PAGE

Jumaat, Februari 03, 2012

Usah melampau dalam ibadah – Part 2



Assalamualaikum warahmatullah,

Islam agama yang diturunkan oleh Allah SWT untuk memandu hamba-Nya ke jalan yang diredai berpandukan syariat perundangan yang diberikan mengikut kemampuan mereka, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Surah al- Bawarah 2:286)

Ðalam perbincangan sebelum ini di Usah melampau dalam ibadah – Part 1, telah disebut beberapa contoh teguran Rasulullah SAW terhadap sahabat yang melampau dalam ibadah. Ðalam isu kali ini akan disambung beberapa lagi model kesederhanaan dalam solat, zikir dan doa, agar tasawur (gambaran kefahaman) kita tentang Islam lebih lengkap.

Tidak mengangkat suara dengan terlalu kuat

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.” (Surah al-Isra’ 17:110)

Ibn Abbas r.a. berkata, ayat ini diturunkan ketika Rasulullah SAW berada di Makkah. Apabila Nabi SAW menunaikan solat bersama-sama para sahabat, Baginda mengangkat suaranya untuk membaca al-Quran dan apabila didengar oleh kaum Musyrikin, mereka mengutuk dan mencaci al-Quran, Tuan yang menurunkannya (Allah SWT) dan orang yang diturunkan kepadanya (Rasulullah SAW).

Lalu Allah SWT menurunkan ayat ini untuk mengajar Baginda SAW agar tidak membaca ayat al-Quran dengan terlalu kuat atau terlalu perlahan dalam solat, tetapi secara sederhana. Cukuplah sekadar dapat didengar oleh makmum. (Hadis riwayat al-Bukhari no. 4722)

Ðalam riwayat lain pula, Ibn ABbas berkata bahawa ayat ini diturunkan untuk mengajar cara berdoa (Tafsir Ubn Kathir). Ðemikian juga pandangan daripada Sayidatina Aisyah r.ha. yang mengatakan bahawa ayat ini diturnkan untuk mengajar adab berdoa. Fokusnya, firman Allah ini mengajar cara bersederhana antara dua perbuatan, iaitu tidak terlalu menguatkan atau terlalu memperlahankan suara.

Abu Musa al-Ash‘ari r.a. (Abdullah bin Qais) meriwayatkan, “Kami bersama-sama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Apabila kami berada di tempat tinggi, kami bertakbir dan bertahlil dengan suara kuat. Maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai manusia, berlembut-lembutlah atas perbuatan kamu kerana kamu bukan menyeru Tuhan yang tuli dan yang tiada; bahkan Ðia ada bersama-sama kamu. Sesungguhnya Ðia Maha Mendengar lagi Maha Ðekat, Maha Suci nama-Nya dan Maha Tinggi Kedudukan-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Imam al-Tabari berkata, “Pengajaran hadis ini adalah larangan mengangkat suara ketika berdia dan berzikir. Ðemikianlah pendapat ulama salaf daripada sahabat dan tabiin.” (Fath al-Bari)

Imam al-Nawawi pula berkata, “Mengangkat suara hanya boleh dilakukan apabila orang yang dituju itu jauh, supaya dapat didengarinya. Sedangkan kamu menyeru Allah SWT Yang Maha Mendengar dan Maha Ðekat dengan hamba-Nya. Hadis ini mengajar supaya merendahkan syuara ketika berzikir sekiranya tiada keperluan untuk mengangkatnya kerana ia lebih menghormati dan mengagungkan Allah. Namun, sekiranya keadaan memerlukan untk melakukannya, maka boleh berbuat sedemikian sebagaimana yang diriwayatkan dalam beberapa hadis.” (Sharh Sahih Muslim)

Memperlahankan suara dalam zikir selepas solat

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah diri, rasa takut dan tidak meninggikan suara pada waktu pagi dan petang, serta janganlah kamu termasuk dalam kalangan orang yang lalai.” (Surah al-A’raf 7:205)

Al-Qurtubi berkata, “Maksud ayat al-Quran: ‘Ðengan tidak meninggikan suara’ adalah tidak menguatkan suara, cukup sekadar dapat didengar oleh diri sendiri sahaja. Sebagaimana firman Allah dalam ayat sebelum ini juga: ‘Ðan carilah jalan tengah antara kedua-dua itu’, iaitu sederhana; antara kuat dan perlahan.” (Tafsir al-Qurtubi, jil. 7, hlm. 355)

Sheikh al-Khatib al-Sarbini, seorang tokoh ulama mazhab Syafi’i ketika menjelaskan tentang adab zikir selepas solat, berkata, “Ðisunatkan memperlahankan bacaan zikir dan doa kecuali imam yang hendak mengajar para makmum (yang baru belajar solat dan zikir), maka, diharuskan imam menyaringkan suaranya. Setelah mereka semua mempelajarinya dan memahami semuanya, maka bacaan zikir-zikir dan dia tersebut hendaklah diperlahankan.” (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 169)

Kesederhanaan dalam hal ini bermaksud seorang imam itu hendaklah memperlahankan suaranya dalam berzikir selepas solat. Ini kerana :

1 – Ia selaras dengan adab peraturan berzikir dan berdoa.

2 – Mengelak daripada mengganggu jemaah lain yang mungkin masbuk (makmum yang terlewat dan sedang menyempurnakan solat) atau jemaah yang sedang melakukan solat sunat.

