PAGE

Khamis, Oktober 09, 2008

Ajisai - Bunga Tiga Bulan - Hydrangea

Sesetengah orang panggil bunga Raja Deli,
bunyi macam bunga diRaja,
Ada yang memanggilnya bunga Siti Zubaidah,
macam penyanyi nasyid dari Mesir,


Ada yang memanggilnya bunga kembang tiga (3) bulan,
macam tempoh kucing bunting pula,
Ada juga yang mengelarkannya bunga lapan (8) warna,
warnanya bertukar mengikut usia 'kembang'nya,

Ada pula yang sebut kembang bogor,
haa... yang ini memang pelik sikit bunyinya...
(sila baca artikel di bawah asal-usul perkataan 'bogor')

Apa-apapun saya memang sukakan bunga ini.
Klasik, tahan lasak dan tahan lama.
Tidak seperti bunga ros yang bertahan 2-3 hari.
Hydrangea nama Inggeris dan dipanggil ajisai di Jepun.

Musim bunga bermula dari awal bulan Jun, mulai musim hujan di Jepun "tsuyu" (露) selama satu bulan. Pada masa itu kelembaban (humidity) tinggi, suhu udaranya lebih 25° Celsius. Ajisai mudah tumbuh di Jepun. Ada banyak jenisnya, warnanya biru atau ungu. Di Tokyo bunga ini mekar dari akhir bulan Mei sampai akhir bulan Jun.

Ajisai adalah salah satu bunga yang paling umum dan dicintai masyarakat Jepun. Oleh kerana ajisai dikenali sejak zaman purba, terdapat beberaapa mutiara kata yang cukup popular di Jepun, antaranya:

  1. "Ajisai no yae saku gotoku yatsu yo ni wo imase waga seko mitsutsu shinobamu." oleh TACHIBABANO Moroe (684-757), yang bermaksud, "Seperti bunga ajisai berbunga dengan delapan lapis, semoga anda panjang umur selama delapan generasi Kaisar. Saya lihat bunga ajisai dan ingat anda."
  2. Dalam karya Haiku oleh MATSUO Basho (1644-1694) ada beberapa temanya mengenai ajisai. "Ajisai ya katabira toki no usu asagi." yang bermaksud, "Ajisai sudah berbunga. Sekarang musimnya menjadi panas, harus pakai pakaian katabira." (katabira adalah pakaian tipis untuk musim panas) yang warnanya sama dengan ajisai, biru muda.
  3. MASAOKA Shiki (1867-1902) juga mengarang haiku yang temanya ajisai. "Ajisai ya hanada ni kawaru kinou kyou." bermaksud, "Bunga ajisai baru mekar. Kelmarin masih kuncup, hari ini berbunga. Warnanya berubah dari hijau sampai biru tua."

Bunga ini dibawakan ke Tiongkok, pada 1789 ilmuwan botani Inggeris Joseph Banks (1743-1820) membawakannya ke kebun botani Kwe di London dari Tiongkok. Sesudah itu ajisai banyak di'lahir'kan di univerisiti Eropah.

Ajisai ini diteliti secara terperinci oleh seorang doktor Jerman bernama Phillip Franz von Siebold (1796-1866). Beliau dilahirkan pada tahun 1776 di Jerman. Keluarganya terkenal bidang kedoktoran. Sesudah menjadi doktor, beliau merantau ke Asia untuk tambah pengalaman. Beliau berpeluang menjadi doktor militari di Hindia Belanda, pada bulan Februari 1823 datang di Batavia.

Sejak awal abad 17, kerana takut penduduk Jepun bertukar agama kepada agama Kristian, pemerintah Bakufu Jepun mengamalkan "sakoku" (tutup negara) iaitu melarang rakyatnya bergaul dengan orang 'asing'. Jepun tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara luar kecuali Korea, Tiongkok dan Belanda. Jumlahnya orang Belanda yang diizinkan tinggal di Jepun sangat sedikit, cuma belasan orang saja. Mereka semua terpaksa bermukim di Dejima, pulau kecil di Nagasaki, tidak sibenarkan keluar/masuk daripada pulau Dejima tanpa izin dari pihak berkuasa.

Pengetahuan Barat masuk ke Jepun melalui Belanda saja, segala informasi tentang Jepun juga masuk ke Barat dari ibu pejabat VOC di Jepun saja. Pada masa itu ilmuwan Barat yang menulis tentang Jepun adalah Engelbert Kaempfer (1651-1716, penulis "The history of Japan"), Carl Peter Thunberg (1743-1828, murid Linne, penulis "Flora Jepun"). Mereka adalah pegawai atasan di pejabat VOC yang beroperasi di Jepun.

Siebold datang ke Jepun pada 1823 sebagai doktor pejabat perdagangan Belanda di Nagasaki. Kemahiran kedoktoran dia menjadi terkenal, dia diizin dari pemerintah Jepun untuk mendirikan rumah sakit dan sekolah di desa Narutaki, pinggiran kota Nagasaki. Namanya sekolah itu "Narutaki Juku" (juku yang bermasud sekolah), muridnya belajar bahasa Belanda, kedoktoran dan ilmu tumbuhan (botanikal).Tujuan Siebold datang ke Jepun adalah mencari informasi tentang Jepun. Pemerintah Belanda memerintah kepada Siebold mencari informasi tentang Jepun, kerana Jepun adalah 'partner' dagang Belanda yang penting. Belanda ingin mencari komoditi yang mempunyai nilai dagangan yang lebih tinggi (laku). Siebold memberikan tema penelitian macam-macam kepada muridnya Narutaki Juku, dan memerintahkan muridnya menulis laporan dalam bahasa Belanda. Muridnya di Narutaki Juku terdiri daipada tokoh besar di dalam dunia ilmu pengetahuan di Jepun. Pada masa itu masih ada pejabat tinggi pemerintah Bakufu Jepun yang benci hal-hal berbau Barat. Antara murid Narutaki Juku, misalnya TAKANO Choei (1804-1850) dihukum kurung seumur hidup. (Dia nanti melarikan diri dari penjara, menukar nama dan bekerja sebagai doktor dan menerjemahkan buku ilmu kemilitrian dari Belanda. Tetapi akhirnya ketemu oleh polisi, membunuh diri.)

Siebold sangat kagum kekayaan flora Jepun. Dengan bantuan muridnya, dia mebuat koleksi tumbuhan-tumbuhan Jepun. Dia mengumpul tumbuhan-tumbuhan di Dejima dan Narutaki Juku, mendapat lebih seribu jenisnya tumbuhan. Koleksi tumbuhan itu dikirim ke Belanda melalui Batavia. Sebahagian tumbuhan itu dikirim ke Kebun Raya Bogor juga. Dalam tahun 1825, Siebold pernah mengirimkan biji pohon teh Jepun ke Tanah Jawa, sesudah itu perkebunan teh di Jawa berhasil.

Bagi Siebold, ajisai adalah tumbuhan istimewa. Satu-satunya artikel yang dia sendiri tulis tentang taksonomi botani adalah artikel tentang marga Hydrangea, yaitu ajisai. Untuk ajisai, dia memberi nama latin Hydrangea Otakusa. Otakusa adalah nama kekasihnya, seorang wanita Jepun Otaki. Siebold memanggil kekasihnya "Otaku san". Siebold mmpunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Ine. Ine kemudiannya belajar melalui Siebold dan menjadi doktor wanita pertama di Jepun.

Siebold juga mengirimkan berbagai bahan mengenai Jepun ke Belanda. Malangnya pada tahun 1828, kapal yang memuatkan barangan telah terkandas. Pihak berkuasa Jepun memeriksa barangannya dan menemui peta Jepun bersama barangannya. Pada masa itu peta Jepun adalah dokumen rahsia negara Jepun. Siebold dan seorang "rangakusha" telah ditahan rumahnya di Dejima. ("rangakusha" bermaksud ilmuwan Barat, "ran" adalah singkatan Belanda, "rangaku" bererti ilmu Barat, "gakusha" bererti ilmuwan). TAKAHASI Kageyasu yang memberi peta Jepun kepada Siebold ditangkap dan meninggal dunia di penjara.

Pada 1929, Siebold diusir keluar dari Jepun. Sesudah kembali ke Belanda dia menulis Flora Japonica (Tumbuhan Jepun) dan Fauna Japonica (Binatang Jepun). Dia tinggal di Leiden dan di Museum tumbuhan Leiden, dia menanam tumbuhan yang dia dibawanya dari Jepun, ini termasuklah pokok bunga ajisai. Siebold memberi nama Latin untuk banyak tumbuhan Jepun. Sehingga ke hari ini, masih banyak tumbuhan yang menggunakan nama-nama Latin yang asalnya diberi oleh Siebold. Di museum-museum Leiden ada banyak opset dan isotipe yang dikirim oleh Siebold. Opset serigala Jepun yang sekarang sudah punah, sangat terkenal. Selain itu, dia menulis buku "Nippon" (Jepun), buku ini diterbit mulai 1832 sampai 1853. Antara isinya:

  1. geografi Jepun
  2. senjata dan bela diri Jepun
  3. sejarah Jepun
  4. agama di Jepun
  5. perkebunan teh dan proses buat teh di Jepun
  6. perdagangan Jepun
  7. informasi negara-negara sekitar Jepun iaitu Korea, daerah utara Jepun, Ryukyu (Okinawa) dan bahasa Ainu (penduduk asli daerah utara Jepun).

Sejak Siebold diusir dari Jepun dan setelah 24 tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1853, empat kapal perang Amerika yang diketuai oleh laksamana Matthew Calbraith Perry (1794-1858) telah berlabuh berdekatan Edo (Tokyo) untuk menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan. Pada 1854, pemerintah Bakufu Jepun tandatangani perjanjian persahabatan dengan Amerika. Dasar "tutup negara" yang berlanjut selama lebih 200 tahun dileraikan.

Pada 1859, Siebold datang di Jepun lagi. Dia bertemu dengan Otaki, Ine dan murid-muridnya. Kali ini Siebold menjadi konsultan pemerintah Bakufu, memberikan nasihat tentang selok-belok diplomatik. Setelah jawatannya sebagai konsultan Bakufu selesai, dia pulang ke Belanda pada 1862. Di Wuerzburg (tempat lahir Siebold) di Jerman dan di Nagasaki, ada museum tentang Siebold.

Boleh dirujuk:

  1. http://uploader.wuerzburg.de/siebold-museum/ Das Siebold-Museum in Wurzburg
  2. http://www1.city.nagasaki.nagasaki.jp/siebold/index_e.html Siebold Memorial Museum di Nagasaki
  3. Di Leiden, ada Siebold Huis http://www.sieboldhuis.org/

Ajisai menjadi bunga kota Nagasaki. Universiti yang didirikan oleh pemerintahan propinsi Nagasaki pada 1999, diberi nama Nagasaki Siebold Daigaku (Universiti Nagasaki Siebold) http://www.sun.ac.jp/index.html. Tentu saja Siebold meninggalkan jejak langkah dalam ilmu pengetahuan di Hindia Belanda.

lakaran ajisai dalam "Flora Jepun"

Fakta sejarah dipetik dan diterjemahkan dari esaisehari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...