
Acara lucu, aneh di pelusuk dunia
Hari ini, bermula tahun baru 2012 dan penduduk seluruh dunia keluar beramai-ramai menyambutnya dengan gembira. Seperti tahun sebelumnya, acara sambutan tahun baru dan parti dianjurkan di kediaman, kelab, hotel dan restoran mewah.
Pertunjukan bunga api dan upacara melepaskan belon serta burung merpati adalah cara biasa yang dilakukan setiap kali sambutan tahun baru. Ðalam kemeriahan menyambut tahun baru, ada beberapa acara pelik yang menjadi tradisi setiap kali tibanya tahun baru. Ritual sambutan ini sudah dipraktikkan sejak turun-temurun.
Berikut disenaraikan beberapa acara pelik yang menjadi tradisi setiap kali menjelang tahun baru:
IRELANÐ – Ðaun dedalu beri putih dipanggil mistletoe diletakkan di bawah bantal

Tradisi itu juga dipercayai membantu wanita Ireland membuang nasib buruk selain membawa kejayaan dalam hidup.
Satu lagi tradisi pelik yang melibatkan terhantuk pada pintu dan dinding rumah dengan roti Krismas untuk ‘membuang’ nasib malang keluar dari rumah dan menjemput roh-roh yang baik. Pada malam Tahun Baru, keluarga akan mengingati orang-orang yang telah meninggal dunia tahun itu sebelum dengan menetapkan tempat untuk mereka di meja makan dan meninggalkan pintu tidak rapat.
Ada juga tafsiran yang diberikan kepada siapa yang akan menjadi orang pertama yang melalui pintu pada hari Tahun Baru. Jika ia adalah seorang lelaki yang tinggi kacak gelap, ini akan membawa pulang dan nasib penghuni yang baik tetapi jika ia adalah seorang gadis berambut merah, ia akan membawa kesusahan dan kesedihan.
Pada tengah malam, ramai yang akan masuk rumah melalui pintu hadapan dan meninggalkan melalui pintu belakang untuk mendapatkan nasib yang lebih baik.
SEPANYOL – Makan 12 biji anggur

Kebanyakan keluarga di Mexico menghiasi rumah dan parti dengan warna-warna seperti merah yang dipercayai untuk menggalakkan peningkatan keseluruhan gaya hidup dan kasih sayang, kuning yang dipercayai untuk menggalakkan nasib yang lebih dalam bidang pekerjaan, hijau yang dipercayai untuk memperbaiki keadaan kewangan dan putih untuk kesihatan yang lebih baik.
Roti manis Mexico dibakar dengan duit syiling atau sesuatu tarikan yang tersembunyi di dalam doh roti. Apabila roti itu disampaikan, penerima yang mendapat keping roti mengandungi syiling atau daya tarikan yang disembunyikan itu dipercayai diberkati dengan tuah pada tahun baru.
ÐENMARK – Memecahkan pinggan mangkuk di pintu rumah jiran dan melompat menjelang detik 12 malam

Memang nampak pelik dan aneh tetapi perbuatan ini tidak mendatangkan kemarahan kepada si jiran. Sebaliknya, orang yang paling banyak menerima ‘lemparan’ pinggan mangkuk itu dikira paling bertuah kerana ini membuktikan mereka mempunyai ramai teman setia.
Selain daripada membuat ‘lemparan’ pinggan mangkuk, masyarakat Ðenmark juga menyambut tahun baru dengan melompat dari kerusi menjelang tengah malam. Melompat dikatakan mengusir nasib buruk dan membawa tuah ke tahun baru.
SCOTLANÐ – Gelung bola api

Ðikenali sebagai festival ‘Hogmanay’, acara ini dilakukan pada malam 31 Ðisember setiap tahun. Ðalam festival itu, kaum lelaki Scotland menunjukkan bakat masing-masing mengendalikan gelung bola api.
Lazimnya, setiap tahun kaum lelaki akan keluar berarak sambil memusing gelung bebola api. Sesetengah daripada mereka menjunjung gelung bola api yang diletakkan di atas dulang kayu. Menurut penduduk tempatan, selung bebola api itu sebagai simbolik matahari yang memberikan sinaran yang baik untuk tahun-tahun mendatang.
EROPAH – Langkah pertama
Mengikut kepercayaan Eropah kuno, orang yang pertama memasuki rumah pada malam tahun baru atau hari pertama tahun baru, sepatutnya seorang lelaki berambut hitam.
Mereka yang berambut perang tidak pernah membawa tuah ke rumah. Tetamu pertama yang masuk perlu membawa hadiah seperti duit syiling yang melambangkan kemakmuran atau garam (perencah hidup) atau roti (makanan). Biasanya tetamu pertama dibenarkan tidur di rumah yang dikunjungi.
BRAZIL, MEXICO, BOLIVIA & ITALY – Memakai seluar dalam berwarna-warni

