“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Januari 10, 2010

Rangsang IQ anak


Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof [afzan@bharian.com.my]



Perhatian perlu sejak janin dalam kandungan

SELAMAT menyambut tahun baru! Sejajar dengan semangat baru, Ratu menyediakan kolum khusus membicarakan mengenai panduan berkaitan aspek mental dan fizikal bayi serta kanak-kanak menerusi cara ringkas, tetapi mudah diingati, justeru boleh dipraktikkan.

Kata pepatah, kecil-kecil cili padi, biarkan ruangan ini kecil, tetapi diharap dapat memberi impak kepada ibu muda khususnya mengenai hal membabitkan keibubapaan dan anak-anak.

Secara peribadi saya senang berbicara mengenai bayi dan kanak-kanak. Memiliki empat cahaya mata berusia antara enam bulan dan tujuh tahun, saya akui, setiap anak memiliki ‘corak’ berbeza menjadikan emosi setiap seorang tidak sama. Yang sulung lebih lembut hatinya, tetapi mudah merajuk. Cara pujukan tidak sekadar kata-kata, tetapi perlu disusuli dengan dakapan.

Yang kedua pula mudah merajuk, tetapi mudah dipujuk. Tanpa dakapan, geletek sikit sudah boleh dibawa bermain semula. Tetapi yang ketiga tidak makan dipujuk menjadikan semuanya mudah untuknya. Yang paling kecil belum nampak lagi sikapnya.

Memang benar setiap anak berbeza dan memerlukan pendekatan berlainan dalam usaha menawan hatinya. Merujuk buku dan bertanya kawan-kawan semata-mata, tidak mungkin sama dengan melalui sendiri pengalaman sebagai ibu bapa dan menyelami hati mereka.

Pensyarah Psikologi Kanak-kanak, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Mastura Badzis pernah mengingatkan saya, ada kanak-kanak yang boleh kita ‘gertak’ dengan melakukan perbandingan antara dirinya dengan rakannya, sementara segelintir kanak-kanak yang lain pula tidak boleh kerana terlalu sensitif, menjadikan hatinya mudah terluka sekiranya kita membanding-bandingkan.

“Berbeza watak, tetapi yang sama antara semua kanak-kanak ialah mereka memerlukan rangsangan dan dorongan bagi memastikan mentalnya mampu berkembang dengan baik,” katanya.

Umumnya rangsangan itu bermula sejak dalam kandungan dengan berbicara dan mengusap lembut perut oleh ibu juga bapa. Kajian mendapati kanak-kanak yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih ‘baik’ dan kurang menangis berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Serentak dengan kelahiran, bermula episod baru kehidupan bayi sehingga bergelar kanak-kanak. Kayu pengukur paling mudah bahawa seseorang bayi itu sihat ialah kegembiraan yang terpancar menerusi bundar matanya. Tidak keterlaluan dikatakan sekiranya anak kecil dibiarkan tanpa perhatian ia bagaikan anak patung comel tanpa perasaan. Sebaliknya, dorongan serta rangsangan diikuti pujian semangat, mampu menjadikan permata hati anda, bijak sejajar pertambahan usianya.

Dalam memastikan perkembangan IQ permata hati anda baik, perlu pastikan bahawa kesihatannya terjamin, dengan memberikan makanan berkhasiat. Sekiranya anak anda memerlukan rawatan atau suntikan sesuai perkembangan usianya, pastikan ia dilakukan ikut jadual supaya kesihatannya tidak selalu terganggu.

Tentu saja kalau kita ingin meningkatkan kecerdasan emosi anak dalam menyesuaikan diri dengan lingkungannya maka kita juga harus belajar mengenali emosi yang ditunjukkannya serta membaca apa keinginan dan keperluannya. Perlu diketahui bahawa perkembangan emosi bayi berjalan bersamaan dengan perkembangan fizikal dan mental.

Panduan rangsang IQ anak:

# Beri tindak balas dengan menggunakan percakapan atau beri reaksi perlakuan seperti peluk, sentuhan, memandang matanya, senyuman ketika anak menunjukkan emosinya seronok ataupun sedih.

# Walaupun kita selesa dan seronok melihat anak selalu gembira, benarkan juga si kecil belajar berasa sedih, kecewa atau marah. Tetapi tunjukkanlah kepada mereka bagaimana mengatasinya. Antaranya biarkan mereka meluahkan menerusi komunikasi.

# Ibu bapa perlu faham bahawa perkembangan sosial dibina menerusi pergaulan. Justeru benarkan anak-anak bermain dengan orang luar atau anak jiran, dan bukan dengan anak berdua saja.

# Ajar anak mengikut apa yang anda lakukan, sebagai contoh, sekiranya anda tepuk tangan, biarkan dia tepuk tangan sama. Teknik ini mengajarnya mengawal pergerakan tangan dan memberikan keyakinan kepada kebolehannya itu.

# Selalu membantu anak tidak membina perkembangan mindanya. Sekiranya binaan bangunan dilakukan anak, runtuh, biar dia bina semula sendiri. Ini dapat membantunya berfikir cara mengatasi masalah. Bagaimanapun kalau dia meminta bantuan, anda perlu membantu kerana kalau tidak, dikhuatiri anak akan berasa terlalu kecewa.

# Menyalahkan meja dengan mengetuknya, sekiranya anak anda terhantuk ketika merangkak di bawah meja, tindakan kurang bijak. Anak mungkin belajar menyalahkan orang lain, sebaliknya dorong si kecil untuk terus berhati-hati dan lebih bertanggung jawab.

Sumber : BHarian 2010/01/05

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails