PAGE

Ahad, Februari 19, 2012

Nada dering telefon boleh lemahkan otak


Penggunaan lagu popular, jejas pembelajaran

LONDON: Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.

Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25% kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit. Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

“Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai, tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup,” kata Jill Shelton.

Kajian termasuk eksperimen dijalankan Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg berdering secara berterusan dengan kuat selama 30 saat.

Hasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25% lebih rendah berbanding n sebelum gangguan itu. Pelajar yang diuji sukar mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan. Pelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.

Pada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.

Lagu dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football university itu dimainkan sekejap-sekejap. Lagu itu juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.

“Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama. Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa. Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka,” kata Shelton.

Kajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks. – Agensi

Laman-Seri : Menarik sekali kajian yang dijalankan. Sesungguhnya, nada dering telefon bimbit milik jemaah lain yang berbunyi ketika kita sedang berusaha bersungguh-sungguh hendak khusyuk juga amat mengganggu... Fenomena biasa di surau-surau awam... Apo nak dikato?




Petikan : BHarian 19/02/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...