“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, April 21, 2008

Cerpen: Kalau Tak Suka Pulangkan

Forwarded by a friend. Kat luar, mendung je. Bila baca kisah ni, meleleh airmata. Benarlah kata-kata, kehadiran seseorang itu akan lebih hargai jika dia sudah tiada...

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

¤ KALAU TAK SUKA PULANGKAN ¤

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak!" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas

minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

"Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.

Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila" Keluhnya. Akhirnya dia terlena di sofa.

----------------------------------------------------------------------------

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu!"

"Masa tu Amirul kecik lagi," balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

"Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana."

"Nak jalan sangat, Sabtu ni saya hantar awak balik kampung. Muktamad!" Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.

Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa."

"Takpe... pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"

Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"

Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.

"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

----------------------------------------------------------------------------------

"Papa! Makan!" Jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok?! Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah! Saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?"

Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."

"Abang tak suka tengok papa marah-marah…"

"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya.

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak."

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

----------------------------------------------------------------------------------

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan.

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

"Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!

Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.

"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

"Laila."

----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je," Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.

“Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya.

Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

"Kalau tak suka pulangkan."

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.

Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya, Laila dipulangkan....

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, April 18, 2008

Hadis: Islam Mementingkan Kasih Sayang

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk : Islam Mementingkan Kasih Sayang

Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.

Riwayat at-Tabrani

Huraian :

1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim

2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat

3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman

4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Butiran selanjutnya ...

Khamis, April 10, 2008

Ungkit pemberian sifat yang dibenci


AL-IMAM Al-Nasafi berkata: “Allah membuktikan kekuasaan-Nya dalam menghidupkan yang mati seterusnya Allah menggesa supaya menginfak pada jalan Allah kerana pahalanya yang amat besar.”

Firman Allah Taala: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang- orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Surah al-Baqarah: 261-262)

Sayyid Qutub berkata: “Perlembagaan Islam tidak dimulai dengan menyebut kewajipan dan tugas, tetapi ia dimulakan dengan pemberangsangan dan penjinakkan hati. Ia memberangsangkan perasaan-perasaan dan emosi-emosi yang hidup di dalam diri manusia seluruhnya.

“Ia memaparkan satu gambaran daripada gambaran-gambaran hidup yang segar, subur dan memberi hasil, iaitu gambaran satu tanaman yang merupakan hadiah bumi dan pemberian Allah, tanaman yang memberi berganda-ganda lebih banyak daripada apa yang diambil olehnya dan tanaman yang hasilnya berganda-ganda lebih banyak daripada benihnya. Ia memaparkan gambaran yang menarik itu sebagai perbandingan bagi mereka yang menginfakkan harta mereka untuk sabilillah.”

Firman Allah SWT: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji.

Ibnu Jauzi berkata: “Yang dikehendaki dengan jalan Allah di sini ada dua pendapat:

* Pertama: Jihad

* Kedua: Semua pintu kebajikan dan kebaikan.

Sayyid Qutub berkata: “Pengertian secara mental bagi ayat ini berakhir dengan satu kiraan hisab yang menggandakan sebutir benih dengan tujuh ratus biji buah, tetapi (pengertian yang disampaikan oleh) pemandangan fizikal yang hidup yang dipaparkan oleh ayat ini adalah lebih luas dan lebih indah daripada pengertian ini lagi. Ia lebih membangkitkan perasaan dan lebih memberi kesan kepada hati nurani.

Itulah pemandangan hidup yang subur, pemandangan alam yang hidup, pemandangan tanaman yang memberi hasil. Kemudian itulah pemandangan yang menarik di alam tumbuhan- tumbuhan, iaitu pemandangan sebatang pokok gandum membawa tujuh tangkai buah dan pemandangan setangkai gandum yang mengandungi seratus biji.

Dalam angkatan hidupan tanaman yang subur dan memberi hasil itu al-Quran mengajak hati nurani manusia berkorban dan memberi, kerana (pada hakikatnya) dia tidak memberi, tetapi mengambil dan dia tidak kurang tetapi bertambah. Kemudian gelombang pemberian dan kesuburan meneruskan perjalanannya dan menambahkan lagi perasaan ingin memberi yang dirangsangkan oleh pemandangan tanaman yang banyak memberi hasil itu. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, iaitu ganjaran yang berlipat ganda yang tidak terhingga dan terkira.

Menyebut-nyebut

Firman Allah SWT: Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, Kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Sayyid Qutub berkata: “Perbuatan membangkit-bangkitkan pemberian itu adalah satu sifat yang amat dibenci dan satu perasaan yang hina dan rendah. Seseorang itu tidak akan membangkitkan pemberiannya melainkan kerana ingin menunjukkan kelebihannya yang palsu atau kerana ingin menghinakan penerimaannya atau kerana ingin menarik perhatian orang ramai.

Di sini jelaslah bahawa tujuan pemberiannya ialah kerana manusia, bukannya kerana Allah. Seluruh perasaan yang buruk ini tidak timbul di dalam hati yang baik dan tidak terlintas di dalam hati yang mukmin. Oleh sebab itulah perbuatan membangkit-bangkitkan pemberian itu, mengubahkan sedekah menjadi pemberian yang mendatangkan kemudaratan sama ada pemberi atau kepada pemberi.

Ia mendatangkan kemudaratan kepada pemberi kerana ia menimbulkan di dalam hatinya perasaan sombong dan takbur dan kerana ia ingin melihat penerimanya hina dina di sisi-Nya dan kerana ia mengisi di dalam hatinya sikap bermuka-muka, menunjuk- nunjuk dan jauh daripada Allah. Ia mendatangkan mudarat kepada penerima kerana ia menimbulkan di dalam hatinya perasaan kalah dan tewas dan mencetuskan reaksi dendam dan membalas dendam. Islam tidak mahu infak itu dilakukan semata-mata untuk tujuan menutup kejahatan, mengisi perut dan memenuhi keperluan.

Tidak! Sekali-kali tidak! Malah Islam mahu infak itu dilakukan untuk tujuan membersihkan akhlak dan hati pihak pemberi, iaitu merangsangkan perasaan kemanusiaannya dan pertalian dengan saudaranya yang miskin kerana Allah dan kerana kemanusiaan.

Ia juga mengingatkannya terhadap nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya dan terhadap janjinya dengan Allah dalam menggunakan nikmat-nikmat ini, iaitu janji memakannya tanpa membazir dan menunjukkan keangkuhan dan janji menginfakkan sebahagian daripadanya ke jalan Allah tanpa bakhil dan membangkit-bangkitkan pemberiannya.

Yakni ia menginfakkannya tepat seperti yang dikehendaki Allah iaitu untuk memberi kegembiraan dan mententeramkan hati penerima, untuk mengukuhkan hubungan dengan saudaranya kerana Allah dan juga untuk memenuhi keperluan seluruh kelompok muslimin agar (kehidupan kelompok ini) tegak di atas asas takaful dan saling bantu-membantu.

Perbuatan membangkitkan pemberian akan menghapuskan semua kebaikan ini dan mengubah infak itu menjadi racun dan api. Perbuatan itu adalah satu perbuatan yang mudarat walaupun tidak disertai dengan perbuatan mudarat yang lain seperti memukul dan mencaci maki. Ia adalah salah satu perbuatan mudarat yang menghapuskan pahala infak, memecah belahkan masyarakat dan menimbulkan dendam kesumat.

Sesetengah ahli psikologi pada hari ini berpendapat bahawa reaksi tabiat jiwa manusia terhadap bantuan ihsan ialah lahirnya permusuhan di suatu hari yang akan datang. Mereka memberi sebab kerana si penerima itu merasa dirinya rendah dan kurang di hadapan si pemberi dan perasaan ini akan terus menghiriskan hatinya lalu ia berusaha mengatasi perasaan ini dengan mengambil sikap bermasam muka terhadap si pemberi dan memendam perasaan permusuhan terhadapnya.

