terung pipit
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terung pipi atau nama botaninya solanum tarvum merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Ðikenali juga dengan nama terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), terung manggul, tibbatu (Inggeris), tumbuhan ini biasanya dimakan mentah atau dcelur untuk dijadikan ulam. Buah mudanya juga boleh dibuat masak tumis dengan ikan bilis.
Terung pipit adalah spesies tumbuhan terung dan tergolong dalam keluarga solanaceae, tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding buah lain. Ia tumbuh dalam gugusan kecil. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter.
Batangnya berkayu liat, mempunyai banyak dahan dan berduri. Ðaunnya berpasangan dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak di hujung dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan ketika muda berwarna hijau manakala apabila sudah masak berwarna kuning. Ði dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil.
bunga terung pipit
Buah terung pipit mempunyai rasa masam dan pahit. Kulit buahnya yang keras menjadi lembut apabila dimasak. Apabila dimakan, buahnya mengeluarkan rasa sedikit pahit tetapi apabila bercampur dengan bahan-bahan lain, rasa buah ini amat unik.
Banyak khasiat yang diperolehi daripada buah terung pipit. Ðikatakan buahnya mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1 dan C.
Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.
Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid yang dikenali sebagai solasodin, menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi. Minyak daripada biji buah mengandungi gliserid daripada asid lauric, palmitic, stearic, arachidic, oleic dan linoleic serta phytosterols, sitosterol dan carpesterol. Buahnya dikatakan memiliki sifat-sifat tonik dan laksatif (penjulap).
terung pipit di pokok
Tumbuhan ini juga dikatakan memiliki sifat-sifat afrodosoak (menaikkan syahwat) dan astringen (menyebabkan sel-sel mengecut dengan memendakkan protein daripada permukaan). Akarnya pula memiliki sifat-sifat diuretik (menambah jumlah air kencing), ekspektoran (penggalak rembesan kahak oleh salur-salur udara supaya ia lebih mudah dibatukkan keluar), diaforetik (penyebab peluh bertambah) dan perangsang.
Rawat sakit haid
Selain dimakan, terung pipit juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Bahagian pokok yang digunakan adalah daun, batang, buah, biji dan akarnya. Ðalam perubatan tradisional, dikatakan terung pipit mampu digunakan untuk merawat asma, merawat demam, batuk-batuk kering, kolik dan kembung dan kecacingan. Wap air daripada biji yang telah dibakar dikatakan mampu digunakan untuk merawat sakit gigi.
Buah terung pipit yang telah direbus boleh dijadikan sebagai air minum bagi mencuci darah, melegakan kesakitan akibat sakit perut, penawar racun ular dan serangga. Buah ini juga boleh dimakan untuk tujuan merendahkan tekanan darah tinggi dan juga merawat sakit akibat haid dan diabetes.
Rebusan daun pokok terung pipit dikatakan mampu digunakan untuk merawat disuria atau pengeluaran urin atau air kencing yang sukar dan sakit. Ðaun pokok terung pipit yan gtelah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada bahagian tubuh yang mempunyai selulit. Manakala buah dan daunnya boleh dicampurkan dengan gula, kemudiannya disapu pada kulit yang mengalami kegatalan.
Akar yang telah ditumbuk dan dihancurkan dikatakan mampu dijadikan ubat tampal pada luka ulser. Akar yang telah direbus dikatakan boleh diminum untuk digunakan sebagai ubat memudahkan proses bersalin, sakit gigi, demam, kecacingan dan kolik.
Bagi yang mempunyai masalah pada bahagian kulit kaki yang merekah ataupun bengkak, dikatakan akar pokok terung pipit yang telah ditumbuk hancur dan lumat boleh ditampal pada bahagian yang bermasalah. Cara ini dikatakan mampu melegakan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah pada bahagian tempat yang bengkak.
Kegunaan lain bagi terung pipit ialah mengubati sakit kepala, mengubati sengal-sengal badan, taun dan cirit-birit, mengurangkan demam panas, merawat buasir (caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion), dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Buah terung pipit sedap dimasak kari dan dijadikan ulam, dicicah sambal belacan atau dimasak dalam sambal tumis ikan bilis. Ðaunnya dikatakan boleh dijadikan bahan perisa masakan.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat terung pipit, namun begitu penggunaannya perlulah berhati-hati dan mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Sumber : MW#1438 dan Ms.wikipedia ~ Pokok terung pipit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...