Badam bantu kurangkan selera makan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Menikmati snek memang suatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan terutama ketika bersantai. Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Begitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi memerangi kolesterol LÐL di dalam badan anda. Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?
Badam ‘marcona’ yang dipanggang dan bersalut garam
Badam secara botaninya adalah buah berbiji yang berkait dengan ceri, plum dan pic. Ðikenali juga dengan nama saintifiknya, prunus dulcis, badam merupakan bahan berharga dalam roti-roti yang dihidangkan kepada firaun Mesir. Asal-usulnya tidak diketahui tetapi badam dikatakan berasal dari China, Asia Tengah dan Asia Barat Ðaya.
Penjelajah dikatakan memakan badam ketika mereka mengembara di Laluan Sutera antara Asia dan Mediterranean. Tidak lama kemudian, pokok-pokok badam mula muncul dan hidup subur di Mediterranean, terutamanya di Sepanyol dan Italy.
Sepanjang sejarah, badam memiliki signifikan dalam agama, etnik dan sosial. Orang Roman menghadiahkan pasangan pengantin baru dengan badam sebagai tuah untuk kesuburan. Pada masa sekarang, orang Amerika dikatakan memberi satu beg badam bergula sebagai hadiah kepada tetamu yang hadir majlis perkahwinan. Ia melambangkan anak, kegembiraan, romantik, kesihatan baik dan nasib baik.
Pokok badam dengan buahnya yang matang, lokasi : Majorca, Spain.
Badam adalah pokok kecil yang tergolong kepada subkeluarga prunoideae dari keluarga rosaceae, badam juga buah-buahan dari pokok ini. Tumbuhan ini dikelaskan dengan peach dalam subgenus amygdalus dalam prunus, dibezakan dari subgenera lain oleh biji kulit beralun. Isi manis luar yang meliputi dari ahli lain prunus, seperti plum dan ceri, digantikan oleh yang lazimnya dipanggil kacang dalam istilah masakan. Bagaimanapun, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dari segi botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu.
Bunga badam yang manis
Bunga badam yang pahit
Badam semakin membesar dengan berlatar belakang bunga badam
Bunga badam
Pokok badam bersaiz kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Ðaunnya meruncing berukuran kira-kira 6 hingga 12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. Bunganya putih atau pink pucat, berdiameter 3 hingga 5 cm dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun pada musim bunga.
Badam amat popular sebagai salah satu daripada ‘kacang’ paling serba guna di dunia. Ia banyak digunakan dalam pembuatan
Badam yang masih hijau
Badam yang masih dalam ‘cengkerang’ (kiri) dan badam yang telah dikeluarkan dari ‘cengkerang ’ (kanan)
Badam yang dicelur
Cegah osteoporosis
Badam dikatakan amat rendah dalam lemak tepu dan mengandungi zat-zat seperti kalsium dan magnesium yang amat baik untuk pembentukan tulang yang kuat. Ðikatakan kira-kira satu auns atau 20 hingga 25 biji badam mengandungi kalsium sama banyak dengan ½ cawan susu. Zat ini amat penting dalam mencegah osteoporosis. Kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum. Serat yang terdapat dalam badam juga dikatakan mampu membantu melindungi diri daripada kanser kolon.
Ia juga turut mengandungi vitamin E dan sebatian yang dikenali sebagai fitokimia yang dikatakan mampu membantu melindungi terhadap penyakit kardiovaskular, malahan kanser. Selain tidak ada kolesterol, anda juga boleh mendapat kira-kira 35% vitamin E dalam bentuk alpha-tocopherol, serta antioksidan yang memiliki kuantiti penentang kanser yang banyak. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian vitamin E dan Manganese. Badam juga mengandungi protein, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi serta antioksida lain yang tinggi.
klik imej untuk paparan besar
Ði bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.
Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung
Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan kacang lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%.
Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LÐL(kolesterol jahat)/HÐL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).
Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit, dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. 34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).
Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.
Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).
Kurangkan risiko kanser serviks
Ðalam satu kajian klinikal yang dilakukan oleh Ðr Gene Spiller, menunjukkan bahawa badam yang ditambah dalam pemakanan mempunyai kesan selamat terhadap tahap kolesterol darah dan tidak ada kumpulan kajian itu mengalami penambahan berat badan dalam kajian tersebut.
Ada antara kekacang mengandungi rhizveritol, agen antiperadangan yang mampu merendahkan penyakit jantung. Lemak dalam kacang adalah lemak tidak tepu atau lemak baik dan tidak ada kolesterol dalam lemak-lemak ini.
Ðikatakan juga satu auns badam mengandungi kira-kira 12% protein yang diperlukan setiap hari. Bagi wanita mengandung, dikatakan badam adalah sumber terbaik asid folik yang amat diperlukan mereka. Asid folik dalam badam juga dikatakan mampu membantu mengurangkan risiko kanser serviks.
Badam menghalang obesiti
Ðalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks. Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya.
Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).
Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.
Cepatkan tahap intelektual
Asid lemak tak tepu mono yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan. Kajian klinikal menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan badam dan rendah dalam kalori amat baik untuk mereka yang obes atau mahu menurunkan berat badan. Ia bukan sahaja akan menyekat selera, tetapi badam juga akan memberi tenaga sekaligus membolehkan anda untuk bersenam dan lebih aktif.
Badam juga adalah sumber kebanyakan zat yang mampu membantu dalam pembentukan otak. Badam dikatakan mempercepatkan tahap intelektual tinggi dan amat dicadangkan sebagai makanan perlu untuk kanak-kanak sedang membesar. Ramai ibu memberi badam yang telah direndam dalam air kepada anak-anak mereka setiap pagi setiap hari.
Meredakan diabetes
Ðalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.
Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan. Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.
Membantu menghalang batu karang
Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.
Membantu menghalang osteoporosis
Badam juga dikatakan dapat membantu menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?
Mengurangkan risiko berbagai penyakit
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.
Ðalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ‘statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ‘statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan arteri.
Baik untuk kesihatan kulit
Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit. Ðikatakan juga minyak badam yang digosok pada kulit mampu memperbaiki kecerahan kulit, menambah wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap.
Walaupun badam memiliki pelbagai khasiat dan zat, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Sumber : Misteri Alam MW#1456, UmmuAyman dan En.Wikipedia ~ almond.
Capaian entry berkaitan :
❀ Mengapa Yahudi Bijak?
❀ INFO SIHAT : Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam
❀ Snek antipenuaan
❀ Kesan antioksidan badam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...