Oleh: Abd. Muhsin Ahmad
Perkahwinan adalah akad yang ditentukan oleh syarak yang menghalalkan hubungan jenis antara lelaki dengan wanita. Ia merupakan satu jalan yang mulia untuk mengatur hidup berumahtangga dan bagi menyambung generasi yang bertanggungjawab. Apabila sesuatu akad dirasmikan, maka suami isteri berhak dan bertanggungjawab ke atas satu sama lain. Mereka berhak tinggal dan merancang hidup serta masa depan bersama. Namun begitu tidak semua perkahwinan dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat seperti yang diharapkan.
Sebagai jalan penyelesaian dan jalan keluar yang terakhir, pembubaran perkahwinan atau perceraian dibenarkan.
Perceraian ialah memutuskan ikatan perkahwinan yang sah oleh suami dengan nyata atau kiasan. “Nyata” di sini bermaksud bahawa suami melafazkan perkataan cerai atau talak secara terang-terangan seperti kata suami kepada isterinya: “...aku ceraikan kau dengan talak satu.”
Manakala “kiasan” pula bermaksud suami melafazkan perkataan berupa kiasan dan ia bermaksud atau berniat untuk menceraikan isterinya, seperti kata suami kepada isterinya: “...keluarlah dari rumah ini.” Peruntukan melakukan perceraian pada asalnya merupakan hak suami, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu isteri juga boleh membubarkan perkahwinan.
Alasan Untuk Membubarkan Perkahwinan
Asas perkahwinan dalam Islam adalah al-mawaddah (kasih-sayang) dan arrahmah (kasih-mengasihi) antara suami dan isteri. Firman Allah SWT maksudnya: “...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya ialah bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih-sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir)...”. (ar-Rum: 21)
Sekiranya perasaan kasih-sayang sudah tidak wujud lagi di antara pasangan suami isteri maka adalah tidak wajar untuk memaksa diri untuk terus hidup bersama kerana apalah ertinya menjalinkan hubungan dalam keadaan benci-membenci di antara satu sama lain. Bahkan rumahtangga yang tidak bahagia menyebabkan masyarakat menjadi kucar kacir seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara.
Oleh yang demikian Islam sebagai agama yang mementingkan keharmonian dan ketenangan hidup manusia telah membenarkan untuk dibubarkan sesebuah perkahwinan itu sebagai salah satu daripada cara terbaik dalam menyelesaikan konflik suami isteri. Firman Allah SWT yang maksudnya: “...tidak ada suatu pun dosa atas kamu jika kamu menceraikan isteri.” (Surah al-Baqarah: 236). Walaupun begitu di dalam Islam perceraian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan malah bercerai itu sekalipun halal namun amat dibenci oleh Allah SWT. (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Cara-cara Pembubaran Perkahwinan Dalam Islam
Di dalam Islam terdapat berbagai cara untuk membubarkan perkahwinan iaitu:
1. Talak
Perceraian yang dilakukan oleh suami dengan lafaz talak satu, dua atau tiga sama ada secara nyata atau kiasan. Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) hanya dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) terus bersama (dengan isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.” (Surah al-Baqarah: 229)
Maka sesudah berlaku talak tiga, rujuk atau kahwin semula tidak boleh dilakukan lagi antara suami isteri tersebut. Perkahwinan semula antara keduanya hanya dibenarkan jika isteri yang diceraikan itu telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan persetubuhan dengan suaminya yang kedua dan selepas suami yang kedua itu dengan kerelaan sendiri menceraikan isterinya itu. Ini merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu jika ia diceraikan (oleh Suami yang baru dan habis ‘iddahnya) maka mereka berdua (bekas suami dan bekas isteri) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula) jika mereka benar-benar yakin dapat menegakkan aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hokum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.” (Surah al-Baqarah: 230).
2. Khulu’
Ia juga dikenali sebagai ‘tebus talak’ yang bermaksud pembubaran perkahwinan yang diperolehi oleh seorang isteri dengan membayar kepada suaminya dengan sesuatu benda yang berharga di mana kadar benda tersebut adalah berdasarkan persetujuan antara suami dan isteri berkenaan atau berdasarkan kepada keputusan qadhi. Ini dikira sebagai ganti rugi-kepada suami berkenaan.
Hal ini adalah berdasarkan pengertian yang diambil dari sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas RA bahawa isteri Thabit bin Qais telah datang berjumpa Rasulullah SAW lantas berkata “wahai Rasulullah, saya hendak meminta cerai dari suami saya dan tidak ada cacian terhadapnya tentang perangainya dan keagamaannya tetapi saya bencikan sifat kekufuran yang ada padanya sedangkan saya seorang Islam.”
Maka sabda Rasulullah SAW, “Adakah engkau bersedia mengembalikan kebunnya yang telah diberikan kepada kamu sebagai mas kahwin? Jawabnya: Ya saya bersedia. Lalu baginda menyuruh Thabit bin Qais menerima kembali kebunnya dan menceraikan isterinya. Maka Thabit menerima perintah baginda dan diceraikan isterinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan an-Nasa’i)
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami dan isteri) takut tidak dapat menegakkan peraturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami tentang bayaran itu). Itulah peraturan-peraturan hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah: 229)
Secara umumnya apa sahaja yang boleh dijadikan mahar (mas kahwin) boleh dijadikan bayaran khulu’. Iaitu setiap barang yang bernilai atau mempunyai manfaat dan ditentukan secara pasti tentang benda dan faedah yang hendak digunakan sebagai bayaran khulu’ tersebut. Nafkah yang wajib ke atas suami kepada isterinya atau nafkah anak kecil yang berada di bawah jagaan ibu atau bayaran susuan dan jagaan anak dengan ditentukan jangka waktunya juga boleh dijadikan bayaran khulu’ dari isteri. Dengan ini nafkah yang wajib dibayar oleh suami tidak perlu lagi dibayar dan ia ditanggung sendiri oleh isteri.
Di antara kesan khulu’ ialah bekas suami tidak boleh rujuk kepada bekas isterinya, bekas suami tidak boleh menambah talaq ke atas bekas isterinya, bekas suami tidak boleh menambah talaq ke atas bekas isterinya dalam waktu ‘iddah dan suami juga tidak boleh berkahwin dengan bekas isterinya kecuali dengan akad dan mas kahwin yang baru. Iddah bagi isteri yang dikhulu’ adalah sekali haidh dan pembubaran menerusi khulu’ ini boleh dilakukan pada bila-bila masa iaitu waktu suci atau waktu isteri sedang haidh. Maka berdasarkan khulu’ ini inisiatif untuk perceraian datang dari pihak isteri sendiri dan alasan yang boleh diterima oleh syarak. Namun dalam hal ini mana-mana suami adalah dilarang menggunakan kesempatan untuk bertindak menimbulkan kesukaran kepada isterinya bagi mendapat khulu’ daripadanya kerana dalam kes begini ahli feqah berpendapat khulu’ adalah batal dan bayaran tebus talaq dipulangkan kepada si isteri semula.
3. Ila’:
Iaitu apabila seseorang suami bersumpah dengan nama Allah SWT atau dengan menyebut sifat Allah SWT untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih atau dengan tidak menyebut tempoh masa. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri mereka, diberikan tempoh untuk empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talaq (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 226-227)
4. Zihar:
Iaitu apabila seseorang suami itu menyamakan belakang isterinya dengan belakang ibunya (atau orang yang diharamkan berkahwin dengannya). Hal ini dijelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud: “Orang-orang yang ziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah) Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mujadalah: 2)
5. Li’an:
Ianya berlaku apabila seseorang suami bersumpah menuduh isterinya melakukan zina dan isterinya juga bersumpah menafikan tuduhan suaminya itu. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang ia tidak mengemukakan saksi-saksinya (yang mengesahkan tuduhan itu), hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah empat kali bahawa suaminya (yang menuduh) sesungguhnya adalah dari orang-orang yang dusta. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): bahawa kemurkaan Allah akan menerima dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.” (Surah an-Nur: 6-9)
6. Fasakh:
Iaitu pembatalan dan pembubaran perkahwinan yang mengikat antara suami dan isteri dengan sebab wujudnya perkara-perkara yang menghalang perkahwinan tersebut diteruskan seperti perkahwinan antara muhrim, isteri orang, wali atau saksi fasik (akad tidak sah sejak diadakan), murtad salah seorang daripada keduanya (akad terbatal), akad sah tetapi difasakhkan oleh qadhi atas tuntutan isteri sama ada kerana suami berpenyakit (dalam kes ini perkahwinan tidak boleh dibubarkan selagi tidak dibicarakan dan diputuskan oleh qadhi atau hakim Mahkamah Syariah), tidak kufu’, suami tidak mampu membayar mahar (pemberian wajib daripada suami kepada isteri) dan nafkah (mengeluarkan belanja kepada mereka yang berada di dalam tanggungan) atau sebagainya seperti kesukaran yang dialami oleh isteri kerana suami hilang, suami dipenjara, suami menyakiti isteri secara keterlaluan (penderaan fizikal dan mental) atau sebagainya.
