PAGE

Selasa, Julai 12, 2011

Wanita dan handbag - bab 2

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Ingat lagi tak entry Wanita dan handbag? Heh heh... Kali ini Laman-Seri hendak berceloteh fasal handbag. Tentu ada yang masih ingat akan handbag yang saya pulangkan semula ke Jusco, gara-gara isu kualiti. Beginilah rupa handbagnya, dan saya tandakan 'defect' dengan bulatan merah. Untuk makluman, defect ini berlaku di ke empat-empat pemegan bag. Masa beli memang tak ada defect tersebut. Setelah 3 hari, baru kelihatan. Sayang sungguh, bag cantik tetapi kualiti out...



Jadi, jika ada yang mahu dapatkan handbag baru, jangan lupa tanya jurujual, apa material bag berkenaan. Kalau tak silap bag ini menggunakan material 'PU' (polyurethane), dikatakan sangat terkenal kerana menyamai kulit. PU mempunyai jangka hayat (life span) yang agak pendek, mungkin setahun dua. PU juga tidak tahan jika disimpan (put away in storage bag? Forget it!), jika tidak digunakan untuk jangkamasa yang lama, ia mudah 'pecah'.

Lama juga saya mencari handbag pengganti yang berkenan di hati. Akhirnya terbeli juga juga handbag brand yang sama. Saya pujuk hati, kononnya disebabkan pouch bag yang saya gunakan sudah bertahun dan masih elok, jadi hati terasa 'selamat' untuk mendapatkan bag daripada material yang sama. Bag yang di bawah ini menggunakan material 'PVC' (poly vinyl chloride) atau juga dikenali sebagai 'vinyl'. Agak tahan lasak dan saya berpuas hati sebab saya memang suka 'melasakkan' bag saya... :)

Ini pouch bag dan setahun lebih usianya


Ini handbag baru saya :)









Cantik, kan? Jika ada yang berminat, bolehlah ronda-ronda sebab sekarang masih on Mega Sale hingga habis bulan Ogos. Saya beli dengan diskaun 20%, percuma keychain dan dua buah buku nota dari CarloRino.

Handbag PVC tahan lasak, tahan kotor dan tidak memerlukan penjagaan atau penyelenggaraan yang banyak, sesuai sangatlah dengan saya yang 'lasak'. Bila handbag dilasakkan, tentulah memerlukan penjagaan, walaupun tidak serapi beg kulit tulen. Di sini disertakan cara-cara penjagaan bag bermaterial PVC. Tips penyelengaraan diambil dari How to Clean a PVC Leather Handbag.

Apabila tiba masanya untuk membersihkannya, ia hanya mengambil masa beberapa minit dengan menggunakan beberapa produk isi rumah yang sedia ada. Bersihkan handbag PVC anda dengan kerap untuk memastikan ia kelihatan seperti baru selama bertahun-tahun.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk tugasan mencuci ialah :
  • Sabun pencuci pakaian (tidak terlalu kuat)
  • Span lembut
  • kain pengelap
  • Bahan pelindung vinyl
  • Febreeze
Cara-caranya :
  1. Kosong kandungan handbag supaya kerja-kerja pembersihan menjadi lebih mudah.
  2. Campurkan sedikit sabun pencuci pakaian dengan semangkuk air sejuk atau suam. Celupkan span yang bersih ke dalamnya, perah hingga tiada air yang menitik. Gosok perlahan-lahan permukaan luar handbag PVC. Bilas span sehingga ia bebas dari bahan pencuci dengan mencucinya dengan air bersih. Lap sisa-sisa sabun pada hanbag PVC dan pastikan permukaan handbag benar-benar kering dan bersih.
  3. Semburkan handbag dengan semburan yang ringan berasaskan silikon protectant vinyl, jenis yang digunakan untuk membersihkan bahagian dalaman kereta. Mana hendak dapatkan semburan pelindung vinyl ya? Kebiasaannya ada dijual di pasaraya, bahagian automotif. Lap handbag dengan kain yang bersih.
  4. Semburkan bahagian dalam handbag dengan febreeze untuk memastikan ia berbau segar.
  5. Biarkan handbag anda kering sehingga ia benar-benar bebas lembapan. Masukkan barang-barangan anda ke dalam handbag hanya apabila ia telah kering sepenuhnya.
Selamat mencuci handbag masing-masing.... :)


4 ulasan:

  1. tq dear...really help me..nwae i baru beli gak handbag cr made from pvc...i dedicate u n ur blog @ my blog...errr...bole phm kan...hehehe...

    BalasPadam
  2. mmg pvc lebih tahan lasak dari pu
    pu banyak yg made in china

    BalasPadam
  3. Thanks for visiting...

    Dalam sakit hati dengan PU, terbeli gak PU handbag Charles & Keith, sebab tergoda dengan designnya yang cantik-cantik...

    Kalau kawan-kawan sedang mencari handbag yang good quality, boleh lawat belogshop BG di LiTTLE-KiOSK...

    Jumpa lagi!

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...