Ini kerana pada hematnya pemberi inilah yang menyebabkan dia selalu merasa lemah dan kurang di hadapannya, juga kerana si pemberi ini mahu supaya penerima selalu merasa bahawa dia berhutang budi kepadanya. Inilah perasaan yang menambahkan kepedihan hati penerima dan akhirnya perasaan ini berubah kepada permusuhan.

Semuanya ini mungkin betul berlaku di dalam masyarakat jahiliah, iaitu masyarakat yang tidak dikuasai semangat Islam dan diperintahkan oleh Islam. Pun begitu, agama Islam telah menghadapi masalah ini dengan suatu cara yang lain. Ia menghadapinya dengan menanamkan di dalam hati manusia bahawa harta itu ialah harta Allah dan segala rezeki yang ada di dalam tangan para hartawan itu adalah rezeki Allah belaka. Inilah satu hakikat yang tiada sesiapapun mahu mempertikaikannya kecuali si jahil yang tidak mengetahui punca-punca rezeki yang jauh dan dekat.

Seluruh punca rezeki adalah daripada limpah kurnia Allah. Tiada suatu pun dari punca rezeki itu dimiliki manusia. (Misalnya) untuk mewujudkan sebiji gandum berbagai kuasa dan tenaga alam turut bekerjasama, iaitu dimulai dari matahari kepada bumi, kepada air dan kepada udara dan seluruhnya tidak terletak di bahawa kuasa manusia. Demikianlah juga setitis air, seurat benang pakaian dan segala benda yang lain adalah sama dengan sebiji gandum (dalam proses kewujudan).

Oleh itu apabila seseorang hartawan memberi sedikit hartanya, maka sebenarnya ia memberi harta Allah dan apabila ia meminjamkan sesuatu kepada seseorang, maka sebenarnya ia adalah pinjaman Allah yang akan membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Penerima yang susah dan miskin hanya alat dan sebab sahaja untuk membolehkan pemberi itu menerima ganjaran yang berlipat ganda daripada infak yang telah diberikannya daripada harta Allah itu.

Kemudian al-Quran menerangkan peradaban-peradaban yang sedang dibicarakan sekarang untuk menguatkan konsep ini di dalam hati manusia supaya tiada seseorang pemberi pun yang merasa angkuh dan tiada seseorang penerima pun yang merasa terhina kerana kedua-duanya makan daripada rezeki Allah belaka.

Bagi para pemberi, mereka akan memperoleh ganjaran mereka daripada Allah jika mereka memberi harta Allah ke jalan Allah itu dengan menjunjung peradaban-peradaban yang digariskan oleh Allah dan mematuhi perjanjian yang dimeteraikannya dengan Allah.

Iktibar Ayat:

* Al-Maghari berkata: "Allah mengurniakan tambahan tanpa had kepada yang bersedekah pada jalan-Nya."

* Ibnu Kathir berkata: "Allah menguji mereka yang berinfak pada jalan Allah dengan syarat tidak mengungkit apa yang dibelanjakannya."

* Mengisbatkan sifat Allah yang Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.

Butiran selanjutnya ...

Hak penjagaan anak selepas perceraian : Tanggungjawab siapa?


gambar hiasan


“Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.” Perkahwinan adalah ikatan yang suci diantara suami dan isteri, namun disebabkan tiada lagi persefahaman maka ramai pasangan yang memilih jalan pintas untuk berpisah daripada duduk berbincang meleraikan kekusutan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talak (perceraian).”

Perceraian dibenarkan dalam Islam atas sebab-sebab tertentu seperti suami isteri sudah tidak lagi bahagia hidup bersama disebabkan masalah komunikasi, penderaan fizikal atau emosi, masalah seksual atau tidak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam berumahtangga sehingga menimbulkan pertelingkahan.

Islam menetapkan sekiranya memilih untuk bercerai, ia perlulah dilakukan dengan tertib dan beradab. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud: “Talak (yang dapat dirujuk dua kali). Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.”

Namun begitu, tidak ramai yang berbuat demikian. Kebanyakannya sanggup membuka pekung di dada, menceritakan keburukan pasangan hatta apa yang berlaku di dalam selimut pun sanggup diceritakan tanpa segan silu.

Malah yang lebih menyedihkan ialah apabila berlaku perceraian hak penjagaan anak seringkali menjadi rebutan dan nafkah anak tidak ditunaikan. Oleh sebab itu, bagi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup anak agar dapat terus hidup dengan tenang dan gembira, penting bagi pasangan mengetahui tentang hadhanah (hak jagaan anak).

Hadhanah bermaksud pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.

Dalam Islam, tanggungjawab memelihara anak terletak dibahu ibu bapa. Apabila berlaku perceraian, timbul persoalan siapakah yang akan memikul tanggungjawab tersebut.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar yang bermaksud, Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku.” Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda: “Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.” (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis ini jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya. Pertimbangannya adalah kerana tugas mendidik anak sesuai dengan sifat lahiriah ibu yang lebih penyayang, lebih tahu dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya.

Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUKIS) 2003, ibu adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Namun begitu hak hadhanah yang diberikan kepada ibu boleh terlucut sekiranya si ibu tidak memenuhi salah satu syarat sepertimana berikut : “Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu.”

Peruntukan Seksyen 83 EUKIS juga sejajar dengan maksud hadis di atas yang menyatakan bahawa seorang ibu itu akan hilang kelayakan menjaga anaknya jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, ibu itu berkelakuan buruk yang keterlaluan dan terbuka, ibu itu sering bertukar tempat tinggal (tempat bermastautin) bagi menghalang bapa kanak-kanak tersebut menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, ibu itu murtad dan ibu itu didapati cuai dan menganiayai kanak-kanak tersebut.

Walaupun demikian, perlu dijelaskan bahawa walaupun ibu telah berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, itu tidak bermakna hak jagaan anak akan berpindah kepada bapa kandung dengan mudah. Bekas suami perlu membuktikan bahawa perkahwinan semula bekas isterinya itu akan mengganggu anak mereka. Jika bekas suami ingin menggunakan mana-mana alasan di atas, mereka perlu mengemukakan bukti yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

Apabila ibu hilang kelayakan menjaga maka hak jagaan anak itu berpindah kepada waris terdekat iaitu:
  1. nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
  2. bapa;
  3. nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
  4. kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  5. kakak atau adik perempuan seibu;
  6. kakak atau adik perempuan sebapa;
  7. anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  8. anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
  9. anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
  10. ibu saudara sebelah ibu;
  11. ibu saudara sebelah bapa dan waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari’.

Berapakah had umur anak yang boleh dijaga oleh ibu? Menurut hujah kitab Kifayah al-Akhyar, Juz 2, halaman 93: “Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu berumur tujuh tahun (mumaiyiz).”

Fuqaha berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyiz ini. Namun begitu, menurut kebiasaan, anak lelaki dianggap telah mumaiyiz apabila berumur tujuh tahun dan anak perempuan pula berumur sembilan tahun. Selepas itu anak diberi pilihan untuk memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah SAW telah menyuruh seorang anak yang telah mumaiyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal.”

Menurut Seksyen 84 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dianggap belum mumaiyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur enam tahun. Manakala kanak-kanak perempuan pula dari bayi hingga berumur lapan tahun. Ini bermakna kanak-kanak lelaki yang telah berumur tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur sembilan tahun dianggap mumaiyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84 (2) keputusan yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan dengan pilihan anak.

Walaupun berlaku perceraian, hubungan di antara anak dengan ibu dan bapanya tidak terputus. Hubungan itu kekal sebagaimana kekalnya tanggungjawab bapa memberi nafkah kepada anaknya walaupun bapa tidak mendapat hak penjagaan anak tersebut. Ini termaktub dalam Seksyen 72 EUKIS. Nafkah termasuklah menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pelajaran dan apa-apa keperluan anak tersebut.

