Assalamualaikum warahmatullah,
Saya bukanlah seorang yang pandai
Saya pernah diberitahu oleh seseorang, katanya, “Aku ni sayang lagi dengan mem aku, tapi kasih tu sudah tak ada.” Aik...? Kasih dan sayang tak samakah? Hemm.. Menurutnya lagi, tak sama. Adapun perasaan kasih itu ‘akan menyebabkan diri ingin mengasihi dan dikasihi’ oleh pasangan (selalulnya kekasihlah). Manakala perasaan sayang itu sekadar ‘satu perasaan sementara masih ada’. Ini serba sedikit penjelasan yang diberikan yang masih saya ingati dan faham. Huraiannya panjang, agak sukar untuk saya menuliskan ke semuanya di sini.
Apa perbezaan antara kasih dengan sayang? Siapa yang boleh berikan penjelasan, sila-silalah kongsikan dengan saya. Mungkin perasan kasih itu sudah tiada kerana sudah bertukar menjadi kasih + an = kasihan… ? Hemmm… Jika kasih bertukar kasihan, itu sudah petanda parah namanya...
Apakah erti kasih sayang dan cinta dalam Islam? Menurut laman
Bagaimana pula caranya untuk memelihara perhubungan yang baik dan suci? Menurut JAKIM lagi, perhubungan yang baik dan suci sesama manusia mempunyai hubungan kait yang rapat dengan hubungan manusia itu dengan Pencipta iaitu dengan Allah SWT.
Oleh yang demikian setiap manusia mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT demi memastikan hubungan yang baik diperolehi sesama manusia, sebagaimana firman Allah SWT, mafhumnya, “Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.” (Surah ali-Imran, 112)
Untuk lebih mudah faham, maksudnya, pasti ditimpa kehinaan ke atas mereka (manusia) di mana sahaja mereka berada melainkan mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT dan manusia.
Kasih sayang tergantung di Arasy
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, “Rahim (kasih sayang) itu tergantung di Arasy.” Katanya lagi, “Siapa yang menghubungkanku, menghubungi pula Allah akan dia dan siapa memutuskanku, memutuskan pula Allah akan dia.” (Hadis riwayat Muslim)
Seseorang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan mencintai dan dicintai dan barang siapa yang tidak mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan tidak akan pula mencintai dan dicintai.
Dalam apa-apa saja perhubungan yang telah pudar kasih dan sayangnya, kenalah muhasabah diri dan buat check list, adakah kita masih menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya?
Kasih dan sayang bukanlah sesuatu yang boleh dikekalkan dengan hanya berpeluk tubuh tanpa perlu berbuat apa-apa. Kasih dan sayang perlu dipupuk dan dibajai selalu. Cuba kita lihat perhiasan tembaga tinggalan nenek, jika tidak digilap, sudah tentulah rupanya suram dan muram. Kalau ada kenduri kahwin yang memerlukan penggunaan perhiasan tembaga ini, barulah sibuk anak-cucu menggosok tembaga dengan 'brasso', hem.. berkilat semula setelah digilap. Secara logiknya, mana mungkin sebiji benih boleh tumbuh menjadi sebatang pokok yang gagah dan sihat, tanpa perlu disiram, dibajai, digembur-gemburkan tanahnya, dirumput dan sebagainya. Begitu juga dengan kasih dan sayang. Jangan campan benih dan tunggu sahaja atau hanya menggilap tembaga sekali dua dalam setahun. MESTI baja hari-hari, MESTI gilap hari-hari... erk... penat weh! Tapi, insya Allah, berbaloi hasilnya nanti.
Jika sayang masih ada tetapi kasih sudah pudar, apa kata kita cuba amal-amalkan doa yang saya petik dari Jakim. Ini adalah antara ayat yang boleh diamalkan bagi mengekalkan perasaan cinta dan kasih sayang pasangan kita hanya untuk kita sahaja.
[QS3:31] Qul in kuntum tuhibbu-na Allaha fattabi ‘u-ni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu-bakum waallahu ghafu-run rahiim.
Terjemahannya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ali-Imran, 31)
Hendaklah diamalkan ayat di atas dengan membacanya sehingga akhirnya dan diniatkan selepas membaca supaya hubungan suami isteri atau keluarga rapat dan bahagia serta aman damai. Wallahu ‘alam.
Mudah-mudahan bermanafaat. Selamat beramal!
MKSH ...MUDAH2AN BERMANFAAT
BalasPadam