KEMAMAN 10 Januari 2008 – Seorang wanita dihantuk berulang kali ke dinding rumah oleh suaminya sendiri yang berang kerana gagal mendapat wang untuk membeli pil kuda. Akibatnya, wanita tersebut hampir pengsan manakala dahi kanannya bengkak dan terpaksa dihantar ke Hospital Kemaman, di sini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Rumah Murah Bukit Kuang, di sini, pukul 11 pagi semalam. Katanya, lelaki tersebut berang kerana isterinya yang berusia 23 tahun itu enggan memberi wang kepadanya sedangkan dia sudah ketagihan pil kuda.
“Wanita tersebut kemudiannya membuat laporan polis dan suspek ditahan di rumahnya pada hari sama,” katanya di sini semalam. Wan Abdul Bari berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja itu kerap mencederakan isterinya.
Lelaki itu sebelum ini pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber : Kosmo 11/01/2008
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Januari 11, 2008
Penagih dadah hantuk isteri ke dinding
Susunan :
Bawang Goreng
pada
1/11/2008 04:13:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...