PAGE
▼
Selasa, September 27, 2011
Ðendam, penyakit yang tidak kelihatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, hari ini dikongsikan satu artikel nukilan pemangkin minda yang tersenarai di bloglist iaitu Ðr Azhar Sarip, yang sangat menarik untuk dijadikan santapan minda buat pembaca setia dan pengunjung Laman-Seri. Ia berkaitan dengan penyakit hati yang tidak kelihatan di mata kasar dan tidak pula boleh di x-ray oleh mesin yang canggih manggih sekalipun iaitu ‘dendam’.
Bila kita bercakap tentang sakit, maka pastinya kita sering memikirkan penyakit-penyakit yang dapat dilihat kesakitannya. Kita lebih memahami kesakitan yang dialami oleh orang yang patah tangannya dari mereka yang mengalami penyakit darah tinggi.
Kita lebih kasihan kepada mereka yang luka di kepala dari mereka yang menggigil menahan kesakitan migrain. Justeru, manusia sememangnya lebih mudah memahami apa yang dilihatnya dari apa yang tersirat di sebalik pandangan mata kasar.
Jika kita katakan pula tentang sakit yang tidak nampak oleh mata kasar, maka secara mudahnya kita mengatakan ia adalah penyakit ghaib. Ghaib kerana kita tidak melihatnya namun seandainya kita sudah melihatnya maka hilanglah keghaiban tersebut.
Kanser misalnya, boleh kita katakan penyakit ghaib kerana tidak nampak oleh mata kasar, tetapi apabila zaman semakin moden serta banyak kelengkapan perubatan yang canggih, kanser cukup mudah dikesan dan tiada lagi istilah keghaiban padanya.
Oleh yang demikian, penyakit yang kita katakan ghaib belum tentu ghaib secara hakiki, namun ada juga penyakit yang benar-benar ghaib. Ghaib kerana ia sukar untuk diterjemahkan oleh mata kasar mahupun kanta yang canggih. Penyakit ini dinamakan ‘penyakit hati’. Penyakit hati pula ada banyak jenis dan rupa, ia saling berkait, biar tidak serupa tetapi mudah cerita ianya datang dari baka yang sama, ibarat adik-beradik di dunia nyata.
Penyakit hati yang ingin diceritakan dalam entry kali ini adalah penyakit dendam halus. Menurut Ms.Wiki, dendam (ataupun vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Ðendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Apa pula yang dimaksudkan dengan ‘dendam halus’?
Menurut Ðr Azhar Sarip, beliau pernah bertemu dengan seorang ahli perawat, katanya dia sihat sehingga kini walaupun umurnya sudah menjengah setengah abad. Jika bercerita tentang sakit fizikal yang sering melanda orang seusia dengannya, dia mampu tersenyum kerana tiada satu pun penyakit lima serangkai yang hinggap padanya. Meskipun secara fizikalnya dia sihat, tetapi katanya setiap orang ada juga sakitnya. Menurut beliau, sakitnya dibuat oleh orang sebelah, maksudnya si suami. Ðaripada tutur katanya, dia sudah berpisah dengan suaminya. Ðia sedih kerana suaminya sudah ada pilihan yang amat jauh lebih muda darinya. Katanya, hatinya sakit dan dia pergi ke Mekkah untuk mendoakan agar si suami tadi diberi balasan. Katanya lagi, hatinya terbuat apabila melihat keruntuhan kedua-duanya dan itulah balasan Tuhan. Ðia dengan bangganya juga berkata dia lega kerana suaminya dibayar tunai oleh Allah SWT. Anehnya lagi, dia menceritakan perihal suaminya yang hidup susah dan pelbagai lagi. Inilah yang dikatkan penyakit hati yang tidak nampak.
Ðendam halus
Walaupun ia kelihatan seperti baik, tetapi ianya penuh dengan nafas dendam. Kita kata kita sentiasa ingat pada Allah SWT, kita sayang pada Allah SWT, tetapi mengapa pula kita hidup dengan penuh dendam yang halus lagi merosakkan.
Ðendam halus lagi merosakkan ini cukup kuat impaknya dalam hidup. Biar kita kelihatan tenang, biar kita sering beribadah, tetapi jiwa kita tidak pernah tenteram. Ketidaktenteraman itu terbit daripada rasa tidak puas hati kerana orang yang ktia marah dan benci masih belum menerima balasan yang kononnya setimpal dengan perbuatan mereka. Kita akhirnya mendahului keputusan Allah SWT dalam menghakimi mereka, sedangkan Allah lebih tahu apa yang sepatutnya.
Kita juga mula memutuskan silaturrahim dalam diam sedangkan kita amat tahu bahawa kita tidak boleh memutuskannya. Kita bersumpah tidak mahu bertemu dengan si polan misanya dan tanpa sedar ianya sudah memberi satu kejayaan yang tinggi nilainya kepada syaitan.
Semakin kita cuba hampir kepada Allah SWT, maka semakin haluslah permainan syaitan ini. Permainan emosi dan dendam adalah permainan yang nampaknya tidak memberi apa-apa impak terhadap hubungan kita dengan Allah. Namun hakikat sebenarnya kita sudah mula lebih memikirkan mereka yang kita marah, lebih dari memikirkan hubungan kita dengan Allah SWT. Kita katakan yang kita tidak berdendam tetapi tahukah kita, asalnya kita rasa marah dan ingin melihat pembalasan, itu sudah cukup untuk digelar dendam.
Ðendam adalah salah satu jalan pemutus rasa cinta kita dengan Allah SWT. Apabila ada rasa dendam yang halus, kita sebenarnya akan cuba menjustifikasikan perbuatan kita, biarpun ia bertentangan dengan sifat si pencinta Tuhan.
Rasulullah SAW tidak sedikitpun menyimpan dendam kepada mereka yang menganiaya baginda. Mungkin ada yang kata, “Itu Nabi...” Makanya disebabkan itu nabi, kita perlu mengikut jalan hidup serta akhlak yang dipertontonkan kepada kita senandainya kita benar mahu mencintai Allah SWT. Selagi kita punya rasa tidak puas hati dan tidak mampu, kita jadikan dia sebagai satu elemen kasih sayang, maka selagi itu dia menjarakkan dirinya dengan Allah SWT yang maha mencintai.
Kita perlu hidup dalam keadaan kasih sayang biarpun kita dianiaya, biarpun kita difitnah mahupun dinista. Mencintai Allah SWT itu dengan rasa, maka dikurniakan rasa derita sebenar derita agar kepekaan rasa dapat dikupas tanpa kata-kata. Kata Ki Ageng Sabdo Sukma, luka hati adalah pembuka rasa, luka jiwa adalah kedekatan rasa, jika sudah merasa, datanglah cinta kepada yang Maha Esa.
Sumber : Ðr Azhar Sarip MW#1437
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...