berkahwin satu lagi, sebagaimana yang dilakukan oleh Salih.

Hakikatnya tidak ramai mampu berbuat seperti Salih. Lihat saja situasi yang digambarkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee dalam filemnya ‘Madu Tiga’. Itu baru tiga, belum empat.

Sebenarnya, manusia hanya memerlukan penjelasan. Biar pahit bagaimanapun sesuatu perkara itu jika diiringi dengan penjelasan yang jujur dan dilakukan dalam senario yang betul, ia boleh diterima. Apa yang menjadi marah, sudahlah tidak amanah, menipu lagi. Huh!




Rujukan : DrHMTuah dengan tambahan sendiri.

1 ulasan:

  1. hurmm..setuju sgt. saya pun selalu pesan kt suami, kalau nk kawen lain tlg bagi tau jujur. jgn main2 / simpan kt luar... Saya akn belajar menerima. InshaAllah..

    Tapi, harapnya tak lah suami berminat nk kawen 2. hehe...terguris tu mungkin ada. tp xde lah smpi nk menghalang.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...