Tidak melampau dalam berdoa

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang perkara yang diminta dan cara meminta).” (Surah al-A’raf 7:55)

Imam Ibn Kathir rhm. juga berkata, “Orang Islam (yang terawal) sangat bersungguh-sungguh dalam berdia dan tidak dapat didengari suara mereka kerana ini adalah bisikan antara mereka dengan Tuhan mereka.”

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.” Allah SWT juga menyebut dalam firman-Nya bahawa hamba-Nya yang soleh, yang Allah reda kepadanya ialah, “Iaitu apabila ia (Zakaria) berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.” (Surah Maryam 19:3)

Ibn Juraij berkata, “Adalah satu perbuatan yang dibenci apabila mengangkat suara, bertempik dan melampau ketika berdoa. Kita diajar agar bertenang dan merendah diri semasa berdoa.”

Ibn Abbas mentafsirkan ayat ini sebagai, “Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada golongan yang melampau dalam berdoa dan lain-lain.”

Abu Mijlaz berkata, “Antara maksud melampau ini adalah meminta doa untuk menyamai kedudukan para nabi ‘alaihimussalam.”

Seorang sahabat, Sa’ad bin Abi Waqqas r.a. telah mendengar anaknya berdoa, “Wahai Tuhan, aku memohon kepada-Mu syurga dan nikmatnya, sutera-suteranya dan semua yang seumpamanya. Aku juga memohon perlindungan-Mu daripada neraka serta rantai-rantai dan belenggu-belenggunya…”

Maka Sa’ad pun menegur anaknya, “Kamu telah meminta daripada Allah SWT begitu banyak kebaikan, kamu juga telah meminta ebrlindung daripada begitu banyak kejahatan. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ‘Akan datang kaum yang melampau dalam bersuci dan berdoa.’”

Beliaupun membacakan ayat 55 surah al-A’raf ini yang bermaksud, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.”

Beliau seterusnya berkata, “Cukuplah kamu berdoa dengan berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku memohon daripada-Mu syurga dan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepadanya daripada perkataan dan amalan. Aku juga memohon perlindungan daripada neraka dan apa-apa yang boleh mendekatkan kepadanya daripada perkataan dan amalan.’” (Hadis riwayat Ahmad)

Abdullah bin Mughaffal r.a. mendengar anaknya berdoa, “Ya Allah aku meminta mahligai yang putih di sebelah kanan syurga apabila aku memasukinya nanti.” Maka dia pun menegur anaknya dengan berkata, “Wahai anakku, mintalah daripada Allah SWT syurga dan mohonlah agar diberi perlindungan daripada neraka. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Akan datang kaum yang melampau dalam bersuci dan berdoa.’” (Hadis riwayat Ahmad)

I’tida’ dalam berdoa

I’tidak’ (melampau) juga termasuk mereka yang melampau dalam ibadat dan kewarakan, seperti tidak mahu mengambil rukhsah (kelonggaran) yang diberi oleh syarak. Manakala dalam sifat zuhud, seperti orang yang mengharamkan benda-benda yang baik semata-mata untuk menjauhkan diri daripada dunia. Begitu juga dalam muamalaat seperti menyempitkan pandangan ulama yang menharuskan system kewangan semasa hari ini, seperti penggunaan wang kertas dan amalan-amalan lain yang tidak ebrcanggah dengn syariah. (Mahmu’ al-Fatawa, jil. 15, hlm. 22)

Tak patut pinta

Menurut ulama, antara contoh melampau dalam berdoa itu adalah meminta sesuatu yang tidak sepatutnya dipinta seperti :

Berdoa untuk mendapatkan benda-benda yang haram. Seperti memohon untuk mendapat projek-projek dan saham-saham yang memang diketahui dan pasti terlibat dengan riba dan rasuah.

Meminta sesuatu yang pasti Allah SWT tidak memakbulkannya, seperti meminta untuk kekal sehingga hari kiamat (seperti iblis).

Berdoa sesuatu yang boleh menghilangkan sifat kemanusiaan seperti tidak perlu makan dan minum seumur hidup (seperti malaikat).

Meminta untuk mengetahui benda ghaib, seperti maramal dan melihat masa depannya atau menjadikannya sebagai seorang yang maksum, suci bersih daripada segala dosa.

Berdoa dengan sombong dan selamba, tidak bersungguh-sungguh dan main-main kepada Allah. Bercanggah dengan keadaan yang sepatutnya dalam berdoa dengan penuh tawaduk, tunduk dan amat berharap kepada rahmat-Nya.

Kesimpulannya, doa boleh menjadi i’tida’ dengan dua cara :

1 – Ðengan permintaan yang terlalu terperinci dalam setiap perkara yang didoakan. Seperti orang yang berdoa meminta isteri yang beriman, warak, solehah, berwajah jelita dengan mata bulat, hidung mancung, perwatakan dan sifat-sifat khas tertentu yang disebutkan satu persatu. Sedangkan ia sudah memadai untuk berdoa agar dikurniakan isteri yang solehah dan cantik sahaja.

2 – Ðoa yang boleh membawa kepada perkara yang haram, walaupun ia sendiri bukan sesuatu yang haram. Seperti berdoa untuk mendapat kejayaan dalam perniagaan, sedangkan ia bercampur dengan perkara haram seperti berkaitan atau berurusan dnegan cara rasuah, riba dan lain-lain.

Wallahu‘alam.




Sumber : Ðr. Abdul Basit Abdul Rahman di Solusi ISU#39

Capaian entry berkaitan :
* Usah melampau dalam ibadah – Part 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...