Soal nafkah turut dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 di mana Allah berfirman yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian…”

Perebutan untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anak bagi pasangan yang bercerai tidak akan berlaku sekiranya mereka faham akan hak dan tanggungjawab masing-masing. Adalah baik sekiranya hak penjagaan anak dan nafkah mereka diselesaikan dengan cara yang tenang dan jelas sebelum perceraian difailkan di mahkamah.

Sekiranya ditakdirkan jodoh tidak panjang, mungkin ada hikmah disebaliknya. Janganlah rasa dendam dan marah pada pasangan dilepaskan pada anak yang tidak mengerti apa yang berlaku. Hak penjagaan anak perlulah diterima dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan.

Kebanyakan pasangan merasakan mereka perlu bersaing untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Apabila hak tersebut diberikan, mereka menganggap ia satu kemenangan dan yang kalah tidak berpuas hati. Eloklah direnungkan pandangan Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh as-Sunnah Juz 8 halaman 219: “Sesungguhnya setiap penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak lebih penting daripada hak penjaganya.”

Wallahu 'alam.




Rujukan : YADiM

Butiran selanjutnya ...

Hadis: Golongan yang mendapat naungan Allah


DARIPADA Abu Hurairah r.a., Rasulullah Nabi SAW bersabda: "Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil, pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah, insan yang hatinya terpaut dengan masjid, dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takutkan Allah, insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran hadis:

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil - Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya - Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid - Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah - Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah! - Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya - Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah - Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Renung-renungkan!




Sumber : JAKiM

Butiran selanjutnya ...

Rabu, April 09, 2008

7 kebahagiaan dalam hidup


Assalamualaikum warahmatullah,

Ibnu Abbas r.a. adalah seorang sahabat Nabi saw, pernah ditanya pada suatu hari mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dunia. Ibnu Abbas telah menjawab dengan mengatakan bahawa terdapat 7 (tujuh) kunci kebahagiaan hidup di dunia, iaitu:

Pertama, Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh. Pasangan hidup yang soleh akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula. Di akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta pertanggungjawaban dalam mengajak isteri dan anaknya kepada amal kesolehan.

Berbahagialah menjadi seorang isteri bila memiliki suami yang soleh, yang pasti akan bekerja keras untuk mengajak isteri dan kesemua anak-anaknya menjadi Muslim yang soleh. Demikian pula seorang isteri yang soleh akan memiliki kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suaminya, walau betapa buruk sekalipun perlakuan suaminya.

Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki seorang isteri yang soleh.

Kedua, Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur. Memiliki jiwa syukur bererti selalu menerima sekadar apa adanya (qona’ah), inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur.

Seseorang yang pandai bersyukur mudah memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga apa pun yang diberikan oleh Allah tetap diterimanya dengan dada yang terbuka malah sentiasa redha dengan keputusan yang telah Allah tetapkan. Maka berbahagialah kepada orang yang pandai bersyukur.

Ketiga
, iaitu memiliki umur yang berkat. Maknanya, umur yang semakin tua semakin soleh dan setiap detik masa akan diisi dengan membuat amal ibadah. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk bekalan akhirat (melalui amal ibadah) maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Sang penciptanya.

Inilah semangat “hidup” orang-orang yang berkat umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang telah dianugerahkan umur yang berkat.

Keempat, al auladun abrar, iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Di kala Rasulullah SAW sedang bertawaf, baginda telah bertemu denga seorang anak muda yang memiliki badan yang sedang melecet. Setelah selesai tawaf, Rasulullah SAW telah bertanya kepada anak muda itu, “Kenapa dengan badan mu itu?” Jawap anak muda itu, “Ya Rasulullah, saya dari Yaman dan mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika membuang hajat, ketika solat atau ketika istirehat, selain itu saya akan selalu mengendongnya.”

Lalu anak muda itu bertanya, “Ya Rasulullah, Apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?” Rasulullah SAW sambil memeluk anak muda itu dan menyatakan, “Sesungguhnya Allah redha kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orang tuamu tidak terbalaskan olehmu.”

Dari hadis tersebut kita mendapat gambaran bahawa nyata segala amal ibadah kita sememangnya tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita, namun pada kadar yang minimum sekalipun, kita sewajarnya memulainya dengan menjadi anak yang soleh. Di mana doa anak yang soleh atau solehah adalah dijamin akan dimakbulkan oleh Allah.

Berbahagialah kita bila memiliki anak yang soleh atau solehah.

Kelima, albiatu sholihah, iaitu memiliki lingkungan yang kondusif untuk iman kita. Yang dimaksudkan dengan lingkungan yang kondusif ialah kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi untuk menjadikannya sebagai sahabat karib kita, haruslah orang-orang yang mempunyai nilai tambah terhadap keimanan kita.

Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh. Orang-orang yang soleh akan selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila kita berbuat salah. Orang-orang yang soleh adalah orang-orang yang bahagia kerana nikmat iman dan nikmat Islam yang selalu terpancar pada cahaya wajahnya.

Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang soleh.

Keenam, tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama. Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam. Semakin ia terangsang untuk belajar lebih jauh lagi mengenai sifat-sifat Allah dan ciptaan-Nya.

Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

Maka berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.

Ketujuh
, al malul halal, atau harta yang halal. Paradigma dalam Islam mengenai harta bukanlah banyaknya harta tetapi halalnya. Ini tidak bererti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya.

Dalam riwayat Imam Muslim di dalam bab sedekah, Rasulullah saw pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangannya. “Kamu berdoa sudah bagus,” kata Nabi saw, “Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapati secara haram, bagaimana doanya akan dimakbulkan?”

Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dimakbulkan Allah.




Sumber: Mohd Huzairi Zainuddin, Perunding Motivasi Self Dynamic and management Training Consultant

Butiran selanjutnya ...

Fahami fitrah kanak-kanak

Oleh SAODAH ABD. RAHMAN

Ramai ibu bapa amat ghairah menekankan pendidikan akademik kepada kanak-kanak sehingga terlupa bahawa kanak-kanak memerlukan kebebasan untuk bergaul dan bermain bersama rakan-rakan. Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak-anak supaya menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang berbeza taraf hidup dan kedudukan.

Sikap mengurung anak-anak di rumah kerana ingin menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dalam umur yang begitu muda adalah bertentangan dengan fitrah ciptaan kanak-kanak.

Kebijaksanaan dan kecemerlangan seseorang adalah berdasarkan kepada pendedahan dan pengalaman hidup sejak dari alam kanak-kanak sehingga dewasa. Jika anak-anak dididik dan dibesarkan dengan ilmu akademik dan tidak didedahkan kepada alam persekitaran, keagamaan dan pergaulan dengan rakan-rakan maka beliau tidak mampu untuk menyesuaikan diri apabila terdedah kepada suasana yang begitu bebas dan tidak terbatas.

Psikologi kanak-kanak perlu difahami oleh kedua-dua ibu bapa jika mereka ingin melihat kejayaan anak-anak mereka. Cara Rasulullah SAW mendidik dan memelihara Aisyah, isterinya yang termuda perlu dijadikan panduan oleh umat Islam. Apabila baginda berkahwin dengan Aisyah, umurnya ketika itu baru menjangkau tujuh tahun dan masih bermain dengan anak patung.

Baginda memberi kebebasan kepada Aisyah bergaul dengan rakan-rakannya sehingga bunyi riuh-rendah dalam rumah baginda kerana Aisyah ghairah bernyanyi bersama rakan-rakannya. Apabila Abu Bakar melalui rumah Rasulullah beliau mendengar Aisyah dan rakan-rakannya menyanyi dan membuat bising lalu beliau masuk ke rumah baginda dan memarahi Aisyah. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar bahawa Aisyah berhak menunaikan haknya sebagai kanak-kanak dan bergembira bersama rakan-rakannya.

Kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya sekadar dalam akademik sahaja. Pemikiran kanak-kanak akan berkembang secara sihat dan cemerlang apabila mereka didedahkan kepada persekitaran.

Ketika ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengasuh kanak-kanak memahami erti kehidupan dalam konteks alam kanak-kanak. Imam al-Ghazali menggalakkan umat Islam supaya mendidik anak-anak memahami perasaan rakan-rakan mereka.

Anak-anak orang kaya perlu bergaul dengan anak-anak orang miskin supaya mereka dapat memahami bahawa dalam dunia ini ada manusia yang memerlukan pertolongan.

Melalui pergaulan seperti ini kanak-kanak akan membesar secara sihat dan bijaksana. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kebajikan masyarakat bukan untuk mengaut kekayaan kerana jiwa mereka telah sebati dengan jiwa masyarakat.

Ibu bapa yang tidak bergaul dengan masyarakat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap didikan anak-anak di rumah sehingga anak-anak tidak bebas bergaul dengan rakan-rakan di luar rumah adalah bertentangan dengan konteks kehidupan umat Islam.

Mereka hanya berjaya mendidik anak- anak menjadi cemerlang dalam akademik sehingga mengagumkan orang lain. Hakikatnya, mereka tidak menyedari bahawa sikap mereka boleh menyebabkan anak-anak menghadapi kejutan budaya apabila terdedah kepada alam sekular yang terlalu bebas.

Sikap terlalu mengutamakan pelajaran akademik sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan adalah bertentangan dengan konsep kemanusiaan kerana manusia dicipta sebagai 'makhluk yang hidup bermasyarakat'.

Alam kanak-kanak adalah satu alam yang indah di mana kanak-kanak sama ada miskin atau kaya terlalu gembira apabila dikerumuni oleh rakan-rakan.

Apabila kanak-kanak tidak dibenarkan bergaul dan bergembira bersama kanak-kanak lain maka kehidupan mereka berada dalam alam yang derita. Perasaan demikian tersemat dalam hati nurani mereka.

Ketika mendapat kebebasan dan di luar kawalan ibu bapa, mereka gagal untuk mengimbangi kehidupan sosial dengan kehandalan ilmu akademik yang dimiliki oleh mereka. Ini adalah dilema yang dihadapi oleh Sufiah Yusof yang terkenal sebagai gadis pintar.

Dalam keadaan sedemikian adalah sukar untuk umat Islam dari negara lain mencampuri urusan peribadi Sufiah kerana beliau merupakan rakyat Britain. Perlembagaan Britain memberi kebebasan sepenuhnya kepada remaja berumur lapan belas tahun menikmati hak kebebasan mereka.

Ibu bapa tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan peribadi mereka. Pelacuran merupakan salah satu sumber pendapatan yang diiktiraf oleh perlembagaan British.

Bagi Sufiah yang tidak mempunyai pendidikan dan kesedaran agama melibatkan diri dalam pelacuran merupakan sumber pendapatan baginya. Beliau tidak merasai bersalah kerana kegiatan tersebut merupakan sesuatu yang lumrah dilakukan oleh pelajar wanita di negara Barat.

Kegiatan tersebut juga telah menular ke negara ini. Terdapat pelajar-pelajar wanita dari universiti tempatan juga menjadikan kegiatan pelacuran sebagai sumber pendapatan untuk kehidupan mewah dan bergaya.

Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hak untuk mencampuri sebarang urusan peribadi rakyat British mengikut perlembagaan negara tersebut. Adalah sukar bagi sebuah kerajaan Islam mencampuri urusan peribadi rakyat Britian.

Bagi masyarakat Britian yang sekular, wang dan harta merupakan matlamat hidup individu. Oleh itu kerajaan Malaysia perlu menghormati perlembagaan negara tersebut tanpa mengeruhkan keadaan lantaran untuk membantu seorang wanita pintar yang menghadapi kejutan budaya.

Urusan Sufiah sepatutnya diuruskan oleh persatuan-persatuan Islam di Britian dengan menggunakan pendekatan secara hikmah. Proses pemulihan beliau memerlukan masa yang lama kerana sistem pendidikan yang dihadapi oleh Sufiah adalah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

Oleh itu umat Islam perlu memahami bahawa kebijaksanaan dalam akademik tidak boleh dijadikan ukuran terhadap kejayaan seseorang individu jika sistem pendidikan tidak diimbangi dengan pendidikan kerohaniaan dan keagamaan.

Sumber: UtusanOnLine 08/04/2008

Butiran selanjutnya ...

Isnin, April 07, 2008

加藤いづみ「好きになってよかった」

好きになってよかった

雨が降っているよ 震えてる胸の中
いつのまに私たち すれちがいはじめたの
もっともっと最後に 話したいことあったけど
涙にかわりそうで 言葉にできなかった

好きになってよかった 初めてそう思った
あの日描いた夢は 今雨の中消えるよ
好きになってよかった 悲しいことがあっても
つまづかないで歩けると 信じていたい

街かどのショーウィンドゥ ひとりきり立ち止まる
前髪直すふりで そっと涙をふいた

忘れられる日まで ひとりで生きてみよう
同じ夢を見てた ふたりどこにもいないよ
好きになってよかった 寂しさに出逢っても
想い出のひとつひとつは 生きているから

好きになってよかった 初めてそう思った
あの日描いた夢は 今雨の中消えるよ
好きになってよかった 悲しいことがあっても
つまづかないで歩けると 信じていたい
いつまでも



Butiran selanjutnya ...

Khamis, April 03, 2008

Suami juga boleh nusyuz


Oleh Zuarida Mohyin

APABILA disebut perkataan nusyuz, sudah tentu tergambar dalam fikiran kita seorang isteri yang derhaka atau tidak mentaati suami tanpa ada sebarang keuzuran syarie. Gambaran tersebut seolah-olah nusyuz ini hanya berlaku pada pihak isteri sedangkan dalam al-Quran dan al-sunah jelas menunjukkan nusyuz tidak hanya berlaku pada pihak isteri bahkan ia juga berkemungkinan berlaku pada suami.

Berdasarkan realiti semasa yang berlaku pada hari ini, peratusan nusyuz dari pihak suami yang melibatkan penderaan dari segi fizikal dan mental terhadap isteri adalah lebih tinggi berbanding nusyuz isteri terhadap suaminya.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fattah Wan Ismail berkata, menurut Ibn Manzur, seorang penulis lisan al-arab, dari segi bahasa nusyuz berasal daripada perkataan Arab iaitu nashaza, yanshuzu, nushuzan yang memberi beberapa maksud, antaranya bangkit dari tempatnya atau bangun, tempat yang tinggi atau suami isteri saling membenci.

Katanya, para fuqaha dan ulama-ulama tafsir telah memberi pelbagai definisi mengenai nusyuz. Menurut Imam Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab, nusyuz ialah isteri yang menderhakai, angkuh serta ingkar terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada mereka mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap suami mereka.

"Namun definisi ini hanya menjurus kepada nusyuz di pihak isteri sahaja sedangkan nusyuz juga berlaku pada suami. Maka nusyuz dapat ditakrifkan sebagai suami atau isteri yang cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah tanpa ada sebarang alasan yang disyarakkan untuk dikecualikan daripada melaksanakan amanah-amanah tersebut," kata Abdul Fattah.

Nusyuz suami jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud, "Jika seseorang wanita khuatirkan nusyuz atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan perdamaian. Itu adalah lebih baik bagi mereka walaupun manusia menurut tabiatnya yang kikir dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (nusyuz atau sikap acuh tidak acuh) dan sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan." (Surah an-Nisaa’: 128)

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud, "Oleh itu janganlah kamu cenderung melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga membiarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awangan)." (Surah an-Nisaa’: 129)

Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang mempunyai dua orang isteri dan cenderung kepada seorang tidak kepada seorang lagi, maka suami tersebut akan dibangkitkan pada hari Kiamat dengan sebahagian daripada badannya dalam keadaan condong (senget sebelah)." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Dalil-dalil dan sunah di atas mengukuhkan lagi bahawa nusyuz bukan setakat berlaku di pihak isteri bahkan ia juga berkemungkinan berlaku pada pihak suami.

