PAGE
▼
Jumaat, Oktober 21, 2011
Kisah seketul batu besar
Seorang petani mempunyai beberapa ekar tanah sawah yang sangat luas di sebuah kampung. Berbekalkan sedikit duit simpanan sebagai pendahuluan, petani tersebut membuat pinjaman dari sebuah bank bagi membeli sebuah traktor pembajak sawah.
Kerja membajak tahan sawah kini bertambah mudah berbanding menggunakan kerbau. Namun ada masalah lain pula yang dihadapinya. Setiap kali membajak tanah, pasti ada sebelah tajak yang dipasang pada traktor itu yang patah. Puncanya hanya satu. Ði tengah-tengah tanah sawahnya itu ada sebiji batu yang besar.
Setelah dua tahun berlalu, isterinya mencadangkan agar batu tersebut dikorek dan dialihkan dari tanah sawah mereka itu, agar tiada lagi berlaku bilah tajak yang patah.
Petani tersebut turun kembali ke bendang. Ðitenung lama-lama batu tersebut. Akhirnya dia mengambil sebatang kayu. Ðia ingin menduga kedalaman batu itu.
Ðia menuli sedikit pada sisi batu tersebut. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati kedalaman batu itu hanya kira-kira 5cm. Walaupun batu itu kelihatan besar, hakikatnya batu itu nipis.
Petani itu kembali membawa sebilah kapak. Ðigunakan belakang kapak dan mengetuk permukaan batu. Selepas tiga kali mencuba, batu tersebut pecah kepada beberapa kepingan kecil.
“Oh... rupanya senang aje nak pecahkan dan alihkan batu ini,” getus petani itu.
Pengajaran : Manusia sering memandang masalah kecil sebagai satu masalah besar. Malah mereka sering berhadapan dengan masalah yang sama berulang kali kerana tidak yakin dengan kemampuan mereka menyelesaikan masalah. Hakikatnya, kemampuan dan potensi manusia menyelesaikan masalah itu lebih besar daripada masalah yang wujud.
Sumber : Solusi Isu # 35
Capaian entry berkaitan :
* Sebuah kematian, satu permulaan
* Sikap ujub perosak diri
* PELiKNYA UMATKU
* Sekecil-kecil amalan tetap jadi penyelamat kita di akhirat
* Kita umpama pinggan
* Hujan : Rahmat atau laknat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...