PAGE

Rabu, Oktober 12, 2011

Eksklusif: Kelab Taat Suami terbit buku seks

MUKA belakang buku yang mencetuskan kontroversi.

Hubungan suami isteri dengan gambar Abuya, diulas terperinci

KOTA BHARU: Kelab Taat Suami (KTS) yang pernah menimbulkan kontroversi kerana meminta isteri melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama,' sekali lagi menimbulkan keresahan masyarakat apabila menerbitkan buku mengenai seks suami isteri yang diulas secara terperinci perlakuan berkenaan.

Buku berjudul Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia' itu diterbitkan KTS dengan gambar depan bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya, dikatakan sebagai panduan kepada isteri dan pengantin baru melayan suami di ranjang.

Dalam mukadimah buku itu, KTS menerangkan hasil kajian dilakukan meraka mendapati apa yang diberikan isteri kepada suami hanya 10% berbanding kehendak suami kepada tubuh isteri.

Buku setebal 115 muka surat itu turut menyiarkan gambar isteri Asaari, Hatijah Aan atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Dalam bab lapan dengan tajuk 'bagaimana seks menjadi ibadah', perlakuan seks secara terperinci diterangkan sehingga setiap inci tubuh wanita digambarkan dengan begitu jelas. Antara yang digambarkan 'kemuncak cinta kami ialah celah kangkang. Tangan, kaki dan segalanya terdorong kuat untuk menuju ke situ'.

KTS yang dilancarkan pada 4 Jun lalu menimbulkan kontroversi apabila naib Presidennya, Dr Rohaya Mohamed, meminta isteri patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan meraka tidak terjebak dengan pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumahtangga dan pembuangan bayi.

Dr Rohaya berkata, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumahtangga apabila pasangan mereka beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Laman-Seri : ERK... NO COMMENT...

Sumber : BHarian 12/10/2011

Capaian entry berkaitan :
* 'Layan macam pelacur'
* Puaskan suami macam pelacur? Biadap!
* Ketaatan isteri mengikut syariat
* Isteri tak perlu kelab jaga suami
* Taat bukan lesen halalkan penderaan
* Kelab Taat Suami galak poligami
* Peguam Syarie bidas Kelab Isteri Taat

1 ulasan:

  1. Bahkan ketika Rasulullah SAW dituduh sebagai orang yang gila seks kerana memperisterikan 11 orang perempuan, hampir tidak ada seorang pun di kalangan umat Islam yang berani membela. Sepi. Sunyi. Kalau Rasulullah di gambar dalam bentuk kartun oleh kartunis Denmark, satu dunia ribut. Demonstrasi. Bahkan ada kedutaan besar Denmark yang dibakar.Tapi kalau tuduhan sudah mengarah ke bidang seks, semua diam. Seakan akan umat Islam malu mengakui Nabinya disebut sebagai Tukang Kahwin. Mereka bingung menghubungkan, bagaimana seorang Nabi yang menurut fikiran mereka mestinya zuhud,menjauhi dunia, mengutamakan akhirat, tiba-tiba dapat mendatangi 11 wanita dalam satu malam. Bagaimana mencernanya ? Bahkan jangan-jangan ada yang berfikir, apakah ini layak dilakukan oleh seorang Nabi ? Maka jarang orang membicarakan ini. Takut dan malu.
    Orang Islam mungkin akan lebih bingung lagi kalau mengetahui bahwa Nabi Sulaiman A.S memperisterikan 1000 orang. Dalam riwayat disebutkan beliau menggilir isteri-isterinya yang 1000 orang itu di dalam 1 malam. Kekuatannya adalah kekuatan dari Tuhan, satu kekuatan roh. Ini adalah mukjizat.
    Bagaimana, 1000 bahagi 8 jam. Tak logik, kata akal. Namun kekuatan roh itu tidak dipengaruhi batas masa. Malah kejaiban roh itu, boleh menghadirkan jasad fizikal mereka di beberapa tempat pada satu masa. Cuba tanya JAKIM, apa pendapat mereka tentang Nabi Sulaiman beristeri 1000 dan mendatangi kesemuanya pada satu malam. Mungkin mereka jawab ‘ One Minute Stand’. Ampun Maaf.
    Ingat kisah Sheikh Abu Yazid Al Bustami menggandakan dirinya menjadi beratus-ratus individu ketika pasukan musuh mahu memanahnya? Bukan dongengan Dragonball, ini karamah kurniaan Allah SWT kepada para kekasihNya.
    Ingat cerita Puteri Gunung Ledang. Terbang ke sana, ke sini. TELEPORTATION. Tiba-tiba menjelma. Dalam dunia roh tak mustahil.
    Apa lagi keajaiban roh, satu sumber kekuatan orang Islam ? Tidak dapat membayangkannya sebab masyarakat kita bukan faham alam ghaib. Alam para wali, para Rasul, yang mereka ini , tetap hidup dan tetap berperanan, apatah lagi yang belum mati sebagai satu ‘trick’.
    Kalau alam jin, yakin sungguh. Alam Hollywood, alam artis lagi master. Tips of the fingers. Fida Ibrahim pakai topi, , Nabil putus dengan Irma, video seks Ariel & Luna Maya, tanya apa saja insyaAllah tahu.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...