Assalamualaikum,
Maafkan
LAMAN-SERi kerana tidak dapat aktif seperti biasa akibat kekangan masa, tetapi
LAMAN-SERi akan cuba
sedaya upaya untuk kongsikan sesuatu yang menarik dan mengesankan untuk posting-posting
mendatang.
Alhamdulillah,
dalam entry kali ini, LAMAN-SERi berkesempatan berkongsikan satu lagi artikel dari favourite blog pemangkin
minda, iaitu Ðr Azhar Sarip di MW#1450. Semoga kita semua mendapat walau
sekelumit manfaat daripada nukilan beliau, amiin.
Setiap
hari pasti ada perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, sama ada yang baik di
pandangan mata atau yang jelek untuk dilalui. Biar apa pun situasinya, kita
perlu menjalaninya kerana itu yang sudah termaktub. Kita boleh sahaja memberi
komen tentang apa yang berlaku, namun kita tetap juga melaluinya biar seribu
kata disusun dan setiap kata itu belum tentu mengubah apa yang berlaku.
Ðalam
kehidupan ini, ada yang dipanggil hukum alam. Hukum alam menyatakan setiap yang
berlaku ada sebab musababnya. Siang tidak berlaku tanpa penyebabnya matahari
yang terbit. Malam tidak menjelma tanpa sebab matahari yang menghilang.
Juseru
kita sering lupa tentang asal usul sesuatu perkara. Kita mungkin lupa bahawa
setiap ayat al-Quran itu turun dengan adanya sebab. Maka sebab itu juga
tafsiran dilakukan dengan melihat sebab yang membuatkan sesuatu ayat itu turun.
Mudahnya,
dalam hukum alam… akhibat B tidak berlaku melainkan jika ada tindakan A. Jika
kita ringkaskan lagi, B berlaku kerana A.
Apa
yang sering timbul dalam masyarakat kita, mereka tidak pernah memikirkan ‘root
cause’ sesuatu kejadian. Mereka hanya melihat kemarahan seseorang tanpa mencari
sorotan mengapa berlaku kemarahan itu. Mereka akan akhirnya menjadikan
kemarahan itu sebagai asbab, walhal ia adalah akibat. Mereka akan bercerita
‘sebab’ ini hingga lupa bahawa ia tidak akan pernah terjadi andai tidak ada
sebab asal.
Apabila
kita tidak mahu membetulkan sebab awal dan hanya menumpukan kepada akibat, kita
akan berterusan membuat kesalahan. Kesalahan yang sama dilakukan berulang-kali
tanpa memikirkan yang ia hanya bermula dari satu sebab awal yang tidak
dibetulkan.
Orang
yang tahu bersalah hanya tahu dan kebarangkalian untuk mengulanginya amat
besar. Manakala orang yang tahu sebab akibat, akan mengubah sebab agar tidak
mendapat akibat yang sama.
Kekhilafan
Kita
kata yang kita ingin sekali dididik. Kita lupa bahawa didikan itu datang dari
kehidupan. Ibu bapa tidak memberikan waktu khas untuk kelas didikan anak tetapi
ia berlaku sepanjang waktu. Apabila kita salah berkata tentang sesuatu, kita
diingatkan dan apabila kita melakukan kesalahan yang sama berulangkali, maka
kita akan dimarahi. Kita tidak pula boleh mengatakan kepada ibu dan bapa,
“berhenti, berilah saya waktu untuk tidak berada dalam kelas didikan.”
Apabila
seseorang itu ingin dididik, perkara pertama yang dilakukan adalah dengar dan
patuh. Ðidikan berlaku sepanjang hayat. Seorang pendidik itu akan mendidik
sepanjang hayat. Mereka boleh bergurau namun jika dalam gurauan itu salah, maka
mereka memperbetulkannya dan seandainya ia diulang berulang kali, maka mreka
mungkin akan meninggikan suaranya demi untuk menyedarkan wujudnya kekhilafan.
Kita
ingin hidup cara kita hingga kita terlupa yang kita perlukan satu cara baru dan
dididik dalam segala perkara. Jika kita benar-benar ingin berubah, maka ubahlah
sebab. Jika kita benar-benar ingin berubah jangan dilakukan sebab yang sama,
memberi alasan yang banyak apabila berlakunya akibat.
Kajian
menunjukkan bahawa kekhilafan diri menyumbang 80% daripada akibat negatif. Maka
jika kita ingin berubah, ubahlah fikiran yang ada dalam diri kerana ia adalah
sebab daripada akibat yang buruk. Sebab yang memberikan 80% akibat buruk.
Andainya
kita benar-benar faham sebab dan akibat, Insya Allah kita akan melihat apa
bezanya orang berfikiran positif sejati dengan orang yang hanya memberi
affirmasi positif.
Jika
sebab sudah terukir, maka akibat akan menjelma. Jika akibat yang menjelma bukan
sebagaimana kita kehendaki, maka lakukanlah dua perkara ini. Agar sebab yang
dulu hanya menjadi pelajaran dan bukan igauan. Jika tidak, sebab yang telah
menjadi akibat akan menjadi sebab baru untuk akibat yang bakal berlaku di masa
mendatang. Jika ia dibiarkan secara berterusan, maka akhirnya kehidupan menjadi
tidak keruan, lalu hiduplah dalam neraka dunia hingga akhir waktu.
Pertama,
kembalilah kepada Tuhan dengan sebenar-benar kembali tanpa ada rasa sangsi.
Selagi kita bertuhankan manusia dan diri, selagi itu kita sebenarnya tidak
mencintai-Nya. Percayalah bahawa kesalahan yang pernah kita lakukan dahulu
bukan sekadar kesilapan, tetapi ia menjadi pelajaran untuk hari ini agar tidak
diulang kembali. Jika ia dijadikan sempadan maka sebab yang baru, yang lebih
positif akan berlaku dan akibatnya di masa hadapan insya Allah lebih positif
dan menceriakan.
Kedua,
berkatalah hanya apabila Tuhan sudah memberikan kata. Jangan pernah berkata
sebelum sampai tanda. Belajarlah untuk memahami tanda, belajarlah untuk menjadi
bodoh. Maksudnya kita jangan pernah mendahului keputusan Allah SWT. Jangan kita
merasakan yang kita lebih bijak dalam menangani satu-satu isu hingga terlupa
yang sebenarnya Maha Bijaksana itu adalah Allah SWT. Kita perlukan Allah SWT
sepanjang waktu, walau di mana kita berada. Apabila kita tidak melupakannya
walau sesaat, maka kehiudpan dilalui dengan penuh taat. Akibatnya, hidup dilimpahi
berkat. Amiin.
Sumber
: Ðr Azhar Sarip di MW#1450
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...