Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap kali anda rasa tidak puas hati, bagaimana cara anda mengekspresikan jeritan hati? Kalau anda seorang isteri, kepada siapa anda akan meluahkan rasa jika suami tiada masa? Ði mana anda akan menenangkan jiwa jika hati suami tidak terbuka?
Bagi suami pula, susah baginya untuk mengenal hati isteri yang suka menyembunyikan perasaan. Wajahnya nampak berseri tapi mungkin hatinya berduri, senyumnya nampak ikhlas tetapi mungkin masih simpan rasa tak puas. Isteri suka berpura-pura reda untuk memastikan suami tak marah. Akhirnya sifat ‘menyimpan rasa’ sebegini memakan diri sendiri. Tak payahlah hendak sembunyikan apa yang anda tak puas hati, luahkan saja dan lihat bagaimana respons suami.
Barulah anda tahu bagaimana hendak berunding dan mencari jalan tengah untuk menyelesaikan masalah anda berdua. Tapi, jika masing-masing menutup diri pasti akan ada peperangan maha hebat yang akan mengungkit kesilapan masing-masing. Akiirnya terlalu sakit untuk dirasa kerana selama ini luka itu dibiarkan tidak dirawat dan diubat.
Hati wanita yang sensitif sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk lebih menghayati makna ujian yang dideritainya. Namun begitu, setelah anda menemukan makna sebenar ujian yang menghimpit jiwa, jangan terus lemas di sana. Cubalah untuk mengganasi diri melawan jeritan-jeritan negatif yang membuat anda lemah.
Bagaimana cara mengganasi diri ketika dilanda kesedihan, gelisah dan putus asa disebabkan suami?
1 – Cari kekuatan sebenar
Anda akan kuat jika berdampingan dengan Tuhan, memohon petunjuk-Nya dan menyibukkan diri mencari-Nya. Tetapi jika masa anda hanya dihabiskan untuk menceritakan keburukan suami, mengenang kisah-kisah lama yang menyakitkan hati, pasti anda akan semakin rasa tertekan.
Seorang ulama tersohor, Ibnul Qayyim pernah menyatakan dalam kitabnya al-Daa’ wad Dawa’,
“Sesungguhnya dalam hati ada koyakan yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Ðalam hati ada kesepian yang tidak dapat diubat kecuali dengan menyendiri bersama Allah SWT. Ðalam hati ada kesedihan yang tidak mampu dihapus kecuali dengan mengenal Allah. Ðalam hati ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan melainkan dengan berhimpun kerana Allah. Ðalam hati ada api yang tidak mampu dipadamkan melainkan redha dalam keputusan-Nya diiringi dengan kesabaran menunggu saat bertemu dengan-Nya.”
Kalau selama ini anda hanya berdampingan dengan suami, mengapa tidak kembali kepada cinta suci yang dilupai? Mungkin disebabkan anda lupa pada Tuhan, maka kerana itu musibah datang bertubi-tubi.
2 – Berani sakit
Wanita yang mengganasi dirinya mempunyai keberanian untuk tertawa ketika hatinya dihiris. Gembira ketika kebebasannya terbelenggu, selamba ketika dihina. Kerana dia tidak akan mahu orang lain menentukan perasaannya, mengawal bagaimana dia harus merasa. Wanita yang ganasi ini takkan terkena provokasi yang sengaja dicipta orang-orang di sekelilingnya. Ðia begitu berani walau dalam diam, tersenyum walau sakit hati, cuba mengawal sikap saat suami tak sengaja melukai. Pemikiran dan perasaannya begitu positif, hasutan syaitan yang terlintas di hati takkan di peduli.
3 – Mengganas dengan kerja
Bekerjalah menyibukkan diri supaya kesedihan itu hilang. Tapi jika rumah anda bersepah, meja kerja di pejabt melonggok, kecantikan dan kesihatan diri anda tidak terurus, bagaimana keadaan yang kelam kabut itu boleh menyelamatkan dari tekanan yang datang tiba-tiba. Kerja membuat anda sihat zahir dan batin, bergerak untuk mendapatkan rezeki yang halal dan membelanjakannya untuk manfaat orang yang kita sayang merupakan suatu kepuasan yang tidak terkira.
Tapi, jika anda duduk saja menunggu nasib, menjadi tawanan suami yang memang bermasalah, menggantungkan hidup dan menyusahkan orang lain, tentu saja anda akan terus merasa tidak bermanfaat. Hapus kesedihan itu dengan memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.
Jika mengutip sampah di jalan pun dianggap sedekah (sabda Rasulullah SAW), inikan lagi kerja-kerja besar lainnya. Tiada masa untuk bersedih, gelisah dan sakit hati kerana seluruh jiwa raga anda telah bekerja sekuat-kuatnya untuk mendapatkan keseronokan dunia dan kebahagiaan akhirat.
4 – Kawal hawa nafsu
Anda sedih kerana suami tidak izinkan anda membeli barang dengan duit anda sendir, tak boleh pergi reunion sekolah kerana suami yang kuat cemburu? Tak diizinkan pergi kerja di tempat yang anda minati? Jahat betul suami sebegini! Tapi tunggu dan teliti lagi, apakah anda ada berbincang dengannya, mengapa dia tidak setuju?
Mungkin alasan suami cukup munasabah atau anda tidak langsung bertanya kerana marah? Sudahkah anda menyatakan hasrat hati anda untuk buat ini dan itu dengan cara dan adab yang betul? Sebab suami memang bersifat ego, jadi isteri kenalah putar belit sikit cara menyampaikan hasrat hatinya itu, supaya tidaklah suami menyimpan syak wasangka yang tidak baik. Suami lebih suka dirayu walau dibohongi daripada diarah dan dimarahi. Kawal nafsu anda dulu sebelum anda mengawal sikap suami.
Jadi, mengapa terus marah, benci dan sedih kerana suami? Mengganaslah dengan 4 cara ini, tidak mustahil keganasan anda itu merangsang ghairah suami. Ganas itu seksi jika betul cara dan gayanya...
Sumber : Ðr Juanda Jaya di MW#1439
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...