PAGE

Rabu, Oktober 12, 2011

Herba Thyme

herba thyme

Thyme bangkitkan mood & hilangan tekanan

Thyme (Thymus) merupakan sebuah tanaman yang terdiri dari 350 spesies. Tanaman ini memiliki khasiat universal. Thyme telah digunakan untuk pelbagai tujuan di sepanjang kurun. Pada zaman pertengahan, thyme telah dianggap sebagai tumbuhan yang dapat memindahkan keberanian dan kecergasan. Orang Rom kuno menganggap ia sebagai ramuan untuk kesugulan.

Thyme yang telah dicampurkan bersama bunga mawar sering dijadikan pewangi rumah oleh orang Rom pada zaman kuno. Malah orang Greek telah menggunakan thyme sebagai colok wangi, manakala orang Rom pula telah menambah thyme dalam keju dan minuman beralkohol mereka.

Walau apa kegunaan thyme, herba ini merupakan herba yang penuh dengan pelbagai fitozat, mineral dan vitamin yang amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Termasuk dalam salah satu tumbuhan herba masakan yang popular, thyme berasal dari kawasan selatan Eropah dan Mediterranean.

Ia tergolong dalam keluarga limiaceae daripada genus thymus. Biasanya herba ini amat popular digunakan sebagai bahan perasa dalam kebanyakan resipi Itali, Macedonian, Greek, Perancis dan Sepanyol. Rasanya tidak terlalu kuat dan boleh bercampur dengan bahan-banan herba dan rempah lain. Ciri-ciri rasanya adalah berikutan dengan sejenis kimia yang dikenali sebagai thymol yang terdapat di dalamnya.



Thyme digunakan secara meluas dalam bidang masakan. Herba ini adalah bahan asas dalam masakan Levantine (Lubnan, Syria, Palestin Jordan, Israel), Libya, India, Itali, Perancis, Albania, Parsi, Portugis, Asyur, Sepanyol, Greek, Nigeria, Caribbean, dan masakan Turki. Thyme sering digunakan untuk masakan daging, sup dan stew. Ia juga sering digunakan sebagai perisa utama dalam masakan kambing, tomato dan telur.

Ðikenali juga sebagai thymus vulgaris, herba thyme adalah sejenis tumbuhan saka kecil. Ðaunnya kecil manakala bunganya berwarna dari merah jambu sehinggalah ungu. Varieti thyme yang biasanya banyak ditanam juga adalah seperti lemon thyme (t.x citriodora), caraway thyme (t. herba barona) dan wild thyme (t. septyllum). Tidak kiralah sama ada daun ataupun putik bunganya, segar atau kering, banyak digunakan untuk tujuan masakan.

bunga thyme


lemon thyme


orange thyme


caraway thyme (Thymus herba-barona)


Thymol yang ditemui dalam thyme adalah salah satu minyak pati yang secara saintifiknya mengandungi ciri-ciri antiseptik dan antikulat. Minyak meruap lain yang terdapat dalam thyme termasuklah carvacolo, borneol dan geraniol.

Thyme mengandungi banyak antioksidan flavonoid fenolik seperti zeaxanthin, lutein, pigenin, naringenin, luteolin dan thymonin. Herba thyme segar memiliki salah satu tahap antioksidan tinggi di kalangan herba-herba lain. Ia juga dikatakan kaya dengan mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan.

Ðaunnya penuh dengan sumber potassium, besi, kalsium, mangan, magnesium dan selenium. Potassium adalah komponen penting bagi sel dan cecair tubuh yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Mangan pula telah digunakan oleh tubuh sebagai co-faktor untuk antioksidan enzim superoksida dismutase. Besi pula diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Herba ini juga turut kaya dengan banyak sumber vitamin penting seperti vitamin B kompleks, beta karotena, vitamin A, vitamin K, vitamin E, vitamin C dan asid folik.

Membantu masalah pencernaan

Kebaikan thyme memang banyak. Antaranya kandungan antikulat dalam thyme membuatkan herba ini boleh dijadikan pencuci kawasan yang dijangkiti dengan jangkitan kulat pada kuku. Kandungan antiseptik thyme pula telah menjadikan daunnya yang telah dihancurkan sesuai sebagai ubat tampal pada luka.

Ðikatakan apabila herba ini dimakan secara mentah, mampu membantu masalah pencernaan. Ia mampu merehatkan otot dan mencegah pembentukan angin dalam sistem. Ðisebabkan thyme memiliki tindakan antispamodik, bermakna ia amat berguna untuk wanita yang menderita sakit ketika haid.

Ðalam amalan tradisional di Jamaica, teh thyme diberikan kepada ibu selepas melahirkan bayi. Kesan oxytocin dikatakan akan menggalakkan pengecutan rahim dan pengeluaran plasenta dengan segera, secara semulajadi.

Membantu sistem pernafasan

Herba thyme yang telah dijadikan teh pula amat baik diminum oleh mereka yang mengalami sakit tekak atau selsema. Ia juga dikatakan berguna untuk mengurangkan inflamasi pada sistem pernafasan. Herba ini juga boleh dicampurkan dalam air panas dan digunakan dalam rawatan wap untuk membersihkan laluan udara ketika seseorang itu mengalami selesema, masalah bronkial dan mengatasi gejala demam. Teh thyme juga dikatakan dapat mengatasi masalah pencernaan.

Merawat kemurungan dan tekanan

Ada juga yang menggunakan thyme untuk merawat kemurungan dan tekanan. Minyak pati herba thyme turut boleh digunakan untuk menaikkan mood dan menenangkan mereka yang sedang mengalami tekanan.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Selain itu, thyme juga boleh dimasukkan ke dalam air panas yang digunakan sebagai air mandian untuk melegakan sakit lenguh-lenguh pada badan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan herba thyme, namin bagitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Sumber : MW#1445 dan En.Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...