Assalamualaikum warahmatullah,
Ada yang bertanya, "ada sesiapa yg boleh bagi DOA UNTUK MEMULAKAN KERJA?" Saya menganggap doa yang diminta itu satu doa yang patut dibaca ketika hendak memulakan kerja. Alaaah... bacalah 'Bismillah...' yang bermaksud, "Dengan nama Allah" iaitu kalimah yang paling mudah, semoga apa yang hendak dikerjakan itu diberkati-Nya kerana kita berbuat sesuatu atas nama Allah.
Dalam setiap apa saja yang kita lakukan, eloklah kita mulakanlah dengan bacaan 'Bismillah'. Perlu diingatkan, baca 'Bismillah' bila hendak melakukan pekerjaan yang baik-baik saja. Jika kita hendak
Menurut satu sumber [kelebihan-baca-bismillah], Ustaz Dato' Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan 'Bismillahi Rahmanir Rahim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. Insya Allah. [NB : Saya tak dapat pastikan kesahihan sumber ini, tiada nas/dalil yang menyokong bilangan sebutan 'Bismillah', jika sesiapa ada maklumat, sila-sila kongsikan bersama]
Rasa-rasanyanya, semua orang Muslim maklum akan kalimah 'Bismillah' ini. Lalu terfikir pula saya, mungkin si penanya maksudkan doa supaya dipermudahkan kerja, ya, mungkin inilah maksud soalan. Saya suka kongsikan di sini, satu doa memohon diberi kemudahan dalam apa saja urusan yang sering saya baca bila hendak berurusan dengan orang dan hampir tidak pernah saya lupa membacanya ketika hendak keluar shopping [NB : Bukan senang nak cari parking lot, nak-nak pulak hujung/awal bulan time dapat gaji atau weekends]. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menghadapi masalah mencari tempat letak kereta. Yang penting, kita mesti istiqamah dan tawakkal, insya Allah, dipermudahkan.
Bacaan doa seperti berikut : "Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan". Bacaan penuhnya ialah : "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin." Doa ini dititipkan oleh pakcik saya, ex-Prof UTM, Tn Hj Md Noor.
Jika hendak versi yang lebih panjang, sila klik ke photo di atas,
Mari kita sama-sama beramal!
Capaian entry berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...