7. Ta’liq:
Iaitu menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya: “Sekiranya kau pergi ke tempat tertentu maka kau tertalak.” Perceraian tidak berlaku semasa suami melafazkan ta’liq tetapi hanya berlaku sekiranya syarat yang disebut dalam lafaz ta’liq tersebut dilanggar. Di Malaysia cerai ta’liq ini adalah suatu bentuk perceraian yang biasa diamalkan. Selepas akad nikah seseorang suami dikehendaki melafazkan ucapan ta’liq dan menandatangani surat ta’liq di hadapan juru nikah. Contohnya seperti di Wilayah Persekutuan, lafaz ta’liq tersebut adalah: “Bahawa adalah saya mengaku apabila tinggalkan isteri saya (nama) selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut pada hal atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu’ Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Kaedah-kaedah Keluarga Islam (borang dan Fee) 1985 (seksyen 134(3)]
Kesimpulan
Meskipun pembubaran perkahwinan dibenarkan, termasuk peruntukan khulu’, fasakh dan ta’liq yang diberikan kepada wanita namun usaha-usaha hendaklah dibuat untuk menyelamatkan sesuatu perkahwinan itu sebagaimana yang difirmankan Allah SWT yang bermaksud: “... dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (hakam) iaitu Seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu bertujuan hendak mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua-duanya itu berpakat baik.” (Surah an-Nisa’: 35).
Sesungguhnya di antara lelaki dan wanita itu terdapat perbezaan dalam membuat sesuatu keputusan di mana kebiasaannya wanita itu lebih mudah tunduk pada perasaan apalagi jika sedang berada di saat-saat genting di mana persoalan perceraian sebenarnya memerlukan kepada pemikiran yang rasional. Sabda rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa alasan maka haram kepadanya bau syurga.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Manakala pihak lelaki pula tidak boleh terburu-buru menggunakan kuasa yang ada (untuk menceraikan) dan mesti berfikiran tenang terutama dalam mempertimbangkan kewajiban dan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Firman Allah SWT yang maksudnya: “....dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)..” (Surah an-Nisaa’: 19)
Sumber: www.islam.gov.my
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Isnin, Mac 17, 2008
Pembubaran Perkahwinan dalam Islam
Dialog Pelajar Tertangkap Khalwat
Received from email :
Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Kisah benar atau tidak, wallahualam. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S.A.W.: Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. ***a tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi
malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam.
Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Ustaz:Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A'araf:ayat 19).
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta.
Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.
Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah an-Nur: Ayat 3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang 'second hand' sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive.
Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: ayat 35)
Pelajar: Bagaimana kami?
Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul.
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa Amin, Ya Rabbi. Moga Allah terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
Ahad, Mac 16, 2008
Poligami banyak menganiaya anak-anak
MINGGU ini dipaparkan pandangan daripada seorang wanita yang tinggal di luar negara. Dia meminati ruangan ini sejak berusia belasan tahun. Walaupun kini telah berumah tangga dan beranak-pinak serta tinggal jauh di luar negara, dia tetap mengikuti ruangan ini melalui Internet tetapi setiap kali membaca kisah yang memaparkan tentang kehidupan wanita yang dianiaya suami, beliau mula susah hati.
‘‘Saya mempunyai dua orang anak, kami suami isteri adalah orang profesional dan telah menetap di negara Barat ini sejak lebih 12 tahun lalu. Saya amat tertarik dengan kisah yang dipaparkan beberapa minggu lalu mengenai poligami, terutama dengan tulisan seorang gadis bernama Farra Emelia.
‘‘Pada pandangan saya kebanyakan orang Melayu Islam khususnya di Malaysia tidak memahami konsep poligami dalam Islam sebenarnya selain daripada apa yang diuar-uarkan oleh ustaz-ustaz dalam ceramah agama mereka khususnya mengenai isu ini. Berada di luar negara dan bekerja dikelilingi oleh kesemua orang beragama Kristian atau ateis, saya sering ditanya mengenai Islam, terutama mereka yang faham bahawa Islam hanyalah agama yang menindas kaum wanita, menegakkan keganasan (terrorist) kejam dan sebagainya, melalui media yang mereka baca dan TV yang mereka tonton dan dengar. Memang saya bukanlah alim tetapi bila ditanya tentang agama Islam yang kita cintai dan tanggapan negatif mereka menyebabkan saya membaca banyak buku untuk dijadikan rujukan.”
‘‘Mereka tidak mahu mendengar hujah kita tanpa sebarang benda yang boleh dijadikan rujukan. Jadi saya terpaksa membaca untuk mendapatkan rujukan dari cendekiawan Islam terkenal seluruh dunia, melalui majalah, tafsiran dan sebagainya. Di sini tak cukup kalau kita kata, Islam membenarkan lelaki berpoligami tanpa diikuti hujah-hujah cerdik pandai Islam untuk meyakinkan mereka dan mempertahankan agama Islam yang saya anuti. Masalah ini menjadi mudah sedikit kerana saya juga penyelidik (mempunyai ijazah doktor falsafah) untuk mencari maklumat membuat rujukan mengenai satu-satu isu yang mereka tanya. Dan saya akan terangkan kepada mereka sehinggalah mereka puas hati.”
‘‘Dalam zaman serba canggih, ilmu di hujung jari, Internet banyak membantu saya mencari ilmu pengetahuan yang berguna. Nak cuba, taipkan polygamy in Islam atau wife obedience in Islam di mesin pencari Google tentu anda akan dapat jawapannya. Di sini juga terdapat banyak pandangan cendekiawan Islam dari merata dunia. Saya akui jarang dan tidak berminat menghadiri ceramah agama semasa di Malaysia. Bagi saya tafsiran ustaz atau penceramah agama kita amat berat sebelah. Kebanyakan mereka tidak seiring dengan pandangan para cendekiawan dan cerdik pandai, ulama Islam di seluruh dunia kerana mereka bergantung kepada pemahaman mereka dan apa yang telah diterima oleh budaya kita.”
‘‘Pada pendapat saya, masyarakat kita terlalu casual mengenai poligami. Kenapa perbincangan masyarakat kita selalu diarah kepada isu poligami, isu isteri dengan poligami tetapi tidak kepada cara-cara suami mengukuhkan rumah tangga yang ada?
‘‘Pelbagai masalah sosial dan rumah tangga yang kita alami sekarang adalah kerana lelaki dan para suami tidak memperlengkapkan diri dengan ilmu agama yang wajib – tidak ada rasa tanggungjawab untuk “mengekal dan mengukuhkan” keluarga, tidak bangga untuk memastikan kejayaan sendiri seiringan kejayaan keluarga.
‘‘Bila umur mencecah 40-an ataupun umur perkahwinan masuk tujuh tahun ke atas, konsentrasi suami lebih untuk diri sendiri, selalunya bagaimana untuk menyalurkan hawa nafsu yang tidak dapat dikekang bila melihat anak dara atau perempuan muda melintas di depan mata?
‘‘Adakah dengan membenar dan menggalakkan suami berkahwin lebih dari satu kerana tidak dapat mengekang hawa nafsu, menjadi penyelesaiannya? Kenapa tidak memikirkan menambah ilmu agama di dada, supaya Allah mengukuhkan iman, menjaga mata dan hawa nafsu, supaya tidak tergoda dengan cubaan dunia? Adakah kerana kaum lelaki tidak dapat menahan hawa nafsu, maka keluarga dan anak-anak berpecah belah?
‘‘Islam adalah agama yang menggalakkan monogami dan bukan menggalakkan poligami. Poligami dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Sebab utama adalah kerana pada zaman Rasullulah s.a.w. terdapat ramai balu tentera Islam dan juga ramai anak yatim yang kehilangan suami tempat bergantung disebabkan perang, bukan kerana suami tidak dapat menahan hawa nafsu.
‘‘Walaupun poligami dibenarkan, tetapi dikenakan syarat yang ketat, sesiapa yang ingin berpoligami perlu halusi situasi diri dan keluarga sebelum melaksanakannya.
‘‘Sebagai contoh Rasulullah hanya ada seorang isteri iaitu Siti Khadijah hinggalah Siti Khadijah meninggal dunia. Siti Khadijah dan anak-anak dapat perhatian sepenuhnya daripada Rasullulah.