Tambah Abdul Fattah, antara perbuatan suami yang dianggap sebagai nusyuz adalah tidak memberi nafkah zahir dan batin. Pemberian nafkah ini merupakan kewajipan suami yang perlu ditunaikan. Firman Allah yang bermaksud, "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya (nafkah suami kepada isterinya) dan orang yang sempit rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya." (Surah at-Talaq: 7)

Imam al-Tirmizi meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda bermaksud, "Suami hendaklah memberi makan kepadanya (isteri) jika ia hendak makan dan kamu (suami) hendaklah memberi kepadanya (isteri) pakaian jika ia berhajat kepada pakaian."

Selain itu, kata beliau, tindakan bercakap kasar dengan isteri seperti mengherdik, menghina dan memukul tanpa sebab sedangkan isteri taat dan tidak derhaka kepada suaminya juga dianggap sebagai nusyuz. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Janganlah sesekali kamu memukul di muka, kamu tidak boleh memperolok-olokkannya dan juga kamu tidak meninggalkannya (berasingan tempat tidur) kecuali di rumah sendiri." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Nasihat

Katanya, dalam surah an-Nisaa’ ayat 34, syarak menganjurkan beberapa kaedah yang perlu digunakan oleh suami bagi menangani isteri nusyuz iaitu dimulakan dengan nasihat diikuti dengan pemulauan tempat tidur dan akhir sekali pukul yang tidak mencederakan.

Kaedah yang serupa juga perlu digunakan oleh isteri bagi menangani permasalahan suami nusyuz seperti mana yang telah dinyatakan dalam surah al-Nisa’ ayat 127. Ia dimulai dengan nasihat, pemulauan dan perdamaian. Walau bagaimanapun, isteri tidak boleh menggunakan kaedah memukul untuk menghadapi suami nusyuz seperti yang dibenarkan kepada suami bagi menghadapi isteri nusyuz.

Menurut Muhsin Atawi dalam kitabnya al-Tasawwur fi Ma'rifat al-Islam, suami isteri mempunyai hak yang sama antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Isteri berhak untuk menasihati suami tentang kelebihan bagi suami yang bertanggungjawab dan mengingatkan mereka tentang azab yang bakal diterima bagi suami yang mengabaikannya. Moga-moga dengan nasihat tersebut suami akan sedar dan insaf serta kembali melaksanakan kewajipannya sebagai seorang suami seperti yang dikehendaki agama.

Sungguhpun isteri berhak untuk memulau suaminya yang nusyuz namun berdasarkan kepada nas-nas dan hadis, pemulauan daripada pihak isteri terhadap suami nusyuz hanya terhad dari segi percakapan dan bukan pada perbuatan. Pemulauan dari segi percakapan bermaksud isteri tidak bercakap dengan percakapan mesra berbanding sebelum ini atau isteri berdiam diri dalam tempoh tidak lebih daripada tiga hari dengan tujuan untuk menyedarkannya.

Tempoh pemulauan percakapan (berdiam diri) tidak boleh melebihi tiga hari kerana bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Tidak halal (haram) bagi seseorang muslim tidak bertegur sesama saudara seagama melebihi tiga hari." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Namun pemulauan dari segi perbuatan dengan menolak ajakan suami untuk bersetubuh sekalipun suami nusyuz adalah tidak dibenarkan oleh agama. Kenyataan ini berdasarkan kepada maksud umum daripada sabdaan Rasulullah SAW bermaksud, "Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur, namun isterinya menolak ajakan tersebut dan (tindakan tersebut) membuatkan suaminya marah, maka para malaikat akan melaknatinya (isteri) sehinggalah waktu pagi." (Hadis Riwayat Muslim)

Sekiranya nasihat dan pemulauan tidak dapat menginsafkan maka kaedah seterusnya adalah melalui perdamaian. Tindakan perdamaian ini juga disyorkan oleh Allah bagi menghadapi suami nusyuz. Firman-Nya yang bermaksud, "Jika seseorang wanita khuatirkan nusyuz atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian." (Surah an-Nisaa’: 128)

Tambahnya, perdamaian yang dimaksudkan ialah isteri mengurangkan hak yang perlu ditunaikan oleh suami terhadapnya seperti mengurangkan kadar mahar yang tertangguh, nafkah atau hak-hak persamaan (bagi yang berpoligami). Tindakan isteri ini adalah bertujuan untuk mengembalikan ketenteraman dan keamanan dalam rumah tangga.

Imam Nawawi ada menyatakan dalam kitab al-Majmu’: Apabila telah jelas tanda-tanda nusyuz pada suami disebabkan umur isteri telah lanjut ataupun dalam keadaan sakit dan pada waktu itu isteri berpendapat dengan mengurangkan hak-haknya seperti mengurangkan nafkah, hak kesamarataan dan seumpamanya dapat menjernihkan hubungan mereka semula maka ia adalah dibenarkan.

Para suami hendaklah sedar dan faham akan tanggungjawab mereka terhadap keluarga khususnya terhadap isteri. Mereka hendaklah memikul amanah dengan penuh tanggungjawab dan tidak sesekali mengabaikan masa depan anak serta isteri. Hasil daripada kelalaian ini akan mengakibatkan para suami akan menerima azab yang pedih apabila bertemu Allah kelak.

Kesan jika nusyuz dibiarkan berlarutan

Sekiranya kesemua kaedah yang telah disyorkan oleh syarak di atas tidak dapat mengubah sikap suami yang nusyuz, maka isteri hendaklah mengadu kepada mereka yang dapat menyelesaikan permasalahan tersebut termasuklah ahli keluarga atau terus bertemu pihak kadi.

Menurut Dr. Muhammad Uqlah dalam Nizam al-Usrah: Isteri tidak seharusnya berdiam diri sekira suaminya tetap nusyuz sekalipun kesemua kaedah yang disyorkan syarak telah digunakan. Ini kerana jika dibiarkan keadaan akan menjadi bertambah buruk.

Sebaliknya isteri hendaklah mengadu kepada pihak-pihak yang dapat menyelesaikan permasalahan mereka seperti ahli keluarga dan sebagainya. Sekiranya keadaan tersebut masih tidak dapat dikawal maka isteri hendaklah adukan perkara tersebut kepada pihak kadi agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan nusyuz suami.

Sumber: Utusan Malaysia (17/06/2006)



Butiran selanjutnya ...

Selasa, April 01, 2008

Sel Stem: Terapi terkini kecederaan lutut

Oleh: Avila Geraldine

MUNGKIN anda pernah atau sedang mengalami sakit lutut tetapi tidak begitu mengambil berat tentang kesakitan tersebut kerana berfikir ia tidaklah begitu serius. Namun, jika rasa sakit pada lutut berterusan, ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup dengan mengehadkan pergerakan kerana khuatir rasa sakit bertambah.

Terdapat banyak kaedah rawatan sedia ada untuk merawat kecederaan pada lutut dan mengurangkan kesakitan, mengikut bentuk kecederaan yang dialami pesakit. Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan jika masalah yang dihadapi melibatkan kemerosotan fungsi dan struktur pada tulang, otot dan sendi lutut. Tidak kurang juga pesakit yang terpaksa hidup dengan rasa sakit akibat menerima rawatan yang kurang atau tidak berkesan.

Namun, mungkin perkembangan teknologi terkini telah membuka lembaran baru dalam satu kaedah rawatan yang telah sekian lama digunakan untuk merawat penyakit lain. Kaedah ini mungkin dapat membantu pesakit dengan masalah lutut mempunyai hidup yang lebih berkualiti.

