Empat rakaat yang sederhana, dihiasi dengan tasbih yang sederhana dan mudah; tetapi kesan dan impaknya amat luar biasa!
Bismillah,
Ðaripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas Ibn Abdul Muttalib, maksudnya, “Wahai Abbas, wahai bapa saudaraku! Mahukan aku berikan kepada kamu sesuatu? Mahukah aku berikan sesuatu yang kamu boleh mengambil mandaat daripadanya? Mahukah aku lakukan kepadamu 10 perkara yang apabila kamu lakukan perkara itu, Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu? Ðosa-dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian; dosa yang lama mahupun dosa yang baru; dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja; dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata; iaitu (hendaklah) engkau dirikan solat sebanyak empat rakaat. Pada setiap rakaat dibaca al-Fatihah dan surah. Setelah selesai bacaan surah, ketika engkau masih berdiri maka bertasbihlah sebanyak 15 kali dengan bacaan :
Tasbih pemadam dosa
Kemudian dalam rukuk 10 kali, sesudah bangun daripada rukuk 10 kali, semasa sujud pertama 10 kali, semasa duduk antara dua sujud 10 kali, semasa sujud kali kedua 10 kali dan sesudah bangun daripada sujud yang kedua 10 kali. Ini berjumlah 75 kali. Ðilakukan sedemikian dalam empat rakaat. Jika mampu, lakukanlah setiap hari. Jika tidak maka sekali pada setiap hari Jumaat ataupun sebulan sekali. Jika tidak maka setahun sekali. Sekiranya ini pun engkau tidak dapat lakukan, maka kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.” (Hadis riwayat Abu Ðaud, Ibn Majah, al-Baihaqi dan al-Tirmidzi)
Solat ini dinamakan sebagai solat sunat Tasbih. Jumlah tasbih yang diungkapkan untuk empat rakaat ini ialah sebanyak 300 kali. Fadilat dan kepentingan solat ini begitu jelas ditekankan oleh Rasulullah SAW dan amat digalakkan supaya solat ini dapat dilakukan setiap hari. Sekiranya tidak mampu, plaing kurang pun hendaklah dilakukan sekali dalam seumur hidup kita.
Jumlah bacaan tasbih dalam solat sunat Tasbih
(Jika dikerjakan 4 rakaat dengan 1 salam)
Waktu | Rakaat 1 | Rakaat 2 | Rakaat 3 | Rakaat 4 |
Selepas iftitah, al-Fatihah dan surah | 15 | 15 | 15 | 15 |
Rukuk | 10 | 10 | 10 | 10 |
Iktidal | 10 | 10 | 10 | 10 |
Sujud pertama | 10 | 10 | 10 | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 | 10 | 10 | 10 |
Sujud kedua | 10 | 10 | 10 | 10 |
Duduk sebentar sebelum berdiri/sebelum tahiyat | 10 | 10 | 10 | 10 |
Jumlah | 75 | 75 | 75 | 75 |
Bacaan tasbih setiap rakaat 75 X 4 rakaat = 300 kali bacaan tasbih.
Tawaran maha hebat
Cuba kita lihat, mukadimah Rasulullah SAW sebagai pembuka bicara sebelum menganjurkan dan mengajarkan kepada Sayidina Abbas r.a. berkenaan solat sunat Tasbih ini. Rasulullah SAW memulakan dalam bentuk pertanyaan dan kemudian dijawab oleh Rasulullah SAW sendiri. Seterusnya pertanyaan itu diiringi dengan fadilat dan kelebihan solat sunat Tasbih ini. Ini manhaj tarbiyah yang amat berkesan untuk menyuburkan rasa kepentingan terhadap amalan yang dianjurkan.
Ðiceritakan dalam kirab al-Mirqat bahawa Abdullah Ibn Abbas r.a. mengerjakan solat sunat Tasbih ini setiap hari Jumaat. Manakala al-Baihaqi menukilkan bahawa seorang ulama besar daripada kalangan tabiin iaitu Abu Jawza r.a. menunaikan solat sunat Tasbih setiap hari pada waktu Zuhur.
Lihatlah, hanya melalui empat rakaat yang sederhana; dihiasi dengan tasbih yang sederhana dan mudah; tetapi kesan dan impaknya amat dahsyat lagi menakjubkan; iaitu pengampunan dan penghampusan segala dosa. Apa jua bentuk dosa yang seseorang itu lakukan, mereka ditawarkan pengampunan total oleh Allah SWT.
Sesungguhnya ini satu rahmat daripada Allah yang terlalu agung buat umat kekasih-Nya. Usaha yang kecil, tetapi ganjarannya terlalu agung dan besar.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, anak Adam mana yang tidak melakukan khilaf dan dosa? Maka tawaran pengampunan dosa melalui solat sunat Tasbih ini adalah antara kurniaan Allah Taala yang tiada taranya untuk kita.
Jika insan-insan hebat seperti Sayidina Abbas dan Sayidina Ibn Abbas r.a. bersungguh-sungguh melakukannya, apatah lagi insane seperti kita, yang kerdil dan banyak dosa ini. Tentulah lebih-lebih lagi perlu mengejar dan mendapatkan pengampunan dosa-dosa kita itu melalui solat sunat Tasbih yang hebat ini.
Apa kata iman kita?
Sumber : Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz di Solusi ISU#36
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...