PAGE

Sabtu, Julai 09, 2011

Budak Melayu iras 'Mat Salleh'

MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tentu anda masih ingat entry Budak Melayu bermata biru jadi tumpuan. Kanak-kanak tersebut, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal, berusia 1 tahun 4 bulan menjadi tumpuan ramai kerana warna matanya berbeza dengan kebanyakan masyarakat negara ini yang rata-rata hitam atau perang. Semasa dilahirkan, matanya berwarna hitam macam kebanyakan kita. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan. Masya Allah, cantik sungguh ciptaan-Mu.

Kali ini kita dikejutkan pula dengan berita Budak Melayu iras 'Mat Salleh'. Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.

Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya. Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.

Laman-Seri : Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah SWT. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya....




Capaian entry berkaitan :
* Budak Melayu bermata biru jadi tumpuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...