‘‘Di akhir 13 tahun hayat Rasullulah, baginda mengahwini balu rakan-rakannya yang meninggalkan banyak anak. Dan menurut surah an Nisaa’ (ayat 3), menyediakan atau memberi ayah atau father figure kepada anak yatim adalah satu-satu sebab yang khusus dalam al-Quran mengapa Islam benarkan poligami
‘‘Contoh yang ditunjukkan Rasullulah memberitahu kita bahawa seorang lelaki dan suami mesti memberikan sepenuh perhatian dan kesetiaan terhadap perkahwinan mereka dan kepada isteri dan anakanak, supaya dapat membina keluarga bahagia. Jika lelaki guna alasan ikut sunah Nabi, kenapa contoh ini tidak diikuti?
‘‘Dalam Islam, jelas dinyatakan syarat poligami dibenarkan berdasarkan kepada surah al-Nisa’ ayat 3: Dan jika kamu tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (apabila kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Dan lagi, Firman Allah s.w.t.: Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil terhadap isteri-isteri kamu, sekalipun kamu berusaha untuk berlaku adil. (an-Nisa: 129)
‘‘Berdasarkan firman ini jika lelaki merasakan tidak boleh berlaku adil, dan sememangnya Allah telah berfirman lelaki tidak akan berlaku adil, maka diharuskan berkahwin satu sahaja kerana ketidakadilan di dalam rumah tangga adalah berdosa di sisi Allah.
‘‘Jadi, jika suami tidak dapat memastikan mereka berlaku adil terhadap isteri dan bakal isteri adalah lebih baik mengekang hawa nafsu dan menjauhkan diri dari poligami. Suami sepatutnya memberikan penuh perhatian kepada satu keluarga dan satu isteri. Psikologi dan kebajikan anakanak adalah lebih utama.
‘‘Melalui pembacaan saya, ada beberapa perkara asas kalau mahu poligami. Pertama, poligami bukan penyebab kepahitan atau kesengsaraan kepada yang terbabit; jika lelaki ingin berpoligami itu ada anak, maka poligami itu hampir pasti akan berlaku satu penderaan; poligami kerana ingin mengahwini perempuan yang lebih muda atau hawa nafsu adalah melanggar ketentuan Allah.
‘‘Satu lagi saya perhatikan, masyarakat kita punya sikap “perkahwinan adalah penyelesaian segala masalah”. Perempuan belum berkahwin pula rela menjadi isteri nombor dua tanpa memikirkan akibatnya, semata-mata kerana ingin ada suami tempat bergantung? Mereka juga terlalu naif tentang kehidupan berumah tangga sambil mengharapkan suami akan berlaku adil.
‘‘Hanya kerana kebenaran isteri pertama, bukan tiket untuk bahagia pada masa hadapan. Bagi saya, orang belum berkahwin mempunyai satu masalah tapi orang berkahwin mempunyai banyak lagi set masalah. Sebab itu kita banyak mendengar kisah yang tidak elok bagi yang berpoligami – suami tidak adil, buat hal itu dan ini.
‘‘Orang lelaki, sebelum berkahwin janjinya setinggi gunung, tetapi bila sudah dapat apa yang dihajati, segala janji dilupakan. Mereka hanya mahukan apa yang mudah untuk mereka. Segala ketidakadilan mereka pun jarang mendapat pembalasan dari Allah di dunia, semuanya akan dibalas di akhirat. Jadi suami tidak perlu takut jika tidak berlaku adil?
‘‘Pada saya pandangan mereka yang mendakwa isteri pertama kedekut kerana tak izin suami berpoligami adalah pandangan cetek dan berkepentingan. Saya percaya, apa yang isteri takutkan bukan pasal berkongsi suami, tetapi memikirkan nasib dan masa depan anak-anak yang terpaksa berkongsi kasih.
‘‘Semasa di Malaysia dulu saya tanya kepada rakan sepejabat bilakah dia nak kahwin dengan kekasihnya yang sudah empat tahun bercinta. Katanya, dia ingin “test the water” dan dia ada kekasih kerana ego dicabar oleh rakan-rakan. Katanya, nak kahwin tak mampu dan kedua dia tak sanggup berpisah dengan anak-anaknya. Si wanita itu tahu. Tetapi dia teruskan hubungan kerana cinta. Siapa yang bodoh dan rugi dalam hal ini?
‘‘Ada yang salahkan isteri pertama biarkan suami berzina. Kenapa tidak salahkan suami yang berzina? Tak izin suami kahwin tak bermaksud suami ada lesen buat dosa? Mana tanggungjawab suami terhadap agama dan keluarga? Berzina tetap jadi dosa orang berzina. Isteri tak pikul dosa suami. Suami tidak seharusnya ada kekasih.
‘‘Pemahaman yang cetek mengenai ketaatan isteri terhadap suami dalam Islam juga penyebab kenapa poligami kita banyak masalah. Tidak ada ayat al-Quran atau hadis mengatakan isteri yang benarkan suami berkahwin lagi akan dapat payung emas di syurga. Ini peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu untuk lembutkan hati isteri. Sama seperti tidak ada dalam al-Quran dan hadis yang mengatakan syurga terletak di bawah tapak kaki suami. Syurga hanya milik Allah dan amal ibadah yang di lakukan untuk mendapat keredaan Allah.
‘‘Saya tidak kata isteri perlu derhaka kepada suami. Tetapi ketaataan yang membabi buta dan tidak mengikut pemahaman Islam sebenarnya penyebab kenapa ramai wanita atau isteri berasa ditindas dan suami melayan isteri secara sambil lewa.
‘‘Ketaatan isteri terhadap suami adalah penting, tetapi terlalu banyak silap tafsiran mengenai kuasa lelaki atau suami terhadap isteri dalam Islam kerana kebanyakannya dipengaruhi oleh budaya setempat, tidak tersebut dan diperkatakan dalam al-Quran.
‘‘Sebagai isteri dan orang Islam, kita perlu banyak membaca supaya tidak dianiayai kerana di dalam Islam semuanya lengkap. Sebab itu Rasullulah pernah mengatakan, “Tuntutlah ilmu sehingga sampai ke negara
‘‘Saya bukan antipoligami, saya cuma anti- pemahaman atau hujah salah dan dipesongkan oleh mereka yang menggunakan ilmu pengetahuan yang cetek.
Ulama kita juga terlalu ambil mudah isu poligami. Kenapa tidak galakkan suami kukuhkan iman, kuatkan mental supaya menjadi suami yang baik?
‘‘Saya simpati dengan gadis yang belum kahwin, nasihat saya gunakan masa buatlah kerja kebajikan atau pelihara anak angkat, berkahwin bukan penyelesaian masalah anda,’’ demikian cerita Suhana panjang lebar mengikut kajiannya tentang poligami.
Maka kita semua pun perlu buat kajian, jangan main sembrono. Malangnya orang kita malas membaca kecuali mereka hanya suka benda-benda negatif yang menghancurkan tetapi benda yang betul mereka tidak suka nak dengar.
- MAIMUNAH : www.dcckmona.com
Khamis, Mac 13, 2008
Cendawan kawal kanser?
BUKAN satu rahsia! Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian. Bayangkan sahaja sup cendawan keju dengan kruton atau dicampur bijirin yang lazat dan berkrim. Sungguh menyelerakan!
Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan. Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau. Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis.
Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami.
Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser.
Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.
Menurut Powell, terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat. Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion).
Anak kelahiran United Kingdom (UK) ini turut menyampaikan ceramah bertajuk Khasiat Cendawan dalam Pengawalan Kanser kepada para pengamal perubatan tradisi Cina, anjuran Bio-Life, sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam penjagaan kesihatan secara semula jadi.
Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya.
Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks. Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser. Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.
Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik. Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut.
Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit. Ia ada kaitan dengan ‘yin dan yang’, tujuh emosi. Contohnya jantung adalah keceriaan, limpa adalah kerisauan, ginjal adalah ketakutan, hati adalah kemarahan dan paru-paru adalah kesedihan. Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan, jelas beliau.
Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi). Powell sendiri banyak menggunakan lingzhi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun. Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.
Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun. Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.
Produk cendawan yang dimaksudkan oleh Powell adalah daripada MRL di California, yang memfokuskan kepada perkembangan klinikal untuk menyokong sistem imun. MRL mempunyai perpustakaan yang ekstensif mengenai jenis-jenis cendawan untuk memastikan spesies cendawan yang betul dan bioaktif digunakan. Contohnya, spesies yang betul mengikut Chinese Pharmocopoeia adalah Cordyceps sinensis, tetapi dianggarkan 75 peratus produk di pasaran menggunakan Cordyceps militarium.
Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi (ganoderma), Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor. Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati. Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid. Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi.
Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China. Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England. Powell telah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 1997 dan mengajar mengenai perubatan Cina di Ireland dan Sweden.
Sumber: Utusan 13/01/2008
Susu ibu penawar alergi
SI MANJA yang asyik meragam dan menangis sepanjang hari pastinya menimbulkan rasa kebimbangan si ibu. Keadaan itu mungkin disebabkan si manja berasa tidak selesa sama ada kerana kembung perut, gatal-gatal, ruam pada kulit mahu pun hidung berair. Gejala sebegini kebiasaannya adalah berpunca daripada alergi atau alahan.
Alergi berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘allon argon’ (to react differently) iaitu reaksi abnormal di dalam tubuh. Ia adalah keadaan di mana tubuh kanak-kanak yang hiper-sensitif kepada bahan-bahan asing yang dipanggil antigen. Sebarang antigen yang menyebabkan reaksi alergi dipanggil alergen.
Pakar Kanak-kanak di Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, Bangi, Selangor, Dr. Saiful Bahri Jaudin berkata, bayi atau kanak-kanak cenderung mengalami alergi sejak lahir atau ketika dalam proses tumbesarannya kerana sistem ketahanan badannya masih tidak matang seperti orang dewasa.
Keadaan ini menyebabkan tubuh si manja bertindak balas di luar kebiasaan apabila terdedah kepada bahan-bahan asing yang menjadi alergen.
Bahan-bahan itu mungkin boleh jadi makanan seperti susu, kacang, telur, makanan laut atau mungkin juga ubat tertentu termasuk sesetengah antibiotik. Sesetengah kanak- kanak juga mengeluarkan reaksi melampau terhadap bahan-bahan luaran seperti debu, asap, bulu binatang, debunga,
Menurut Dr. Saiful, reaksi imunologi (tidak tahan daya penyakit) berlaku apabila tubuh terdedah kepada molekul-molekul asing yang kemudiannya melekat kepada antibodi IgE. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum pada sel mast, iaitu sel yang terlibat dalam reaksi alergi yang akan merembeskan bahan-bahan menyebabkan timbulnya gejala-gejala alergi. Bahan-bahan reaksi alergi yang dirembeskan oleh badan adalah Histamin, prostaglandin, leucotrine dan Cytokines.
Menurut Dr. Saiful, gejala yang paling kerap terjadi adalah ruam pada kulit dan gatal, selain tanda lebih bahaya seperti susah bernafas yang memerlukan rawatan segera. Gejala alahan ini boleh dikenal pasti daripada hampir keseluruhan sistem di dalam badan sama ada secara umum atau spesifik. Ia termasuklah di kawasan permukaan kulit menjadi kering dan gatal-gatal, saluran pernafasan menjadi ketat dan hidung tersumbat atau bersin.
Manakala alergi pada bahagian dalaman pula seperti bengkak, pengeluaran lendir pada saluran pernafasan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan kawasan kulit menjadi kemerahan.
Kebanyakan reaksi alergi boleh dianggap ringan, tetapi ada juga yang mengalami reaksi teruk sehingga boleh menyebabkan tekanan darah rendah, pitam atau pengsan dan saluran nafas menjadi bengkak, seterusnya membawa maut jika tidak dirawat. Kebanyakan kanak-kanak akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mereka mencapai umur persekolahan, akan tetapi ramai juga yang mengalaminya sehingga dewasa.
Menerangkan tentang risiko alergi di kalangan kanak-kanak, Dr. Saiful berkata, mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi berisiko tinggi untuk mengalami penyakit ini. Sekiranya salah seorang daripada ibu atau bapa mempunyai alahan, risiko bagi bayi atau kanak-kanak akan mengalami alergi adalah anggaran 20 hingga 40 peratus.
Selain daripada faktor genetik, si manja tetap berisiko untuk mengalami alahan iaitu lebih kurang lima hingga 15 peratus disebabkan faktor-faktor tertentu seperti sistem ketahanan badan yang tidak matang, tempoh penyusuan susu ibu yang singkat dan pendedahan awal terhadap susu formula. Menurutnya lagi, sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran, bayi perlu mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif kerana susu ibu adalah susu hipoalegenik.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu, ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Susu ibu juga mengandungi sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria dan antibodi (immunoglobulins) bagi menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.
Namun, tidak dinafikan ada juga sebab-sebab tertentu menyebabkan susu ibu tidak dapat diberi pada bayi, jadi alternatif terbaik adalah dengan memberikan bayi susu hipoalegenik (formula) bagi mengurangkan risiko alergi.
Rawatan
Kebiasaannya rawatan terhadap kanak-kanak yang mengalami alergi diberi mengikut jenis alergi.
Sekiranya hanya gatal pada kulit dan kelihatan merah atau alahan biasa sahaja, kanak-kanak hanya akan diberi ubat anti alergi untuk dimakan dan ubat sapu. Namun, alergi yang agak teruk seperti sukar untuk bernafas, kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan ditahan di wad dan mendapat suntikan anti alergi.
Walaupun kini terdapat rawatan yang berkesan, tetapi pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Pencegahan daripada alergi di kalangan bayi dan kanak-kanak sangat penting ketika mereka di dalam kandungan ibu lagi.
Pengambilan diet yang sihat semasa mengandung dan ketika tempoh penyusuan juga amat penting bagi mencegah bayi daripada mendapat alahan. Susu ibu merupakan pencegahan utama daripada alergi. Dengan memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi yang baru lahir semasa enam bulan pertama kelahirannya, dapat mengelakkan kanak-kanak mendapat alahan.
Memberi makanan tambahan hanya selepas enam bulan kelahiran dan memulakan makanan yang tidak mendatangkan alergi terlebih dahulu seperti nasi, lobak merah, pear, epal dan prun. Ini kerana alahan juga boleh disebabkan udara iaitu melalui saluran pernafasan serta perut iaitu usus yang mencerna makanan.
Sementara itu, ibu bapa perlu menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar rumah bagi mengurangkan alergi kepada habuk dan
Sumber: UtusanOnLine 13/03/2008
Rabu, Mac 12, 2008
Ahad, Mac 09, 2008
Tumbesaran gadis: Mencapai akil baligh
DOKTOR MENULIS: PROF. MADYA DR. SHAH REZA (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM))
APABILA seorang ibu memerhatikan bagaimana anak perempuannya membesar setiap hari, seolah-olah memerhatikan pembesaran dirinya sendiri. Ibu-ibu harus sedar yang anak perempuan mereka sedang berubah dari dalam dan juga di luar bila tiba masanya.
Perubahan seksual sekunder (akil baligh) mungkin tidak berlaku secara serentak untuk semua gadis. Adalah normal sekiranya perubahan ini berlaku pada umur seawal lapan tahun ataupun mungkin lewat sekitar umur 14 tahun. Walaupun tidak nampak perubahan luaran yang ketara, sebenarnya anak perempuan anda sedang menjalani perubahan fisiologi, endokrin serta anatomi dalaman lain.
Untuk itu, para ibu diharapkan dapat mengetahui dan memahami;
1. Bagaimana perubahan ini berlaku
2. Mengapa berlakunya perubahan ini
3. Bila kedatangan haid dijangka tiba
Dalam perubahan pada anak gadis semasa akil baligh, satu bahagian pada otaknya akan menghantar isyarat pada kelenjar seks iaitu ovari supaya mula berfungsi. Kelenjar seks ini pula akan menghantar isyarat pada organ-organ lain supaya mula berubah mengikut keperluan perkembangan seksual sekunder. Isyarat-isyarat ini dihantar melalui hormon-hormon yang dijanakan oleh badan anak gadis berkenaan untuk mengawal tumbesaran badan sebagai seorang gadis yang bertambah dewasa serta kematangan sistem seksual.
Pada tahap permulaan ini, seorang ibu dapat melihat perubahan pada anak gadis seperti;
* Payudara makin membesar
* Penambahan berat badan dan juga penambahan ketinggian
* Ukuran di bahagian punggung semakin lebar
* Tumbuhnya bulu ketiak dan juga di kawasan genitalia (kemaluan)
* Perubahan bau badan
* Kehadiran jerawat di muka.
Mungkin perubahan pertama yang dilihat bermula pada kawasan payudara yang semakin membesar. Kawasan yang gelap di sekeliling puting akan membengkak, jisim payudara akan lebih membulat serta menjadi padat dan berat. Terdapat juga kemungkinan tumbesaran payudara di kedua-dua belah dada tidak seiras dan serupa. Mungkin juga anak anda merasai tidak selesa pada kedua-dua ataupun sebelah payudara. Namun tidak perlu runsing kerana ini mungkin normal untuk peringkat awal perkembangan. Jika waswas, bawa anak perempuan anda berjumpa dengan doktor untuk kepastian.
