PAGE

Jumaat, September 03, 2010

Bapa sembelih anak 3 tahun di Kota Bharu


MUHAIMI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas tuduhan membunuh anaknya Mohamad Adam di Kampung Sungai Budor 24 Ogos, lalu.


BHarian 24/08/2010 ~ KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.

BHarian 03/09/2010 ~ Bapa sembelih anak hanya mengangguk

Mahkamah arah jalani pemeriksaan psikiatrik.

KOTA BHARU: Seorang bekas pengawal keselamatan yang dituduh menyembelih anaknya sendiri pada Selasa lalu, diperintah menjalani pemeriksaan psikiatrik selepas dihadapkan atas tuduhan melakukan pembunuhan di Mahkamah Majistret di sini, semalam. Bapa kepada tiga anak, Muhaimi Sautar, 33, dituduh menyebabkan kematian anak keduanya, Mohammad Adam Muzhaffar di rumah mereka di 133, Jalan Atas Paloh, Kampung Sungai Budor, pinggir bandar ini kira-kira jam 11.45 pagi hingga 12 tengah hari pada 24 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, membawa hukuman mati mandatori.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan tertuduh sejurus pertuduhan dikemukakan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hazimah Ghazali di hadapan Majistret, Mohd Yusoff Yunus.

Muhaimi yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan kesan parut kelar pada lehernya, kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung, sekadar mengangguk tanda memahami pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Selepas pertuduhan dibacakan, Nor Hazimah memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan mental selama sebulan di hospital psikiatrik.

“Kita memohon tertuduh dihantar ke hospital psikiatrik selama sebulan sebelum sebutan semula kes ini,” pohonnya sebelum diluluskan Mohd Yusoff yang kemudiannya menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...