PAGE

Isnin, Mei 24, 2010

Kelucahan melampau, guru dipenjara 10 bulan

Assalamualaikum warahmatullah,

Bulan ini kita menyambut perayaan Hari Guru, malangnya hari ini saya dikejutkan dengan berita seorang guru dipenjara 10 bulan akibat perbuatan 'kelucahan melampau' ... erk... apa kes tu? Dulu ada kisah 'Pramugara Terlampau' kini versi 'Guru Kelucahan Melampau' pula...

Tak dapat saya bayangkan macamana agaknya jika 'pendidikan seks' diadakan di sekolah. Ini satu contoh yang elok dijadikan teladan, bak kata pakcik Karam Singh Walia ~ harapkan pagar, pagar makan padi...


Al kisahnya : 'Kelucahan melampau, guru dipenjara 10 bulan' petikan Utusan.com 22/05/2010.

RASAH 21 Mei - Enam hari selepas Hari Guru disambut pada 16 Mei lalu, seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah di sini dihukum penjara 10 bulan kerana melakukan kelucahan melampau terhadap anak muridnya, tiga tahun lalu.

Mohd. Harith Mohd. Nor, 42, dijatuhi hukuman tersebut oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan tersebut yang berlaku antara pukul 3 dan 4 petang, Mac 2007. Dia disabitkan kesalahan merangsang murid berkenaan yang ketika kejadian berusia 11 tahun untuk melakukan kelucahan melampau di dalam pejabatnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan sebatan.

Majistret Noralis Mat bagaimanapun melepas dan membebaskan guru tersebut daripada dua lagi tuduhan sama yang didakwa dilakukan di dua tempat berasingan.

Bagi dua tuduhan tersebut, Mohd. Harith didakwa melakukan perbuatan sama di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Stadium Paroi sekitar pukul 8.30 pagi pada Oktober 2006. Dia turut dituduh mengulangi perbuatan tersebut terhadap mangsa ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Rasah sekitar pukul 3 petang pada Mac 2007.

Noralis membenarkan permohonan Mohd. Harith yang diwakili peguam, P. Jaya Prakash Rao untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Dalam HMetro 22/05/2010 pula, dikatakan Mohd Harith yang berasal dari Taman Arowana Impian, di sini, sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.


Sedikit maklumat tentang Objektif Sekolah :
  1. Menjelang tahun 2009 kuantiti akademik dapat ditingkat sekurang – kurangnya 85% dalam UPSR.
  2. Menjelang tahun 2009 kualiti akademik dapat ditingkatkan sekurang – kurang 35% 5A dalam UPSR.
  3. Menjalin perpaduan dan keharmonian dikalangan warga Sekolah Wawasan sepanjang masa dalam apa jua program dan aktiviti pendidikan.
  4. Menuju ke arah salah laku sifar.
  5. Menjelang tahun 2009 buta 3M dapat dikurangkan sehingga 0.05%.
  6. Boleh mencapai tahap cemerlang dalam pelbagai pertandingan sukan, permainan dan Koku-Akademik yang ditargetkan setiap tahun bermula 2004 sama ada diperingkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.
NB : Komen BG ~ Teman speechless...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...