Kematangan hormon juga menyebabkan kematangan sistem reproduksi anak gadis dengan ovari kini berupaya mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Dengan kata lain, ovulasi sudah berlaku dan sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan dalam rahim iaitu endometrium yang pada mulanya menebal akan gugur sebagai darah haid.
Darah haid
Sukar untuk mengetahui dengan tepat bila seorang anak gadis akan mengalami haid pertamanya. Kebanyakan anak gadis akan mendapat haid pertama sekitar umur 12 tahun. Haid pertama biasanya sedikit sahaja dan berlangsung untuk tiga hingga tujuh hari dengan kekerapan sekali setiap bulan.
Berkemungkinan juga darah haid anak gadis tidak teratur dan datang sekali setiap dua bulan atau mungkin dalam jumlah darah lebih sedikit. Bagaimanapun, anak gadis ini mungkin perlu mendapatkan rujukan doktor jika kedatangan haid masih tidak teratur, tidak tenteram dan juga selalu menyakitkan selepas 2 tahun.
Buat perancangan nota kehadiran haid
Seorang ibu perlu memberi tunjuk ajar kepada anak gadisnya supaya menanda kehadiran haid di dalam diari ataupun kalendar dan catatkan sebarang masalah ataupun kesakitan semasa datangnya haid. Dengan cara sebegini, anak gadis dapat meramalkan bila haid berikutnya akan datang dan juga julat di antara dua peristiwa haid berdekatan.
Lazimnya julat darah haid adalah di antara 21 hari hingga 45 hari. Adalah biasa bagi julat haid berbeza-beza dan hari pertama haid pun mungkin pada hari awal dan juga mungkin lewat berbanding dengan bulan lampau. Untuk mereka yang sudah berkahwin pula, biasanya kelewatan haid dikaitkan dengan kemungkinan mengandung, bergantung kepada tempoh lewat datang haid.
Persediaan
Adalah lebih baik sekiranya perancangan awal disediakan sebelum datangnya haid seperti menyimpan tuala wanita di dalam beg dan dibawa ke sekolah. Tuala ini dipakai di bahagian dalam seluar dalam dan bertujuan menyerap darah yang keluar. Perlu diingat bahawa tuala wanita ini perlu ditukar setiap empat jam kerana darah haid yang terkumpul mungkin menjadi tempat pembesaran yang baik untuk bakteria.
Biasanya untuk beberapa hari pertama, tuala wanita perlu ditukar dengan lebih kerap disebabkan jumlah darah yang keluar terlalu banyak. Penggunaan tuala wanita yang diletakkan bau haruman juga tidak digalakkan kerana mungkin menyebabkan berlakunya keradangan pada kulit sekitar kemaluan.
Tidak selesa dan sakit
Ramai gadis mengalami kekejangan di bahagian bawah abdomen semasa kehadiran haid. Mungkin juga kesakitan tersebut merebak ke bahagian belakang (seperti mereka yang sakit bersalin). Ada juga keluhan seperti sakit kepala, pening-pening, kekerapan buang air besar dan juga loya-loya muntah. Jangan runsing kerana ini adalah normal untuk pengalaman awal kehadiran haid. Untuk menghilang masalah serta rungutan ini, anak gadis ini boleh mengambil;
* Pil penahan sakit seperti NSAIDs, contohnya ibubrofen ataupun naproxen sodium.
* Bersenam
* Meletakkan pemanas seperti bertungku di bahagian bawah abdomen.
Rujuk kepada doktor sekiranya:
- Anak anda sudah pun berusia 15 tahun tetapi masih belum datang haid.
- Kehadiran haid yang sebelum ini teratur, tetapi sekarang tidak lagi teratur.
- Julat di antara sebelum dan selepas haid kurang dari 21 hari ataupun melebihi 45 hari.
- Julat haid berlaku selama 90 hari (3 bulan) walaupun hanya untuk baru satu kitaran (bukan mengandung).
- Kehadiran darah haid melebihi tujuh hari.
- Sekiranya jumlah pendarahan terlampau sehinggakan tuala-tuala wanita perlu ditukar setiap satu hingga dua jam.
Banyak perubahan dari segi emosi dan juga fizikal akan berlaku pada anak gadis anda. Nasihatkan mereka supaya menjaga pemakanan supaya berat badan ideal dapat dikekalkan.
Bersenam serta beriadah mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan serta kesakitan ketika datang haid. Amalkan senaman untuk mengukuhkan tulang-tulang, menguatkan otot-otot dan juga mengurangkan kekejangan semasa datang haid.
Akil baligh juga menyebabkan kelenjar di bawah kulit mengeluarkan sebum dan dengan kehadiran sebum yang banyak boleh menyekat lubang-lubang halus, menyebabkan berlakunya jerawat. Membasuh muka dengan air ataupun bahan pencuci muka dengan kerap dapat mengurangkan kehadiran sebum di muka dan seterusnya dapat mengurangkan kehadiran jerawat di muka. Jangan biarkan jerawat berlarutan di muka kerana penyembuhan jerawat mungkin meninggalkan parut yang berkekalan.
Sumber: UtusanOnLine Published on: 09/03/2008Jumaat, Mac 07, 2008
Senarai-senarai DUN…
DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling takde rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh...
Selamat mengundi… hahaha :))))
SuamiIsteri: Harus saling membantu

Peranan suami bukan sekadar memberi nafkah zahir batin, kasih sayang dan perlindungan, malah membantu isteri melaksanakan kerja-kerja rumah.
"DUA tahun mendirikan rumah tangga, dia seolah-olah tidak memahami apa yang diinginkan si isteri. Membasuh pakaian, pinggan atau mengemas rumah jarang sekali dibuatnya."
"Tanggungjawabnya melayan isteri bagai menatang minyak yang penuh. Dia tidak putus-putus memberi nafkah zahir dan batin. Ini patut dipuji. Tetapi, sikapnya yang tidak pernah mengambil peduli hal berkaitan pengurusan rumah tangga, menyebabkan si isteri merasakan dirinya semakin dibebani tanggungjawab yang lebih besar."
"Saat dilamun cinta, kepercayaan yang diberikan hampir 100% tetapi bila sudah mendirikan rumahtangga, rupa-rupanya ada lagi perkara yang perlu diketahui dan dikongsi bersama."
Meneliti komen di atas, ternyata masih ramai menganggap percintaan tidak semestinya membuatkan kita mengenali pasangan secara menyeluruh. Walaupun sudah memasuki gerbang perkahwinan selama bertahun-tahun, masih ada segelintir daripada kita terpaksa bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan pasangan.
Menurut Perunding Psikologi Keluarga, Suzana Ghazali, sikap bertoleransi, kerjasama, memahami antara satu sama lain, tanggungjawab dan percaya pada diri sendiri memainkan peranan penting dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Walaupun bercinta bertahun-tahun lamanya dan kemudian mendirikan rumah tangga, ia tidak bermakna pasangan sudah mengenali antara satu sama lain.
Tempoh lima tahun pertama perkahwinan adalah proses mengenali pasangan. Sekiranya tempoh tersebut berakhir tetapi si suami tidak menunjukkan perubahan pada dirinya, maka pasangan tersebut perlu mendapatkan khidmat perunding psikologi keluarga. Tetapi jika sikap sambil lewa suami berpunca daripada sikap isteri yang terlalu memanjakan pasangannya sehingga mereka 'naik lemak', maka isteri sepatutnya dinasihatkan.
Memang tidak dinafikan, setiap wanita perlu memanjakan suaminya seperti menjaga kebajikan dan melayan kehendaknya, tetapi janganlah sampai melampau batasan. Sungguhpun majoriti wanita kini bekerjaya dan lebih banyak menghabiskan masa di pejabat, mereka tetap memikul tanggungjawab menyediakan makan minum suami dan anak-anak.
Cuma dalam hal ini, suami wajar menghulurkan bantuan kerana masing-masing bekerja dan tentu sekali, kedua-duanya juga penat apabila pulang ke rumah. Justeru, peranan suami kini bukan sahaja memberi nafkah zahir batin, kasih sayang dan perlindungan, malah membantu melaksanakan kerja rumah bagi meringankan beban isteri dalam mengurus rumahtangga.
Bagaimanakah memupuk sikap bekerjasama dan rasa tanggungjawab selepas mendirikan rumah tangga? Adalah sebaik-baiknya ia dipupuk sebelum pasangan mendirikan rumahtangga.
Membuat perjanjian dengan menyatakan keinginan yang diimpikan setelah bergelar pasangan suami isteri adalah satu keputusan yang bijak dalam menjana rumahtangga yang bahagia. Daripada situ, pasangan dapat merancang dan mengubah kelemahan yang ada pada dirinya demi memastikan kebahagiaan istana yang baru dibina tetap kukuh. Walaupun cara itu dilihat seperti queen control, tetapi hakikatnya ia dapat mengukuhkan hubungan cinta suami isteri.
Untuk mendapatkan keredaan dalam melayari rumahtangga, setiap pasangan seharusnya saling tolong-menolong antara satu sama lain, tidak kira dalam apa perkara sekalipun. Contohnya, membantu si isteri di dapur ataupun mengemas bilik tidur. Sekiranya takut menegur kesalahan atau melahirkan ketidakpuasan hati terhadap pasangan, cuba luangkan masa berdua untuk sama-sama meluahkan perasaan yang terpendam ini pada waktu dan tempat yang sesuai. Perbincangan menjadi lebih efektif sekiranya dilakukan secara komunikasi dua hala.
"Walaupun realitinya, lelaki pantang sekiranya dia diarah atau dipaksa melakukan sesuatu, namun menerusi layanan dan belaian kasih sayang seorang isteri, suami akan menurut jua," katanya.
Masa terbaik berkomunikasi
1. Di kamar beradu
Cuba luahkan keinginan yang terpendam sewaktu anda dan pasangan berada di kamar. Ucapan manja sambil diselitkan dengan keinginan yang diimpikan itu sememangnya dapat direalisasikan ketika waktu kemuncak anda berdua.
2. Pulang dari tempat kerja
Saat pulang ke rumah berdua adalah masa paling sesuai untuk anda meluahkan pendapat dan keinginan yang belum dicapai itu. Sambil berkongsi penat bekerja, anda boleh menarik perhatiannya dengan bercerita tentang perkara yang terjadi sepanjang hari tersebut. Di samping itu, anda bolehlah menyelitkan beberapa perkara yang perlu diketahuinya.
Perkara yang perlu dilakukan pada lima tahun pertama perkahwinan
· Kenal hobi pasangan
Sertai minatnya itu. Jangan sesekali menyekat pergaulan suami dengan rakan-rakannya. Luangkan masa menyertai acara atau aktiviti yang diminati pasangan. Pada masa yang sama, anda berpeluang menarik pasangan menyertai aktiviti yang anda minati.
· Sikap berterus-terang
Sekiranya anda merasakan sesuatu yang berlaku atau tidak kena pada pasangan, jangan sesekali memendamkan perasaan itu. Berani berterus-terang dan jangan mudah berputus asa, sebaiknya cari jalan penyelesaian dengan baik.
· Sentiasa berdoa
Memohon keberkatan daripada-Nya sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan seseorang, di samping dapat memelihara keutuhan sesebuah rumah tangga. Jadi, anda dinasihati agar sentiasa memohon rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT.
Sumber : HMetro
Balasan pahala jika suami bersabar sikap buruk isteri

Assalamualaikum warahmatullah,
ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang memerintahkan hamba-Nya supaya kasih mengasihi antara satu sama lain. Seseorang hamba hanya akan memperoleh kasih sayang daripada-Nya apabila dia mengasihi makhluk-Nya.
Jika ada dua orang sahabat berkasih sayang antara satu sama lain, maka yang lebih disayangi Allah antara keduanya ialah yang paling kasih kepada sahabatnya. Manusia yang memiliki sifat kasih sayang paling tinggi dan paling agung ialah Rasulullah SAW. Baginda sangat mengasihi umatnya sehinggakan perasaan kasihnya yang mendalam itu dirakamkan Allah dalam firman-Nya bermaksud, “Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan ditanggung kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman.” (Surah at-Taubah, ayat 128)
Kasih sayang sesama insan akan membuahkan sikap bertolak ansur, hormat menghormati serta sedia berkorban demi kebahagiaan insan tersayang. Dalam hubungan suami isteri, kedamaian dan kasih sayang adalah teras utama.
Allah menjadikan perasaan kasih mesra antara suami isteri sebagai sunnah yang ada padanya tanda kekuasaan dan keagungan-Nya. Firman Allah bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada diri kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum ayat 21)
Selaras dengan ayat itu, Rasulullah SAW sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaiknya. Baginda menegaskan, suami yang terbaik itu ialah yang berlaku baik terhadap isterinya. Baginda SAW juga berpesan kepada suami dengan sabdanya bermaksud: “Hendaklah kamu ingat memperingati supaya berbuat baik kepada wanita (isteri). Sesungguhnya mereka adalah seperti tawanan di sisi kamu. Kamu tidak memiliki apa-apapun daripada mereka kecuali hak menikmati hubungan kelamin antara kamu berdua. Tetapi, apabila isteri kamu melakukan kejahatan yang nyata, maka tinggalkan tempat tidur mereka, dan pukullah dengan cara yang tidak terlalu menyakitkan. Jika mereka kembali mentaatimu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyakitkan mereka. Ingatlah bahawa kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan isteri kamu juga ada hak ke atas kamu. Hak kamu ialah tidak membenarkan mana-mana lelaki tidur di atas tilam kamu dan tidak mengizinkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah kamu. Adapun hak isteri ke atas kamu ialah kamu memberi yang terbaik kepada mereka pakaian dan makanan mereka.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Walaupun kehidupan isteri terikat dengan suami laksana seorang tawanan, mereka tidak boleh dianggap sebagai hamba yang boleh diperlakukan sesuka hati. Isteri mempunyai hak mendapat layanan sebaiknya.
Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah SAW mengadu mengenai layanan buruk diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah SAW mengetahuinya, Baginda bersabda bermaksud, “Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Tidak dinafikan, sebagai manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami. Cara terbaik mengatasinya ialah dengan bersabar serta tidak membesarkan kelemahan itu. Firman Allah bermaksud, “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (Surah an-Nisaa', ayat 19)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”
Renungi kisah seorang lelaki mengunjungi Umar bin al-Khattab untuk mengadu perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu, menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. Maka lelaki itupun beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Jika beginilah keadaan Umar, seorang Amirul-Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi sudah beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul-Mukminin, aku datang untuk mengadu perangai isteriku yang buruk dan suka berleter di hadapanku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku, jika beginilah keadaan Amirul-Mukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku.”
Umar berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makananku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya?”
Lelaki itu menjawab: “Wahai Amirul-Mukminin, demikian jugalah isteriku? Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja.”
Renung-renungkan!
Sumber : Prof Madya Maznah Daud ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com
Rabu, Mac 05, 2008
Wanita wajib taat suami selagi tak langgar syarak
Peguam Syarie Menulis [Mohamad Isa Abd Ralip]
KISAH segelintir wanita sudah berkahwin yang sanggup diusung lelaki lain untuk berhibur hingga ke bilik tidur yang didedahkan akhbar begitu mengejutkan. Malah, mereka sanggup bertukar pasangan antara satu sama lain, sentiasa terbuka menerima kenalan baru untuk dijadikan pasangan.
Ini perkara serius yang tidak wajar dipandang ringan walaupun ia dikatakan sebagai kes terpencil. Walau apa alasan mereka seperti tidak puas atau tidak menerima nafkah batin daripada suami, perlakuan sedemikian bukan jalan singkat yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah.
Menurut tokoh agama, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan isteri yang menjalin hubungan bersama lelaki lain tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja tidak bermoral, malah lebih teruk daripada nusyuz iaitu tidak menghormati atau ingkar kepada suami. Seorang isteri sewajarnya tidak memandang lelaki lain selain suaminya.
Seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.
Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.
Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Oleh itu, dapat dilihat di sini pentingnya isteri mentaati suami selagi ketaatan itu tidak terkeluar daripada landasan syarak. Nusyuz daripada sudut hukum syarak bermaksud derhaka iaitu bermaksud isteri yang menderhakai dan tidak mentaati suami seperti diwajibkan Allah. Firman Allah bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.” (Surah an-nisa’, ayat 33)
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh.”
Tidak ada peruntukan khusus dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau pun Akta Undang-undang Keluarga Islam terhadap dakwaan nusyuz. Cuma dinyatakan mengenai aspek peruntukan nafkah terhadap isteri yang nusyuz mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan: “Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain;
- Apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya;
- Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
- Apabila dia enggan bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab sah mengikut hukum syarak.”
Berdasarkan peruntukan itu, seorang isteri adalah tidak berhak menerima nafkah daripada suaminya jika beliau enggan mengikut perintah sah suaminya dengan melakukan satu atau semua perkara di atas. Namun demikian, mengikut peruntukan sama, seorang isteri tidak dikatakan nusyuz melainkan perbuatannya disahkan mahkamah terlebih dulu. Bagaimanapun, Seksyen 60 (3) Enakmen yang sama memperuntukkan: “Selepas saja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.”
Oleh itu, walaupun isteri nusyuz atau enggan mengikuti perintah sah suaminya, tetapi kemudian dia bertaubat dan menurut semula kehendak suaminya, tidaklah dianggap nusyuz lagi dan dalam keadaan ini suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Tindakan dilakukan wanita yang menjalin hubungan dengan lelaki lain sebenarnya lebih teruk daripada nusyuz kerana isteri sudah menduakan suami tanpa pengetahuan suami, malah yang lebih teruk lagi mereka mencampakkan diri ke lembah kehinaan dengan melakukan perzinaan.
Perilaku itu sewajarnya dibendung bukan di kalangan isteri saja, malah kepada pasangan mereka. Perbuatan mereka memberi kesan buruk kepada diri, agama dan masyarakat dan permasalahan ini akan menjadi lebih rumit jika isteri tadi mengandung serta melahirkan anak di luar nikah. Adalah diingatkan kepada mereka, pulanglah ke pangkuan suami serta ke jalan yang benar. Jika sudah terlanjur, maka kembalilah kepada Allah dengan bertaubat nasuha serta berniat dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya. Zina sangat besar dosanya dan memberi kesan buruk kepada masyarakat.
Firman Allah bermaksud, “Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan.” (Surah al-Isra, ayat 32)
Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
Sumber : BH 5 Mac 08
Selamat mengundi 8 Mac 2008
Jgn Lupe Baca Niat Dulu
Niat nak mengundi : Sahaja aku ikut BARISAN utk undi PAS demi KEADILAN Malaysia
supaya rakyat BEBAS & dpt menikmati makanan seDAP .
Selasa, Mac 04, 2008
THINGS MY MOTHER TAUGHT ME
My mother taught me TO APPRECIATE A JOB WELL DONE...
"If you're going kill each other, do it outside - I just finished cleaning!"
My mother taught me RELIGION...
"You better pray that will come out of the carpet."
My mother taught me about TIME TRAVEL...
"If you don't straighten up, I'm going to knock you into the middle of next week!"
My mother taught me LOGIC...
"Because I said so, that's why."
My mother taught me LOGIC... #2
"If you fall out of that swing and break your neck, you're not going to the store with me."
My mother taught me FORESIGHT...
"Make sure you wear clean underwear, in case you're in an accident."
My mother taught me IRONY...
"Keep crying and I'll give you something to cry about."
My mother taught me about the science of OSMOSIS...
"Shut your mouth and eat your supper!"
"Will you "LOOK" at the dirt on the back of your neck!"
My mother taught me about STAMINA...
"You'll sit there 'till all that spinach is finished."
My mother taught me about WEATHER...
"It looks as if a tornado swept through your room."
My mother taught me how to solve PHYSICS PROBLEMS...
"If I yelled because I saw a meteor coming toward you, would you listen THEN?"
My mother taught me about HYPOCRISY...
"If I've told you once, I've told you a million times: Don't exaggerate!"
My mother taught me about BEHAVIOR MODIFICATION...
"Stop acting like your father!"
My mother taught me about ENVY...
"There are millions of less fortunate children in this world who don't have wonderful parents like you do!"
My mother taught me about ANTICIPATION...
"Just wait until we get home."
My mother taught me about RECEIVING...
"You are going to get it when we get home!"
My mother taught me MEDICAL SCIENCE...
"If you don't stop crossing your eyes, they are going to freeze that way."
My mother taught me to THINK AHEAD...
"If you don't pass your spelling test, you'll never get a good job."
My mother taught me ESP...
"Put your sweater on; don't you think I know when you're cold?"
My mother taught me HUMOR...
"When that lawn mower cuts off your toes, don't come running to me."
My mother taught me how to BECOME AN ADULT...
"If you don't eat your vegetables, you'll never grow up."
My mother taught me about SEX...
"How do you think you got here?"
My mother taught me about GENETICS...
"You're just like your father."
My mother taught me about my ROOTS...
"Do you think you were born in a barn?"
My mother taught me about WISDOM OF AGE...
"When you get to be my age, you will understand."
"One day you'll have kids ...and I hope they turn out just like you!"
Ahad, Mac 02, 2008
Poligami gagal kerana suami lemah
Oleh: Maimunah [www.dcckmona.com]
KISAH minggu lalu berjudul Larangan poligami kerana tamak menarik perhatian ramai pembaca untuk memberikan pandangan. Ada yang menentang, tetapi ramai yang menyokong, baik lelaki atau wanita. Ada yang berpendapat, wanita tidak akan menerima apa juga pandangan suami yang ingin berpoligami. Namun mari kita ikuti pandangan di bawah ini dengan hujah masing-masing. E-mel pertama daripada Imran. Dia terpanggil memberi pandangan mengenai isu panas bab poligami ini, kerana setuju dengan kisah minggu lepas yang dibawa oleh Farra Emelia bahawa kebanyakan suami lebih suka buat maksiat daripada berkahwin dua kerana takutkan isteri.
Saya dapat buktikan dengan tanggapan yang dilakukan oleh pegawai pencegah maksiat setiap hari. Kerana saya seorang kakitangan Mahkamah Syariah sudah tujuh tahun berkahwin dan berusia awal 30an. Kalau diikutkan nisbah lima tangkapan khalwat bersamaan satu permohonan berpoligami. Ada juga suami meminta pendapat dan pandangan saya macam mana beliau boleh berkahwin lagi tanpa pengetahuan isteri pertama mereka.
Boleh dikatakan semua negeri di Malaysia mengikut prosudur memanggil isteri pertama untuk menjawab tuntutan permohonan berpoligami daripada suami sebelum memanggil bakal isteri dan bakal wali untuk tujuan yang sama, kecuali negeri Perlis. Kebanyakan suami takut dengan ugutan dan ancaman cerai jika nak kahwin lagi. Mereka sanggup bergelumang dengan maksiat asalkan isteri pertama tidak dimadukan. Perbuatan ini salah di sisi agama dan berdosa besar. Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu jika lelaki itu berkemampuan dan khuatir jika tidak berpoligami akan mengundang dosa.
Menjaga perasaaan isteri adalah baik tetapi lebih mulia lelaki itu menjaga perbuatannya daripada membuat hubungan tanpa pernikahan. Lelaki harus pandai mainkan peranan menyelamatkan maruah wanita bergelar anak dara tua atau janda.
‘‘Wanita juga harus sedar, adalah lebih baik mereka berkongsi suami daripada membujang atau menjanda sampai mati. Buang tanggapan negatif tentang perosak rumah tangga. Istilah ini sepatutnya tiada dalam kamus orang Islam memandangkan sekarang wanita lebih ramai, kos sara hidup yang tinggi, di samping ramai wanita tidak menggalakkan suami berkahwin lebih.
“Cadangan saya kepada lelaki yang berkemampuan, laksanakan peranan anda. Kalau bukan anda siapa lagi yang dapat membantu menyelamatkan maruah wanita zaman sekarang. Kepada isteri pertama andainya suami anda bergaji besar dan berkeinginan berkahwin lagi, izinkanlah. Apa guna institusi kehakiman syariah yang menjaga hak dan keadilan isteri. Adalah lebih baik berkongsi suami daripada membiarkan suami melakukan seks rambang atau dengan wanita yang tidak dikenali,” kata Imran.
Sementara itu An-Am dalam e-melnya pula berkata, kebanyakan suami membatalkan hasrat untuk berpoligami kerana tiga sebab, pertama kerana isteri yang memandang serong dan menyalahkan suami mereka kononnya gatal, sambil menggelarkan gadis atau wanita yang ingin berkahwin itu sebagai perampas suami orang.
‘‘Kedua kerana undang-undang negara yang menyukarkan suami berpoligami. Sementara ketiga kerana sikap wanita yang tidak adil kepada suami. Contoh jika suami uzur dan tidak beri nafkah batin atau dipenjara dia akan minta cerai kerana katanya suami tidak dapat memberi nafkah, tetapi jika si wanita sendiri mandul, tidak dapat melahirkan zuriat, gagal memenuhi nafsu seks suami, dia tetap marah suami nak kawin lagi. Mana keadilannya? Macamlah dunia ini wanita yang punya. Wanita sahaja betul, mesti ikut cakap mereka,’’ kata An-Am.
Andy pula dalam e-melnya berkata, ada dua golongan lelaki yang ingin berpoligami. Pertama lelaki yang ikhlas, mereka ingin menolong wanita yang dalam kesusahan, walaupun wanita itu tidak cantik. Kedua lelaki yang memang berpaksikan hawa nafsu menggunakan agama untuk menghalalkan tuntutan nafsu serakahnya. ‘‘Sebenarnya isteri kenal benar dengan perangai suami mereka, kalau mereka yakin sepanjang tempoh perkahwinan suami mereka berada dalam golongan lelaki pertama tadi, sudah tentu mereka boleh menerima dengan mudah dan hati terbuka untuk dimadukan, kerana kaum wanita sudah maklum ia satu ibadah.’’
‘‘Tetapi, kalau isteri tahu benar bahawa perangai suami mereka termasuk dalam golongan kedua, kalau saya jadi isterinya, saya akan tuntut cerai, kerana jika dibenarkan, poligami tidak dapat memberi manfaat kepada sesiapa kecuali nafsu si suami. Sudah pasti anak-anak isteri pertama akan terabai. Ada kes suami tak mampu berpoligami, tetapi tetap mahu kahwin lagi, sudah tentu rumah tangga tidak aman.’’
‘‘Islam membenarkan poligami dengan sebab tersendiri, sudah semestinya membawa banyak manfaat, tapi hanya kepada suami golongan pertama dan jika itu tujuannya, saya sokong, tapi bukan untuk suami golongan kedua. Hampeh!,’’ kata Andy.
Sementara itu, Riz dalam e-melnya menerangkan bukan semua isteri pertama tamak kalau suami nak kahwin lagi. Contohnya bagaimana suami beliau nak kahwin lagi sedangkan kedudukan kewangannya tenat, hutang keliling pinggang, hutang kad kredit berlambak hingga hampir bergelar muflis. Tapi kahwin juga.
‘‘Dah tenat sekarang barulah dia sedar bahawa kahwin dua memang ikut sunnah nama, tetapi ia gagal melaksanakan amanah dengan baik kepada isteri pertama. Perkahwinannya yang kedua menyebabkan isteri kedua juga menderita, dan kini dia takut di akhirat terjerumus ke dalam neraka kerana tidak berkemampuan,’’ kata Riz.
Hamamah pula berpendapat apa yang disebutkan oleh Farra Emelia banyak kebenarannya. Sebenarnya pandangan masyarkat kita masih belum terbuka untuk berpoligami. Sebagai contoh jika suami berpoligami mereka amat lemah hingga tunduk kepada tekanan isteri. Jika wanita dimadukan, mereka dari awal sudah menjangka tidak akan hidup bahagia dan minta diceraikan. Hingga tidak mahu membantu suami mewujudkan kebahagiaan.
‘‘Kerana itu ramai suami sanggup bersekedudukan dengan wanita simpanan daripada meminta kebenaran berpoligami. Suami juga sanggup mencari yang haram daripada yang halal seperti ditetapkan oleh Allah SWT. Mengikut hukum kedua-dua pasangan suami isteri ini berdosa.
‘‘Dalam dunia kini godaan wanita terlalu kuat. Rata-rata ramai wanita keluar bekerja. Ada yang berpakaian sopan, ada yang berhias berlebih-lebihan menyebabkan lelaki mudah tertarik dan tergoda, kerana itu ramai lelaki teringin berkahwin dua.
‘‘Namun tidak dinafikan zaman dulu pun ketika tidak ramai wanita keluar rumah, masih ramai lelaki berpoligami, apa lagi zaman ini banyak yang terdedah di depan mata dan di media massa. Itu sebabnya Allah yang menjadikan manusia memberikan jalan yang halal untuk dipilih tetapi jika takut tidak dapat berlaku adil, maka lebih baik berkahwin satu sahaja. Itulah syarat yang telah ditetapkan oleh Alllah,’’ katanya lagi.
Dalam pada itu, Laily dalam e-melnya berkata: ‘‘Saya seorang ibu, isteri dan wanita berkerjaya. Saya cukup tertarik dengan pandangan Farra Emelia. Banyak yang saya setuju. Cuma saya ingin menambah sedikit yang saya rasa masyarakat kita perlu tahu.
‘‘Memang tidak dinafikan wujud perasaan sedih apabila suami menyatakan hasrat hendak berpoligami. Ramai isteri pertama menentang dan rela minta cerai kerana dari awal lagi mereka beranggapan negatif tentang poligami. Jika benar suami telah berpoligami, isteri pertama perlu bantu suami agar dia menjadi lebih bertanggungjawab.
‘‘Masyarakat kita amat sensitif dengan poligami tidak seperti masyarakat Islam di Timur Tengah, yang boleh terima dan bersikap terbuka. Agama lain memang tidak membenarkan poligami tetapi ramai kaum lelaki mereka menyimpan perempuan. Adakah kita sebagai orang Islam membenarkan yang haram sedangkan jalan halal sudah diberi? Allah mencipta manusia maka dia lebih tahu mengapa Dia membenarkan kaum lelaki berpoligami kerana terdapat hikmah yang jika dikaji kita akan menemui jawapannya.
‘‘Selain lelaki yang memang dengan fitrah semulajadinya suka berkahwin lebih, kaum wanita sebenarnya boleh mendapat manfaat dari poligami jika mereka berfikiran terbuka dan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan berserah kepada Allah.
‘‘Bagaimanapun poligami perlu disertai dengan tanggungjawab dan syarat-syarat tertentu yang wajib dipatuhi oleh suami. Suami juga perlu lebih tegas, benar-benar mengikut hukum tanpa rasa takut atau tunduk membuta tuli kepada isteri-isterinya.
‘‘Banyaknya penentangan terhadap poligami kerana kurang faham kaum wanita kita tentang agama dan hukum Allah. Mereka lebih rela suami mencari jalan haram (berzina) daripada menerima jalan halal.
‘‘Pengalaman ibu saudara saya yang dimadukan boleh dijadikan panduan. Mulanya dia mengamuk sakan tetapi setelah dinasihatkan keadaannya terkawal. Malah dia banyak membantu suaminya supaya dapat berlaku adil kepada mereka berdua.
‘‘Kini suaminya telah meninggal dunia, hubungan ibu saudara saya dengan madunya menjadi lebih baik, malah mereka menjadi sahabat yang akrab. Segala-galanya mesti dilakukan dengan berlandaskan agama, baru semua pihak dapat menerima dengan fikiran terbuka.’’
Sementara itu, Haniza dalam e-melnya berkata, cintanya dengan kekasihnya kebetulan suami orang terputus kerana ditentang isteri pertama. Dia bermati-matian membantah mengajak keluarga suami dan keluarganya sendiri menentang saya. Pelbagai cara dilakukan memutuskan hubungan termasuklah menggunakan bomoh.
‘‘Walaupun saya kecewa, tetapi saya lebih kesal dengan perbuatannya yang sanggup buat apa saja memutuskan hubungan kami. Sedangkan hubungannya dengan suaminya tidak harmoni lagi. Mereka sudah lama berkrisis kerana keinginan suaminya sejak dulu ingin berkahwin lagi tidak tercapai.
‘‘Saya hairan dengan sikap wanita seperti ini. Mengaji al-Quran dan menghadiri kelas agama, tahu halal haram, baik buruk, tetapi apabila suami ingin kahwin lagi dia tentang hingga menyalahkan pejabat agama dan mahkamah syariah kerana tidak melindungi isteri pertama bersama anak-anak.
‘‘Sedangkan hubungannya dengan suami tidak baik lagi. Masing-masing bawa hal. Sepatutnya dia berfikiran terbuka setelah mendengar banyak ceramah agama.
‘‘Dia tidak pernah muhasabah diri mengapa suaminya sudah dua kali membuat permohonan ingin berkahwin lagi. Sepatutnya dia lihat kesalahan itu berpunca daripada diri sendiri. Malangnya dia tetap salahkan saya meruntuhkan rumah tangganya. Malah dia panggil saya parasit. Apakah benar salah saya?,’’ demikian pertanyaan Haniza mencari jawapan.
Haniza menyeru semua kaum wanita memahami ajaran Islam lebih mendalam sebelum membuat pelbagai tuduhan. Sepatutnya ketika belajar agama tanya ustaz mengapa Islam membenarkan poligami!
Demikian pelbagai pandangan pembaca tentang poligami. Namun terpulang kepada suami dan isteri membuat keputusan. Mereka lebih faham sama ada kasut atau baju yang dipakai dan ingin dibeli itu mengikut ukuran diri sendiri. Supaya kaki tak melecet kerana kasut terlalu ketat atau tercicir kerana longgar, dan baju tak koyak kerana sempit atau terlalu longgar hingga terjatuh. Anda pasti tahu jawapannya.
Sumber: UtusanOnLine 02/03/2008