Sel stem

Sebelum ini anda mungkin pernah mendengar atau terbaca tentang penyakit-penyakit seperti barah darah (leukemia), talasemia, jantung, diabetes dan penyakit Parkinson yang boleh dirawat dengan menggunakan sel stem. Kini, dengan adanya teknologi terapi sel stem, mereka yang mengalami kecederaan lutut yang teruk atau mengalami osteoartritis tidak perlu hidup dalam kesakitan.

Sel stem merupakan sel induk atau sel tunjang yang boleh membentuk pelbagai jenis sel dalam tubuh manusia seperti sel saraf, sel kulit, sel darah dan pelbagai jenis sel lain. Melalui penggunaan sel stem, satu kaedah baru telah ditemui untuk mengubati beberapa penyakit termasuklah kecederaan lutut. Antara punca utama sakit lutut adalah osteoartiristis iaitu penyakit degeneratif (kemerosotan) sendi dan ia bukan sahaja dialami oleh golongan warga emas tetapi juga golongan muda.

Faktor risiko untuk osteoartiristis termasuklah obesiti, penggunaan sendi yang berlebihan, kecederaan akibat daripada cara kerja atau bersukan, pembedahan, usia dan sejarah keluarga (genetik).

Penemuan terbaru terapi kecederaan lutut dengan menggunakan sel stem oleh Pakar Runding Ortopedik Pusat Perubatan Kesukanan Kuala Lumpur (KLSMC), Dr. Saw Khay Yong, dipercayai bakal mencipta nama negara dalam bidang perubatan kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya di rantau Asia.

“Kita biasanya mendengar banyak rungutan orang ramai mengenai sakit sendi lutut semasa mereka berjalan, naik atau turun tangga dan kadangkala terdapat bunyi bergesel (meretih) atau berasa tidak selesa menggerakkan sendi. Saya menasihati agar mereka yang mengalami situasi sebegini berjumpa dengan pakar runding ortopedik sebelum keadaan menjadi lebih serius,” kata Dr. Khay Yong.

Bermula daripada penyelidikan haiwan dua tahun lalu yang diketuai oleh Dr. Khay Yong dan rakan-rakan sekerja di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), mereka menemui satu prosedur amat mudah di mana kawasan kecacatan pada rawan lutut digerudi bagi menggalakkan pendarahan di bawah sumsum tulang.

Penyelidikan tersebut juga dijalankan dengan bantuan StemLife Therapeutics.

“Seminggu selepas itu, suntikan berterusan yang mengandungi sel stem bersama asid hyalgen atau asid hyaluronik dilakukan ke dalam sendi lutut. Dari model haiwan, kami berjaya menunjukkan bukti pembaharuan rawan di permukaan sendi yang serupa dengan rawan yang normal,” kata Dr. Khay Yong.

Beliau menjelaskan, penemuan kaedah terapi terbaru ini dilakukan dengan menggunakan sel stem matang (adult stem cells) yang diambil daripada pesakit itu sendiri. Selepas pembedahan atroskopi, sel stem tersebut akan disemat ke kawasan kecederaan dengan campuran asid hyalgen melalui suntikan selama beberapa minggu.

Menurut beliau, prosedur mudah ini juga boleh dilakukan di mana-mana klinik luar. Dalam pembedahan atroskopi, beberapa tebukan di atas permukaan sendi tulang akan dilakukan. Pembedahan tersebut akan membentuk darah beku di permukaan tulang yang kemudiannya membentuk perancah bagi penumbuhan dan pembentukan semula rawan. Seminggu selepas proses tebukan tersebut, sebanyak 12.5 milimeter sel stem akan diambil daripada sumsum tulang pesakit.

Proses pemindahan sel stem seterusnya dilakukan dengan memasukkan semula sel stem ke dalam saluran darah dan proses ini hanya mengambil masa satu hingga dua jam serta tidak menyakitkan. Seminggu selepas itu, sel stem dengan asid yang dikenali sebagai asid haylgen akan disuntik ke lutut seminggu sekali untuk tempoh lima minggu. Lima lagi suntikan akan diberikan setiap hari kepada pesakit selepas tempoh lima minggu itu untuk menggalakkan sel stem keluar daripada sumsum tulang.

Kelebihan

Terapi sel stem menggunakan kemampuan dan keunikan sel stem untuk membentuk mana-mana jenis sel dan tisu dalam badan dan membolehkan rawan di permukaan sendi lutut membentuk semula kawasan sendi yang rosak. Dr. Khay Yong juga berkata, kebaikan prosedur ini adalah ia hanya membabitkan satu pembedahan sahaja, mudah dijalankan dan hanya memerlukan kos yang rendah.

Menurut Pengarah Urusan Stemlife Sdn Bhd, Sharon Low, sel stem penting dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia kerana ia merupakan sel induk yang boleh membentuk pelbagai jenis sel dalam badan manusia.

“Saya yakin penemuan terbaru ini mempunyai impak yang besar ke atas rawatan kecederaan lutut kerana kecederaan rawan merupakan perkara yang biasa berlaku ke atas lutut seseorang,” katanya.

Rawan merupakan tisu putih yang nipis dan lembut bagi membalut hujung tulang keras pada sendi lutut di samping bertindak sebagai mekanisma pelincir dan membantu kelancaran pergerakan sendi kerana sifatnya sebagai cecair pekat yang kenyal. Selain untuk penumbuhan rawan, sel stem juga berpotensi untuk memperbaiki kecederaan ortopedik lain seperti kecederaan tendon dan ligamen, kecederaan saraf, koyakan pada otot dan ulser pada kaki pesakit diabetes.

“Belum ada negara yang menggunakan teknik ini dan Malaysia adalah negara pertama yang membangunkan dan menggunakan prosedur ini,” kata Sharon.

Kata pesakit

Penemuan ini terbukti berkesan apabila seorang pesakit Lee Lay Kheng, 45, mengakui keadaan lututnya bertambah baik selepas menjalani terapi tersebut di KLSMC.

“Dua tahun yang lalu, saya mengalami sakit lutut yang teruk di kaki sebelah kiri dan setahun kemudian ia mula merebak ke lutut kanan. Saya memilih untuk menggunakan prosedur menumbuhkan semula rawan dan selepas menjalani pembedahan 3 minggu lalu, keadaan saya bertambah baik dan semakin pulih,” katanya ketika ditemui sedang menjalani fisioterapi di KLSMC.

Seorang lagi pesakit, Fauziah Fadzil, 44, yang berkerja sebagai Pengurus Tadika berkata, dia dan pesakit lain yang menerima rawatan sel stem ini akan menjalani fisioterapi selepas pembedahan.

“Sebelum terapi, saya mengalami sakit lutut yang amat teruk sehingga saya terpaksa menggunakan dua tongkat. Tetapi selepas menjalani terapi ini, saya hanya memakai satu tongkat sahaja dan sakit pun tidak dirasai semasa melakukan fisioterapi,” katanya.

Dengan kos rendah dan keputusan yang bagus, terapi lutut dengan menggunakan sel stem dijangka akan mendapat perhatian dan sambutan hebat di kalangan pesakit dan pakar bedah ortopedik di Malaysia dan seluruh dunia.

Sumber: Utusan 23/03/2008

Butiran selanjutnya ...

Rasulullah Berpoligami di Usia 51 tahun

Petikan: nurdi.multiply.com/reviews/item/82

Keputusan Mahkamah Konstitusi (MK) tentang hak uji materil soal Poligami yang menyatakan bahwa hidup berpoligami tidak bertentangan dengan Konstitusi Negara dan boleh dilakukan dengan sejumlah syarat, antara lain izin dari isteri pertama dan hakim, menimbulkan polemik tentang hal yang satu ini kembali.

