PAGE

Ahad, Februari 07, 2010

Bayi 5 bulan mati didera disyaki diliwat


Gambar hiasan - bayi berusia 5 bulan
Assalamualaikum warahmatullah,

Semalam, saya berkesempatan dengar berita seorang bayi yang BARU berusia 5 bulan meninggal akibat didera dan diliwat. Saya terus memandang anak ke-4 saya, Iman Daniel juga sebaya bayi malang itu. Tidak dapat saya bayangkan penderitaan yang dialami oleh bayi sekecil itu.
Apakah keupayaan seorang bayi yang berusia 5 bulan?
  1. tidur
  2. membalas senyuman orang-orang yang dikenalinya
  3. menegakkan kepala semasa duduk
  4. meniarap (anak saya sebut baby merayap) dan menelentang
  5. memegang objek yang diberikan kepadanya (mainan atau botol susu)
  6. suka memasukkan barang ke dalam mulut seperti dalam gambar hiasan (salah satu cara bayi mengenali barang)
  7. memusing kepala ke arah bunyi
  8. menangis/menjerit bila lapar atau lampin basah
  9. ketawa bila 'diagah' atau bila 'mengagah'

Apa yang pasti, kebolehan seorang bayi yang berusia 5 bulan amat terhad. Mereka tidak berupaya lari daripada bahaya (juga masih belum faham apa itu situasi 'bahaya') dan masih tidak berupaya mempertahankan diri mereka.

Morgan the Monkey (Lamaze) ~ mainan anak saya, Iman Daniel

Saya sertakan keratan berita yang dipetik di BHarianOnLine 10/02/07 :

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang mati dipercayai akibat didera pada 31 Januari lalu, juga didapati mempunyai kesan diliwat. Berikutan itu, tempoh tahanan reman ke atas sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kematian bayi mereka itu, dilanjutkan sehingga 12 Februari ini bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata suspek berusia 33 dan 19 tahun itu ditahan ketika menguruskan pengebumian anak tunggal mereka di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh, 31 Januari lalu, sebelum ini direman lima hari sejak Isnin lalu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Katanya, laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh menunjukkan kesan lebam dan kecederaan pada seluruh badan bayi terbabit selain kesan dipercayai diliwat.

"Pasangan terbabit sebelum itu membawa bayi mereka ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan kira-kira jam 9 malam pada 31 Januari lalu selepas bayi itu berada dalam keadaan lemah seperti tidak bernyawa. Pasangan itu ditahan jam 5 pagi pada keesokan harinya dan tempoh tahanan reman mereka yang berakhir hari ini (semalam) dilanjutkan hingga 12 Februari bagi membantu polis melengkapkan siasatan," katanya.


Menurut Arjunaidi, polis tidak menolak kemungkinan bapa bayi itu adalah suspek utama dalam kes liwat dan penyebab kematian bayi tersebut. Aduhai... apa nak jadi dengan dunia hari ini? Hanya mereka yang bernafsu binatang sahaja sanggup membunuh seorang bayi secara kejam. Jika andaian itu benar, bapa terbabit pasti lebih daripada gila. Apa tidaknya, isteri masih muda remaja (19 tahun), dubur bayi sendiri menjadi pilihan!

Saya harap hukuman yang lebih setimpal (bukan setakat penjara 20 tahun atau hukum mati mandatori) dijatuhkan kepada 'haruan yang memakan anaknya sendiri' dan juga kepada 'pagar yang sepatutnya menjaga padi'!




Capaian entry berkaitan :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...