PAGE

Sabtu, Februari 04, 2012

Wanita dan handbag - bab 5

~ gambar hiasan ~


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entry kali ini masih berkisar tentang wanita dan handbag. Masih ingat koleksi handbag RM dalam entry Wanita dan handbag - bab 4 ...? Haaa... jangan jeles! Designer handbag ini juga ada tersenarai dalam list ini.

Fesyen handbag bermula pada akhir abad ke-19 tetapi sekitar 1920, handbag telah menjadi item wajib penting dalam almari pakaian wanita. Maknanya, sebelum tahun 1920, membawa handbag bukanlah perkara yang biasa bagi seorang wanita.

Louis Vuitton merupakan pengilang pertama designer handbag dan sejak beliau memulakannya, orang lain juga berlumba-lumba melakukan perkara yang sama. Maklum sajalah, inilah peluang yang baik untuk menjana wang yang banyak dengan hanya menukarkan aksesori wanita yang biasa-biasa sahaja kepada objek yang menjadi idaman wanita. Designer handbag sangat-sangat mahal bagi orang yang biasa-biasa sahaja seperti kita, tetapi tahukah anda bagaimana mahal yang dikatakan yang paling mahal?

Kali ini Laman-Seri kongsikan kisah 10 designer handbag termahal di dunia :

1. The Hermes Birkin - Harga: US$1.9 million


Beg Hermes ini dibuat daripada platinum dan terdiri lebih daripada 2000 berlian. Ia telah dijual pada tahun 2008 dengan harga sekitar $1.9 juta. Keistimewaan beg ini adalah bahawa ianya versatile. Ini bermakna bahawa anda juga boleh menggunakan tali berlian sebagai kalung atau gelang hanya dengan menanggalkannya daripada beg. Beg itu juga terdiri daripada 1 berlian 8-karat berbentuk pir berkilauan yang juga boleh digunakan secara berasingan.

2. The Chanel “Diamond Forever” Classic Handbag - Harga: US$261,000


Diberi nama “Diamond Forever”, handbag klasik ini mempunyai 334 berlian. Tali yang boleh disandang ke bahu pula dibuat dari emas putih. Ia adalah koleksi terhad dan terdapat hanya 13 sejenisnya yang boleh didapati di seluruh dunia, lima daripada koleksi ini berada di Amerika Syarikat.

3. Lana Marks Cleopatra Bag - Harga: US$250,000


Lana Marks menghasilkan hanya satu clutch (beg kepit) Cleopatra, setiap tahun. Clutch yang ditunjukkan dalam gambar di atas diperbuat daripada kulit buaya berwarna perak (metallic silver), dengan bertahtakan 1,500 berlian hitam dan putih yang diikat bersama emas 18-karat putih. Helen Mirren, seorang pelakon Inggeris pernah dilihat membawa Lana Marks Cleopatra clutch yang berharga $250.000 ini di Anugerah Akademi 2007. Dilaporkan, Lana Marks membenarkan hanya seorang bintang setahun untuk membawa handbag buatan tangan beliau ke majlis Carpet Merah.

4. Urban Satchel Louie Vuitton Bag - Harga: US$150,000


Louie Vuitton Urban Satchel Bag ini dihasilkan daripada semua jenis sampah termasuk botol air, kotak rokok, t-beg, plaster luka dan banyak lagi... Ada sesiapa berminat dengan handbag ini???

5. Hermes Matte Crocodile Birkin Bag - Harga: US$120,000

Hermes Matte Crocodile Birkin Bag dinamakan sempena penyanyi dan pelakon British "Jane Birkin". Handbag ini diperbuat daripada kulit buaya dan mempunyai strap yang mengandungi 10 karat berlian putih. Terdapat beberapa versi handbag yang lebih murah yang boleh didapati di pasaran, harganya bermula dari US$5,000.

6. Leiber Precious Rose Bag - Harga: US$92,000


Handbag Precious Rose ini dalam bentuk bunga yang sempurna. Ia mempunyai 1.016 berlian berjumlah 42,56 karat, 1169 nilam merah jambu dan 800 tourmalines. Hanya satu yang terdapat di dunia.

7. LV Tribute Patchwork Bag - Harga: US$42,000


Handbag LV Tribute Patchwork ini berharga US$42,000. Pelbagai pilihan reka bentuk beg ini boleh didapati di pasaran. Secara peribadi saya merasakan LV mempunyai citarasa yang bagus, malangnya koleksi yang ini... erk.....

8. Gadino Bag - Harga: US$38,470

Handbag Gadino ini direka oleh Hilde Palladino yang merupakan seorang pereka dari Norway. Handbag itu mempunyai 39 berlian putih yang ditempatkan secara strategik pengancing emas putih.

9. Marc Jacobs Carolyn Crocodile Handbag - Harga: US$30,000


Ini adalah salah satu handbag dari Marc Jacobs yang paling popular walaupun harganya mahal. Handbag ini dibuat dapada kulit buaya berwarna ungu, mempunyai beberapa poket dan separator.

10. Fendi Selleria Bag - Harga: US$38,000


Handbag Fendi Selleria ini diperbuat daripada kulit haiwan yang jarang ditemui dan paling mahal di dunia. Tidak pula dilaporkan haiwan apakah yang menjadi mangsa designer ini. Handbag ini cukup besar untuk menampung beg dompet, kunci, telefon bimbit dan bag solek.

Demikianlah senarai handbag termahal di dunia... Kalau diberi peluang memiliki handbag ini sekalipun, agak-agak mahukah kita mengusung handbag ini ke sana ke sini? Hemmmm... tak naklah! Bukan sahaja tak kena gaya, malah satu pembaziran pula.

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Israa, ayat 27)




Sumber : IncredibleDiary

Capaian entry berkaitan :
Wanita dan handbag
Wanita dan handbag - bab 2
Wanita dan handbag - bab 3
Wanita dan handbag - bab 4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...