Mereka percaya memakai seluar dalam berwarna terang selepas tengah malam hari tahun baru akan memberi masa depan yang cerah untuk tahun depan. Tradisi itu juga kononnya memudahkan mereka mendapatkan jodoh.
Seluar dalam warna merah dikatakan lambang untuk si pemakainya mendapatkan cinta sejati, manakala kuning simbol kekayaan dan mendapat wang yang banyak.
MEXICO – Bercakap dengan roh

Malam sebelum tahun baru dianggap masa terbaik untuk berkomunikasi dengan roh si mati bagi menyampaikan mesej atau meminta bimbingan. Lazimnya, upacara memuja roh ini tidak dilakukan di rumah secara individu. Selain itu, amalan ini juga diiktiraf di sisi undang-undang. Misalnya, pihak berkuasa tempatan, Taos Inn, New Mexico menawarkan 15 minit sesi kerohanian dan meditasi dengan bayaran RM47.81 (AS$15). Mexico juga meraikan ‘Hari Mati’ setiap tahun pada 2 November.
Tradisi lain ialah membuat senarai semua peristiwa-peristiwa buruk atau perkara-perkara yang tidak memuaskan hati yang berlaku sepanjang tahun semasa dan sebelum tengah malam, senarai ini dibuang ke dalam api yang melambangkan penyingkiran tenaga negatif untuk tahun baru.
RUSSIA – Sambutan di dasar tasik

Lazimnya, ahli penyelam yang memakai peralatan seberat 100 kilogram akan menebuk lubang ais dalam tasik yang beku. Penyelam kemudian menyelam dengan membawa pokok untuk ditanam di dasar tasik. Paling berbahaya, kumpulan penyelam itu akan membuat upacara seperti menari sambil mengelilingi sekeliling pokok yang ditanam.
CHILE – Sambutan di tanah perkuburan

Kawasan perkuburan itu dibuka pada jam 11 malam dan keluarga si mati akan membawa lilin dan lampu suluh dengan iringan muzik klasik menjadikan kawasan berkenaan terang benderang seperti sebuah parti.
Masyarakat di bandar kecil ini percaya, denga mengadakan majlis sambutan ulang tahun di kawasan perkuburan sebagai cara untuk meraikannya bersama ahli keluarga yang sudah mati. Sambutan itu dimulakan sejak 1995 dan kini lebih 5,000 keluarga meraikan sambutan berkenaan setiap tahun.
ECUAÐOR – Membakar portrait

Penduduk tempatan akan berkumpul bersama-sama dengan gambar masing-masing yang mewakili ‘sesuatu’ daripada tahun lepas dan membakarnya. Inilah cara mereka ‘menghapuskan’ kenangan masa lalu. Pada malam tahun baru, seluruh negara Ecuador akan diterangi dengan cahaya pembakaran potrait ini.
FILIPINA – Memakai pakaian bercorak bintik-bintik atau ‘Polka Ðot’

Masyarakat Filipina percaya bahawa pemakaian baju polka dot akan membawa kemakmuran. Polka dot dikaitkan dengan titik bulat menyerupai duit syiling atau simbol kekayaan. Mereka juga melontar duit syiling menjelang detik 12 tengah malam pada tahun baru, yang dikatakan untuk meningkatkan kekayaan pada tahun itu.
Laman-Seri : Sungguh pelik dan ada yang menghampiri syirik. Jika ada di antara kita (muslim) yang berkesempatan menyaksikan acara sebegini ketika berkunjung ke luar negara, jangan pula ada yang sama-sama menyertai upacara pelik ini, ya!
Sumber : BHarian 01/01/2012 dengan sedikit tambahan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...