Di satu sisi, yang berpandangan poligami halal dilakukan menggugat syarat adanya izin isteri pertama dan hakim mengingat hal itu tidak disyaratkan oleh Islam.
Sedang yang kedua, yang menolak adanya poligami berpandangan bahwa diperbolehkannya poligami hanya akan menambah penderitaan perempuan.

Terlepas dari kontroversi di atas, terlepas dari kontroversi aneka ayat dan kajian syariah yang biasa dipergunakan sebagai landasan argumentasi masing-masing pihak, maka ada baiknya kita menengok kembali perjalanan hidup Rasulullah SAW, seorang manusia teladan dan terbaik sepanjang zaman. Rasulullah berpoligami, namun pada situasi dan kondisi yang sangat khusus.

Poligami Rasulullah

Dalam sirah disebutkan, Rasulullah mengakhiri masa lajangnya di usia 25 tahun dengan mengawini seorang perempuan mulia bernama Khadijah binti Khuwalid yang saat itu merupakan seorang janda empat anak dari perkawinan sebelumnya dan telah berusia 40 tahun. Ini adalah pernikahan yang ditunjuk Allah karena Khadijah merupakan wanita mulia dan yang pertama memeluk Islam. Dari Rasulullah SAW, Khadijah mendapat 6 orang anak lagi.

Rasulullah menjalani monogami—tidak menikah lagi—selama 25 tahun bersama Khadijah. Tidak ada satu pun petunjuk bahwa selama bersama Khadijah, Rasulullah pernah menyatakan niat untuk melakukan poligami atau tergoda dengan perempuan lain. Kesetiaan terhadap Khadijah dijalaninya selama 25 tahun masa pernikahan hingga Khadijah wafat.

Jika Rasulullah mau poligami di masa itu, di saat masih muda dan prima, tentu Rasulullah akan mudah untuk melakukannya. Terlebih sejumlah pemimpin suku Quraisy pernah merayu Beliau dengan tawaran perempuan-perempuan paling cantik seantero Arab sekali pun agar Rasulullah mau menghentikan dakwahnya. Tawaran yang di saat sekarang ini sangat menggiurkan, sebuah tawaran yang banyak sekali membuat pejabat, Raja, Presiden, dan bangsawan jatuh dari kursi kekuasaannya, tidak membuat Rasulullah bergeming. Rasulullah tetap setia pada Khadijah dan Dakwah Islam.

Ketika Khadijah wafat di kala Rasulullah berusia 50 tahun, beberapa waktu dilalui Rasulullah dengan menduda. Barulah di saat usia beliau menginjak 51 atau dilain kisah ada yang menulis 52 tahun, maka Rasulullah mengakhiri masa dudanya dengan menikahi Aisyah yang baru berusia 9 tahun (ada catatan lain yang mengatakan Aisyah ketika dinikahi Rasulullah berusia 19 tahun). Namun pernikahan dengan Aisyah ini baru disempurnakan ketika Beliau hijrah ke Madinah.

Setelah dengan Aisyah, Rasulullah yang telah berusia 56 tahun menikah lagi dengan Saudah binti Zam’ah, seorang janda berusia 70 tahun dengan 12 orang anak. Setelah dari Saudah, Rasulullah kembali menikah dengan Zainab binti Jahsyi, janda berusia 45 tahun, lalu dengan Ummu Salamah (janda berusia 62 tahun). Di saat berusia 57 tahun, Rasulullah kembali menikahi Ummu Habibah (janda 47 tahun), dan Juwairiyah binti Al-Harits (janda berusia 65 tahun dengan telah punya 17 anak).

Setahun kemudian Rasulullah kembali menikahi Shafiyah binti Hayyi Akhtab (janda berusia 53 tahun dengan 10 orang anak), Maimunah binti Al-Harits (janda berusia 63 tahun), dan Zainab binti Harits (Janda 50 tahun yang banyak memelihara anak-anak yatim dan orang-orang lemah).

Setahun kemudian, Rasulullah menikah lagi dengan Mariyah binti Al-Kibtiyah (gadis 25 tahun yang dimerdekakan), lalu Hafshah binti Umar bin Khattab (janda 35 tahun, Rasulullah berusia 61 tahun), dan ketika berusia 61 tahun itulah Rasulullah baru menyempurnakan pernikahannya dengan Aisyah, saat mereka telah hijrah ke Madinah.

Dalam setiap pernikahan poligami yang dilakukan Rasulullah SAW terdapat keistimewaan-keistimewaan dan situasi khusus sehingga Allah mengizinkan Beliau untuk itu. Dari segala catatan yang ada, tidak pernah ada satu catatan pun yang menyatakan bahwa pernikahan poligami yang dilakukan Rasulullah disebabkan Rasulullah ingin menjaga kesuciannya dari perzinahan atau dari segala hal yang berkaitan dengan hawa nafsu. Maha Suci Allah dan Rasul-Nya.

Alasan yang banyak dikemukakan para poligamor sekarang ini dalam melakukan kehidupan poligami adalah untuk menjaga kesucian mereka dari perzinahan. Ini tentu tidak salah. Hanya saja, dengan memiliki isteri lebih dari satu, hal itu bukanlah jaminan bahwa seorang lelaki terbebas dari godaan terhadap perempuan lain. Rasulullah SAW tidak pernah menjadikan alasan ini untuk poligaminya.

Dalam tulisan kedua akan dipaparkan satu-persatu keistimewaan pernikahan poligami Rasulullah SAW., yang dilakukan bukan karena desakan hawa nafsu, bukan agar tidak tergoda lagi dengan perempuan lain, bukan untuk alasan klise menjaga syahwat, dan sebagainya. Tujuan poligami Rasulullah SAW memiliki landasan yang lebih agung dan mulia.
Bukan sekadar alasan yang dicari-cari agar bisa nikah lagi.

Sepeninggal Khadijah r. A., Rasulullah SAW sangat bersedih hati. Namun kesedihan ini tidak dipendam lama-lama karena dakwah Islam yang masih berusia sangat muda memerlukan penanganan yang teramat serius. Sebab itu, Rasulullah SAW memerlukan pendamping hidup sepeninggal Khadijah r. A. Maka beliau pun, atas izin Allah SWT, menikah kembali. Inilah keutamaan pernikahan-pernikahan yang dilakukan Rasulullah SAW sepeninggal Khadijah r. A. Seperti yang ditulis oleh Dr. M. Syafii Antonio, M. Ec dalam buku “The Super Leader Super Manager: Learn How to Succeed in Business & Life From The Best Example” (ProLM;Agustus 2007). Inilah petikannya:

Saudah binti Zum’ah

Ketika dilamar Rasulullah SAW, Saudah telah berusia 70 tahun dengan 12 anak. Perempuan berkulit hitam dari Sudan ini merupakan janda dari sahabat Nabi bernama As-Sukran bin Amral Al-Anshari yang menemui syahid keran menjadikan dirinya perisai hidup bagi Rasulullah di medan perang. Rasulullah yang ketika melamar Saudah telah berusia 56 tahun menikahi wanita itu agar Saudah bisa terjaga keimanannya dan terhindar dari gangguan kaum Musyirikin yang tengah hebat-hebatnya memusuhi umat Islam yang ketika itu masih sangat sedikit jumlahnya.

Zainab binti Jahsy

Tak lama setelah menikahi Saudah, Rasulullah mendapat perintah dari allah SWT untuk menikahi Zainab binti Jahsy, seorang janda berusia 45 tahun yang berasal dari keluarga terhormat. Pernikahan dengan Zainab ini merupakan suatu pelaksanaan perintah Allah SWT bahwa pernikahan haruslah sekufu. Zainab merupakan mantan isteri dari Zaid bin Haritsah.

Ummu Salamah binti Abu Umayyah

Setelah menikahi Saudah dan Zainab, Rasulullah kembali mendapat perintah Allah SWT agar menikahi puteri dari bibinya yang pandai mengajar dan juga pandai berpidato. Ummu Salamah binti Abu Umayyah, seorang janda berusia 62 tahun. Setelah menikah dengan Rasulullah SAW, Ummu Salamah kelak banyak membantu Nabi dalam medan dakwah dan pendidikan bagi kaum perempuan.

Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan

Dalam pengembangan dakwah Islam yang masih sangat terbatas, umat Islam mendapat cobaan ketika salah seorang darinya, Ubaidillah bin Jahsy, murtad dan menjadi seorang Nasrani. Secara syar’i, murtadnya Ubaidillah ini menyebabkan haram dan putusnya ikatan suami-isteri dengan Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan. Untuk menyelamatkan akidah janda berusia 47 tahun ini, Rasulullah mengambil langkah cepat dengan menikahi Ummu Habibah. Kelak langkah Rasulullah SAW ini terbukti tepat dengan aktifnya Ummu Habibah di dalam menunjang dakwah Islam.

Juwairiyyah binti Al-Harits al-Khuzaiyyah

Juwairiyyah adalah seorang janda berusia 65 tahun dengan 17 anak. Perempuan ini merupakan budak dan tawanan perang yang dibebaskan Rasulullah. Setelah dibebaskan Rasulullah SAW, Juwairiyyah dengan ke-17 orang anaknya tentu akan kebingungan karena dia sama sekali tidak memiliki seorang kerabat pun. Allah SWT memerintahkan Nabi SAW agar menikahi perempuan ini sebagai petunjuk agar manusia mau membebaskan budak dan memerdekakannya dari perbudakan dan penghambaan kepada selain Allah SWT.

Shafiyyah binti Hayyi Akhtab

Setahun setelahnya, saat berusia 58 tahun, Rasulullah kembali menikahi Shafiyah binti Hayyi Akhtab, seorang janda dua kali berusia 53 tahun dan memiliki 10 orang anak dari pernikahan sebelumnya. Shafiyyah merupakan seorang perempuan Muslimah dari kabilah Yahudi Bani Nadhir. KeIslaman Shafiyyah diboikot orang-orang Yahudi lainnya. Untuk menolong janda tua dengan 10 orang anak inilah Rasulullah SAW menikahinya.

Maimunah binti Al-Harits

Dakwah Islam tidak hanya diperuntukkan bagi orang-orang Arab semata, tetapi juga kepada manusia lainnya termasuk kepada orang-orang Yahudi. Sebab itu, Rasulullah kemudian menikahi Maimunah binti Al-Harits, seorang janda berusia 63 tahun, yang berasal dari kabilah Yahudi Bani Kinanah. Pernikahan ini dilakukan semata untuk mengembangkan dakwah Islam di kalangan Yahudi Bani Nadhir.

Zainab binti Khuzaimah bin Harits

Zainab binti Khuzaimah merupakan seorang janda bersuia 50 tahun yang sangat dermawan dan banyak mengumpulkan anak-anak yatim, orang-orang lemah, serta para fakir miskin di rumahnya, sehingga masyarakat sekitar menjulukinya sebagai “Ibu Fakir Miskin”. Guna mendukung secara aktif aktivitas janda tua ini maka Rasulullah menikahinya. Dengan pernikahannya ini Rasulullah ingin mencontohkan kepada umat-Nya agar mau bersama-sama menyantuni anak-anak yatim dan orang-orang lemah, bahkan dengan hidup dan kehidupannya sendiri.

Mariyah al-Kibtiyyah

Setelah delapan pernikahannya dengan para janda-janda tua dengan banyak anak, barulah Rasulullah SAW menikahi seorang gadis bernama Mariyah al-Kibtiyah. Namun pernikahannya ini pun bertujuan untuk memerdekakan Mariyah dan menjaga iman Islamnya. Mariyah merupakan seorang budak berusia 25 tahun yang dihadiahkan oleh Raja Muqauqis dari Iskandariyah Mesir.

Hafshah binti Umar bin Khattab

Dia merupakan puteri dari Umar bin Khattab, seorang janda pahlawan perang Uhud yang telah berusia 35 tahun. Allah SWT memerintahkan Rasulullah untuk menikahi perempuan mulia ini karena Hafshah merupakan salah seorang perempuan pertama di dalam Islam yang hafal dengan seluruh surat dan ayat al-Qur’an (Hafidzah). Pernikahan ini dimaksudkan agar keotentikan al-Qur’an bisa tetap terjaga.

Aisyah binti Abu Bakar

Puteri dari Abu Bakar Ash-Shiddiq ini merupakan seorang perempuan muda yang cantik, cerdas, dan penuh izzah. Allah SWT memerintahkan langsung kepada Rasululah SAW agar menikahi gadis ini. Pernikahan Rasululah dengan Aisyah r. A. Merupakan perintah langsung Allah SWT kepada Rasulullah SAW lewat mimpi yang sama tiga malam berturut-turut (Hadits Bukhari Muslim). Tentang usia pernikahan Aisyah yang katanya masih berusia 9 tahun, ini hanya berdasar satu hadits dhaif yang diriwayatkan oleh Hisyam bin ‘Urwah saat beliau sudah ada di Iraq, dalam usia yang sangat tua dan daya ingatnya sudah jauh menurun. Mengenai Hisyam, Ya’qub ibn Syaibah berkata, “Apa yang dituturkan oleh Hisyam sangat terpercaya, kecuali yang dipaparkannya ketika ia sudah pindah ke Iraq. ” Malik ibnu anas pun menolak segala penuturan Hisyam yang sudah berada di Iraq.

Oleh para orientalis, hadits dhaif ini sengaja dibesar-besarkan untuk menjelek-jelekan Rasulullah SAW. Padahal menurut kajian-kajian semacam al-Maktabah Al-Athriyyah (jilid 4 hal 301) dan juga kajian perjalanan hidup keluarga dan anak-anak dari Abu Bakar Ash-Shiddiq, maka akan diperoleh keterangan kuat bahwa Asiyah sesungguhnya telah berusia 19-20 tahun ketika menikah dengan Rasululah SAW. Suatu usia yang cukup matang uhtuk menikah. (lihat
artikelnya disini)

Bagi yang mau lebih jauh menelusuri tentang keterangan ini silakan menelusuri Tarikh al-Mamluk (Jilid 4, hal. 50) dari at-Thabari, Muassasah al-Risalah (Jilid.
2 hal. 289) dari Al-Zahabi, dan sumber-sumber ini dituliskan kembali oleh Dr. M. Syafii Antonio, M. Ec dalam buku “The Super Leader Super Manager: Learn How to Succeed in Business & Life From The Best Example” (ProLM;Agustus 2007). Jadi tidak benar tudingan dan fitnah para orientalis bahwa Rasulullah menikahi Aisyah di saat gadis itu masih berusia sangat belia.

Inilah pernikahan-pernikahan agung yang dilakukan Rasulullah SAW. Beliau banyak menikahi para janda tua dengan banyak anak sebelum menikah dengan dua gadis (Mariyyah dan Aisyah), itu pun atas perintah Allah SWT dan di saat usia Beliau sudah tidak muda lagi. Poligami yang diajarkan, yang disunnahkan Rasulullah SAW adalah poligami yang berdasarkan syariat yang sejati, bukan berdasar akal-akalan, bukan berdasarkan syahwat yang berlindung di balik ayat-ayat Allah SWT.

Jika sekarang banyak sekali orang-orang Islam yang melakukan poligami, mengambil isteri kedua, isteri ketiga, dan isteri keempat, yang semuanya masih gadis, cantik, muda usia, dan sesungguhnya tidak berada dalam kondisi yang memerlukan pertolongan darurat terkait keimanannya, maka hal itu berpulang kepada mereka masing-masing. Adakah poligami yang demikian itu sesuai dengan poligami yang dilakukan dan dijalani Rasululah SAW? Silakan tanya pada hati nurani masing-masing, karena hati nurani tidak pernah mampu untuk berbohong. Wallahu’alam bishawab. (Rizki/tamat)


Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails