PAGE

Isnin, November 30, 2009

Kelopak mata bergerak-gerak


Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini sudah masuk seminggu kelopak mata bahagian atas sebelah kiri bergerak-gerak. Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan saya. Saya masih ingat masa kecil-kecil saya pernah mengadu mata saya bergerak-gerak dan mak pernah beritahu, ada beberapa tanda/alamat/petunjuk jika mata kita bergerak-gerak. Antara kata-katanya yang masih saya ingat :

  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Apapun alamatnya, saya rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan saya mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang saya jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Semoga mata saya cepat sembuh. Di bawah saya sertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

Hah... kalau pipi kiri korang tak pernah bergerak-gerak, maknanya korang tak bahagialah... huk... huk... huk....

Wallahu‘alam....




Capaian entry berkaitan :
* Kelopak mata bergerak-gerak (part-2)

12 ulasan:

  1. Hehe pelik2 la bende ney..le caye ke ney??? Haha

    BalasPadam
  2. saya nak tanya...apa yg berlaku slps kelopak mata anda bergerak2 tu...adakah ianya sama seperti kebetulan yg dicatatkan di atas...

    BalasPadam
  3. @eja

    Terima kasih kerana bertanya. Mungkin satu kebetulan, memang ia berlaku seperti yang disebut. Sila lihat entry Kelopak mata bergerak-gerak (part-2) pula.

    Sekadar berkongsi, sebulan lamanya mata kiri bahagian bawah bergerak-gerak, cukup rimas dibuatnya. Tidak berapa lama, saya diberitahu, bibik (maid) saya dijemput Allah. Yang peliknya, selepas mendapat berita ini, mata kiri bahagian bawah telah berhenti dari bergerak-gerak.

    Mungkin satu kebetulan? Mungkin juga isyarat daripada Allah Taala.

    Allah lebih mengetahui.

    BalasPadam
  4. ntahla..tapi kalau mata kanan bawa berita x baik..kalau mata kiri yg bawa berita sebaliknye

    dulu mata bawah belah kanan saya bergerak gerak..kat 2 minggu..xlama lepas tu saya dapat tau hubby ada affair dgn wanita indon..dua2 kali camtuh..kali ke3 ada org org aniaya saya..
    wallahuaalam...

    BalasPadam
  5. Seminggu yg lepas kelopak mata sebelah kiri bawah bergerak2 selama 2-3 hari.. Dlm hati terpikir bnda sedih apa la yg nk menimpa aku ni.. At last iaitu pd hr sabtu 7 april 2012, hamster aku 4 ekor semua meninggal dunia.. Sedihnya jgn cakap la.. Hnya Tuhan sy yg thu.. Dan skeg, berkedip la du tempat yg sama.. N why? I don't know.. Mgkin sbb gempa bumi kot.. Mudah2 penang island slmt dr bncana.. N lindungilah umatMu Ya Allah...

    BalasPadam
  6. Seminggu yg lepas kelopak mata sebelah kiri bawah bergerak2 selama 2-3 hari.. Dlm hati terpikir bnda sedih apa la yg nk menimpa aku ni.. At last iaitu pd hr sabtu 7 april 2012, hamster aku 4 ekor semua meninggal dunia.. Sedihnya jgn cakap la.. Hnya Tuhan sy yg thu.. Dan skeg, berkedip la du tempat yg sama.. N why? I don't know.. Mgkin sbb gempa bumi kot.. Mudah2 penang island slmt dr bncana.. N lindungilah umatMu Ya Allah...

    BalasPadam
  7. Seminggu yg lepas kelopak mata sebelah kiri bawah bergerak2 selama 2-3 hari.. Dlm hati terpikir bnda sedih apa la yg nk menimpa aku ni.. At last iaitu pd hr sabtu 7 april 2012, hamster aku 4 ekor semua meninggal dunia.. Sedihnya jgn cakap la.. Hnya Tuhan sy yg thu.. Dan skeg, berkedip la du tempat yg sama.. N why? I don't know.. Mgkin sbb gempa bumi kot.. Mudah2 penang island slmt dr bncana.. N lindungilah umatMu Ya Allah...

    BalasPadam
  8. askum...
    hi sume... saya pun nak share kat sini... kelopak mata saya belah kiri da 2 minggu gerak2... takut la... takut benda buruk berlaku... tanya hubby dia marah lak... kata bole x jgn pk... bukan xmo pk... benda ni merimaskan.... dia dtg kadang2.... adoi... =(

    BalasPadam
  9. As salam

    Kejadian mata bergerak2 ni selalu terjadi pada saya beberapa tahun yang lepas. Ada satu masa tu hampir seminggu tapi tak ingat bahagian mana yg bergerak. Bila ia stop bergerak, saya menerima panggilan abah dah di panggil tuhan. Ya Allah. Memang say menangis teramat. Tapi kejadian tu selalu di akhiri dgn menangis tak kira la menangis sebab bergaduh dgn orang atau sedih tgk filem2 yg sedih. Sehingga satu ketika, saya rasa begitu takut bila mata saya start bergerak. Smpikan saya terfikir siapa pulak nak meninggal kali ni. Tapi sekarang saya rasa tak nak percaya pada semua tu. Kalau la mmg itu petanda dari Allah pada saya, saya doa supaya petanda tu adalah menangis pada satu2 perkara yg baik terjadi pada saya. Sya yakin Allah tidak akan memberi mudarat di langit dan di bumi & Dia maha mendengar lagi Maha mengetahui...

    Just my 2 cents!

    BalasPadam
  10. As- Salam

    Saya pun dulu pernah mata berkedip2 selama 7 hari. Bila stop, saya recieve call abah dah meninggal. Mmg saya nangis sakan. Byk kali jugak mcm tu...semuanya nangis sebab sesuatu. Tapi saya dah x nak percaya yg sad story ja. Saya berdoa kalau saya nangis pun, itu sebab perkara2 baik berlaku pada saya. Insyallah :)

    BalasPadam
  11. sebelum nie kelopak mata sebelah kanan bergerak2.. lepas belah kanan ..skrg nie sblh kiri pulak...rimas2..

    BalasPadam
  12. Rasa ada benarnya sbb seminggu sblm kejadian,sy ada bgtau kwn yg mata kiri x sudah2 vibrate ke bwh, setiap hari. Sy pun ckp ni mesti ada bad news dan sy akan nangis. Memang betul pun, pada 28.0*.2013, jam 8.15 mlm di pjbt, sy buat benda baik demi sykt tapi ada makhluk Allah ni/bos marah bagai nk rak disbbkan sebuah album. Jauhnya opis ke kedai gmbr tu mkn 2 jam stengah, pegi blk 5 jam, x termasuk jem tapi penat lelah dibalas marah, maki dan slps tu sy pun nangis lah sedih sbb x langsung dia ckp terima kasih malahan complaint. Bagi sy, hukum karma akan kena balik pd org yg menganiaya org nie. Allah maha mendgr dan melihat. So org yg mata kiri, bwh nya vibrate, memang sure lah ada tanda nk nangis

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...